Sunday, June 12, 2011
Tips membeli telefon bimbit
Tanda bateri telefon bimbit original
Tips membeli telefon bimbit
Berberapa minggu lepas ada pameran jualan henpon & kamera murah di tempat aku, ingatkan leh la rembat blackberry/Nokia 5800XM satu (kalau murah) sekali yang adoo, henpon made in china yang banyak dijual. Gampang.
Memang ada beza antara yang ori dan klon, jangan mudah tertipu, kawan², camner nak tau tu hah mari kita skodeng..
1. Harga mak-aii Murah Gila ya amat
Kalau penjual yang baik dia akan bagitau, ini bukan ori encik, tapi biasanya diorang akan bantai cakap ini AP Singapore la, AP China la, AP Zimbabwe la, pelbagai cara diorang akan buat untuk anda terpedaya, tapi paling bangsat kalau diorang cakap ini henset ori, tapi jual harga original (biasanya yg jual on the road= beware)
2. Bentuk 100% sama tapi dalam of coz TAK SAMA
Sebagai pengguna yang bijak korang kena tau serba sedikit tentang henpon yang nak dibeli tu, apa aplikasinya, bentuknya, color henpon tu. Surf website pengeluarnya, lihat video di youtube bagaimana henpon tu berfungsi dan ulasannya
3.Perhatikan Tulisan Brand henpon
Masa beli cuba perhatikan tulisan pada henpon/kotak, selalunya klon ni dia tiru sejibik macam yang ori, tapi ada kes macam dulu Nokia jadi NOKLA, Sony Erricsson jadi SCNY ERICSSON/Suny Ericssom, Blackberry jadi Blueberry (kah kah ini kes lain)
4.Dual Sim Kad siap ada TV & WIFI bagai
Henpon klon memang dicipta sebegini untuk menambah tarikan kepada pembeli, padahal bukan best sangat pon feature tu, kalau MEMANG nak beli yang klon silakan, tapi kalau nak yang original, wifi mungkin ada tapi TIDAK untuk TV dan support dwi sim kad, jarang henpon Ori ada TV+ Dual Sim.
5. Cepat rosak dan tiada warranty sah dari penjual
Kenali pengedar sah jenama henfon terkemuka, Nokia pengedar sahnya ialah Zitron dan Avaxx, Sony Ericsson= Midland & Thorus, Samsung= FMG, henpon AP (Approve Permit) set selalunya ada warranty dari kedai itu sendiri,
Kalau henpon klon, nak warranty apa barang der? sebab tu elakkan membeli dari pameran handphone, online, mahupun individu tidak dikenali.
6. Kalau jual secara Online biasanya ditulis ALIKE atau LOOK ALIKE atau Replica
Elakkan berurusan dengan web jualan berisiko seperti Mudah.my di forum², laman sosial dan blog, sebaiknya beli dengan pengedar sah yang ada kedai, kalau pikir balik memang mahal sikit, tapi biar puas hati dan menang memakai bro, kalau beli cap ayam hati rasa tertipu, jiwa kacau, sudahnya henpon tu buat baling anjing, anjing pon tak mati.
Original Set
* Pengedar rasmi Nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
* Pengedar rasmi Sony Ericsson adalah T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus.
* First Mobile Group (FMG) adalah pengedar utama telefon bimbit Samsung.
* FMG memberikan warranty selama 18 bulan.
* Pengedar rasmi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
* Pengedar rasmi Siemens adalah Zitron dan FMG.
* Pengedar rasmi Panasonic adalah Zitron.
* Pengedar rasmi LG’s adalah Zitron.
* Anda boleh servis telefon bimbit anda di mana-mana pusat servis.
(Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres, etc)
* 1 tahun warranty termasuk charger, bateri dan handsfree.
* Alat ganti tulen digunakan ketika membaiki telefon yang rosak.
Mengenal pasti Original dan AP Set
1. Keluarkan bateri telefon
2. Set original mempunyai pelekat rasmi syarikat. (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland & etc)
3. Set AP pula mempunyai pelekat syarikat seperti Final Choice, CSL dan lain-lain
4. Tekan *#06# untuk memeriksa 15 digit nombor siri (IMEI)
5. Bandingkan dengan IMEI yang ada ditempat letak bateri dan juga pelekat di kotak telefon.
6. Untuk set original, nombor siri adalah sama.
Jika mahu mendapatkan kedai menjual produk original NOKIA contohnya,layari :
http://www.nokia.com.my/
Sumber :
internet
No comments:
Post a Comment