Sunday, March 6, 2011
PENCURI AMALAN….
PENCURI AMALAN….
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
" Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena ria kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah).Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir"
surah al-Baqarah ayat 264
Alhamdulillah aku adalah manusia,jika dilahirkan batu atau kayu,aku tak kenal Facebook.Alhamdulillah kerana aku bukan sahaja memanfaatkan FB sebagai diari harian namun juga mencipta Page untuk berkongsi ilmu,kemahiran dan pengetahuan.Ilmu yang ada dalam jiwa ini adalah anugerah Allah dan juga amanah.Aku tahu dan sedar bahawa menyampaikan ilmu adalah wajib,maka ku manfaatkan FB untuk menyebarkan ilmu.
Apakah beza manusia jahil dan berilmu?
Jangan berfikir mengenainya.Jika jahil carilah ilmu.Jangan menjadi manusia tidak sedar diri jahil dan terus hidup dengan kejahilan hinggalah akhir hayat.Di dunia rugi,akhirat merana.
Jangan sedih dilahirkan jahil.Peluang dan masa untuk mencari ilmu amatlah banyak.Dalam FB pun berjuta page ilmu.Kisah Teladan hanyalah secebis sahaja.
Aku tidak mahukan pujian dan sanjungan.Cukuplah kalian membaca status,nota melihat gambar dan sebagainya dengan gembira.Aku menulis agar kalian memanfaatkan apa yang kutulis.Jangan baca,lupa dan tidak ingat.Jadilah seperti pepatah mencurah air ke daun keladi.
Aku tidak kisah kejian dan makian manusia yang tidak pernah menghargai Kisah Teladan.Aku tak kisah.Apa yang penting aku jadikan KT sebagai medan dakwah kepada manusia.Aku tahu ramai fans KT lebih berilmu dan bijaksana bijaksini,hatta ada Master,PHD dalam dan luar negara.Sedangkan aku hanyalah insan kecil….
Terus terang aku malu menwar-warkan lulusan Universiti Islam Madinah.Kdgkala bila ditanya aku jawab selamba rock “Aku belajar Tadika sahaja,pada tahun 1980…”Aku lebih suka merendah diri kerana apabila merendah diri ramai manusia suka berkawan aku.
Aku tak pilih kawan.Kawan aku ada penyapu sampah,pemandu lori,menteri dan jutawan.Semua aku kawan.Yang penting mereka baik dan tidak menzalimi aku.AKu tidak pernah memilih kawan,cuma manusia yang zalim seeprti suka mengumpat dan menghina org lain,aku jauhkan diri.AKu takut lama-lama aku pun menjadi seperti mereka.
Hidup aku bukanlah senang sangat.Berniaga cukup makan.Kalu orang tanya aku cakap aku ni usahawan kecil dan penulis.Bagi aku ,aku hanyalah usahawan kecil.Usahawan besar untung juta2 sebulan..aku bukan untung juta2 sebulan.
Mungkin korang tak tahu..Kadangkala bila aku menulis nota,aku menangis…sampai isteri aku suruh aku tinggalkan Kisah Teladan.Aku menangis sebab setiap kali menulis ilmu Allah,aku takut tersalah tulis dan Allah AKAN bakar jari aku di akhirat.Serius aku cakap,aku amat takut Neraka.Korang aku tak tahulah!
Aku mengaku aku memang seorang sentitif.Kdgkala bila isteri buat aku naik angin,aku diam dan menangis aja…Aku tak melawan dan besarkan perang.Bagi aku,biarlah manusia buat aku sakit hati,asalkan aku usaha tidak buat kat orang lain.
Sebenarnya kita manusia sama sahaja.Yang bezakan kita adalah ilmu.Manusia sapu sampah sebab ilmu sedikit.Jika ilmu banyak,mungkin mereka buat kerja lain yang lebih baik.Aku kadang2 bila lihat makcik umur 50an sapu sampah tepi jalan dan mereka adalah bangsaku,aku menangis bila lihat mereka.Sebab tu aku suka bagi duit bila lihat makcik tua sapu sampah tepi jalan.Aku bagi takla banyak..kdg2 RM5.00,kdg2 RM10.Aku niat hadiah buat mereka kerana mereka berjasa membersihkan negaraku tercinta.Tanpa mereka mampus mati manusia kena hempap dengan sampah.
Kadang2 aku berhentikan kereta dan berbual dengan mereka….Aku suka mendengar kisah hidup mereka.Kdg2 dua jam aku borak…..
Panjang pulak mukaddimah kali nie…..Maafkan aku sebab bahasa rock sikit malam nie…korang semua dah macam kawan aku wlupun kita tak pernah jumpa.Jumpa dalam maya pun jadilah…..
Aku nie hutang banyak.Hutang PUNB aja dah 100k,hutang MARA dah 50k…kalu campur semua hutang,jadilah ratus2 k…………Berniaga nie kena BERANI.Kalau takut berhutang memang susahlah nak berniaga.
Hutang memang perlu dalam bisnes.Yang penting aset kita lebih banyak dari hutang.Jangan hutang 100k,asset 20k je….memang nak mampuslah bisnes macam tue..
Aku nie simple je.,..pakai jeans dan tshirt je….kadang2 aku pakai topi macam mat Indon.Sampai polis minta paspot.Bila aku cakap paspot kat rumah,depa cakap aku loyar buruk.Aku pun tunjukkan Mykad aku yang lawa..Ha!apa,ingat aku Indon mari?aku anak Malaysia!
Korang tahu tak,kita dapat pahala setiap hari.Solat dapat pahala.Sedekah dapat pahala.Makan pun dapat pahala kalau sumbernya rezeki halal..Tidur dengan isteri pun dapat pahala.Tak minum arak,tak zina,tak bisnes haram dapat pahala.Bayar zakat pahala….Hari-hari dapat