Saturday, May 14, 2011
Dulu penerima zakat,kini pembayar zakat!
“Aku tak pernah minta hidup sebegini. Tetapi apakan daya, takdir mengatasi segalanya.
Betapa berat mata memandang, berat lagi pundakku ini memikulnya. Namun, aku rela
berkorban masa, tenaga serta wang sekadar yang ada, demi membesarkan dan mendidik
anak-anakku menjadi insan berguna pada masa mendatang,” inilah luahan rasa seorang
ibu tunggal, Afi dah Sahit. Siapa sangka, impian agar mahligai yang didirikan bersama
Ramli berpanjangan hingga ke anak cucu itu hanya kekal sembilan tahun sahaja.
Afi dah kini mampu tersenyum bangga dengan kejayaan perniagaannya
Berkat kesabaran dan kesungguhan Afi dah membangunkan
perniagaannya wajar dijadikan contoh kepada asnaf lain khususnya ibu tunggal
Tanggal 10 September 2002, telah mengubah
segala-galanya. Pada jam 6.30
pagi, se perti kebiasaan Afi dah menyiapkan
bekalan makanan untuk suami tercinta yang
akan ke tempat kerja. Tidak diduga, pada pagi
hening itu si suami tidak bangun walaupun puas
beliau mengejutkannya. Rupanya Abang Ramli
telah dijemput Ilahi buat selama-lamanya.
Menjadi ibu tunggal pada umur 27 tahun
ketika itu, memberi tamparan hebat pada diri
Afi dah. Terasa payah menjalani kehidupan membesarkan
anak-anak tanpa suami di sisi. Apatah
lagi dengan simpanan yang tidak seberapa, menyebabkan
Afi dah sering kali ‘lelah’ memikirkan
nasibnya dan anak-anak. Namun sokongan dan
dorongan ibu bapa yang tidak berbelah bagi,
membuatkan Afi dah nekad dan berani menghadapi
cabaran hidup ini.
“Hati mana tidak sedih, tapi apakan daya...
Pada hari kematiannya duit tunai hanya ada
RM100 sahaja, sedangkan ada tiga orang anak
yang perlu diberi makan. Pada masa yang sama,
saya sedang mengandung enam bulan. Kehidupan
saya ketika itu hanya bergantung harap
pada nafkah suami yang bekerja sebagai pekerja
kontrak di tempat pembinaan. Sedangkan saya
sendiri hanya suri rumah sepenuh masa,” ujar
Afi dah sambil cuba menahan sebak yang kian
mencengkam dadanya.
Tatkala itu, fi kirannya menjadi bertambah
kusut apabila memikirkan persediaan untuk
menguruskan jenazah suami.
Mujurlah dengan
bantuan
saudara mara
serta jiran
tetangga, alhamdulillah
akhirnya jenazah
suami
selamat dikebumikan.
“ S ema s a
p eme r g i a n
arwah suami,
rumah yang
saya tinggal
ini baru siap
tiga perempat.
Dengan
b a n t u a n
s a u d a r a
mara akhirnya saya dapat mengumpul RM3,000.
Daripada wang itu jugalah saya mengambil lesen
memandu. Bakinya pula saya gunakan sebagai
modal berniaga nasi lemak dekat depan rumah
di Jalan Masjid Kancong Darat Banting. Kemudian
saya kembangkan lagi perniagaan saya
dengan membuat kuih bahulu. Syukur dengan
rezeki itu saya dapat membesarkan anak-anak,”
ceritanya lagi sambil mengusap anak bongsunya
yang kini mencecah empat tahun.
Afi dah ternyata amat bersyukur dan menghargai
keprihatinan Lembaga Zakat Selangor (LZS)
MAIS dalam membantunya menghadapi harihari
sukar. Mula menerima bantuan zakat pada
tahun 2003 iaitu bantuan modal perniagaan sebanyak
RM5,000, bantuan makanan bulanan,
bantuan hari raya dan bantuan persekolahan
anak-anaknya sedikit sebanyak telah meringankan
beban Afi dah. Ini diikuti dengan bantuan
perniagaan kali kedua yang diterima pada tahun
2005 sebanyak RM5,000. Alhamdulillah berkat
komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan
oleh Afi dah, akhirnya beliau menerima Anugerah
Usahawan Asnaf Zakat pada tahun 2006 lalu.
Pada masa ini, beliau bergiat cergas dalam aktiviti
Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat (KUAZ)
setelah mengikuti kursus usahawan asnaf zakat
di PULAZ tidak lama dahulu.
Malah anak sulungnya kini yang berusia 13
tahun berpeluang meneruskan pelajarannya di
Sekolah Menengah Muasasah Darul Fukahaq,
Bangi. Kemasukan anaknya ke sekolah tersebut
adalah usaha daripada pihak perunding yang
dilantik oleh LZS (MAIS) setelah anaknya mengikuti
Kursus Kecemerlangan Pelajar UPSR pada
tahun lalu. Anak keduanya pula, Siti Nur Ain,
sudah berusia 10 tahun, ketiga Siti Nur Aisyah, 6
tahun dan yang bongsu Siti Nur Sarah, 4 tahun.
Sepanjang tempoh 2003 hingga sekarang,
Afi dah telah mengikuti lebih 18 kali
kursus sama ada yang dianjurkan oleh
LZS (MAIS) mahupun agensi-agensi lain.
Padanya, setiap peluang yang ada perlu
direbut. Kursus pertama yang diikutinya
iaitu Kursus Tahsinul Ibadah di El-Azzhar
Camp, Morib anjuran LZS (MAIS)
sememangnya telah meninggalkan kesan
yang mendalam buat dirinya. Masih
terngiang-ngiang lagi kata-kata Ustaz
Sabri Abdul Rani dalam kursus tersebut,
“Selagi kaki kita melangkah untuk
mencari kebaikan, selagi itu Allah akan
membantu kita”.
“Kata-kata itu sentiasa saya sematkan dalam
hati. Tambahan pula apabila melihat fail kursus
yang diterima oleh peserta memaparkan
gambar Izhar yang tiada ke dua-dua belah kaki,
tetapi mampu untuk meneruskan kehidupan
dengan sempurna sehingga menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Terdetik hati saya berkata,
sete ruk-teruk aku, teruk lagi orang lain.
Tapi boleh juga hidup,” terang Afi dah dengan
bersungguh-sungguh kepada penulis.
Kini, alhamdulillah Afi dah sudah mampu
mendapat pendapatan mencecah empat angka
setiap bulan. Hidupnya tidak lagi berasa gusar
seperti dulu. Dengan adanya sebuah bengkel
perusahaan kek coklat serta muffi n dan sebuah
kereta, dapatlah dia bergerak mengedar hasil
produknya untuk pasaran di sekitar Lembah
Klang.
“Pada peringkat awalnya, perniagaan ini
saya jalankan tanpa mengikuti apa-apa kelas
formal. Maklumlah saya hanya belajar setakat
ting katan tiga sahaja. Tetapi dengan bantuan
zakat, saya dapat mengikuti kursus Deli Delicious
Kek pada tahun 2005 dengan bayaran
yuran sebanyak RM700 di Klang. Lanjutan
daripada itu juga, saya mendapat tawaran dari
agensi lain untuk kursus-kursus bagi memantapkan
lagi kerjaya saya sebagai seorang usahawan,”
ceritanya yang jelas bersyukur dengan
perubahan hidup yang dialami sekarang.
Ujarnya lagi, “Bantuan zakat yang diberikan
ini hendaklah digunakan sebaik-baiknya agar
ia dapat membantu kita sebagai asnaf untuk
maju bukannya semakin buntu. Moga Allah
S.W.T melimpahkan keberkatan rezeki kepada
pembayar zakat kerana dengan sumbangan
zakat ini dapatlah orang-orang seperti saya
meneruskan kehidupan kami.”
SUMBER :
http://web.e-zakat.com.my/
No comments:
Post a Comment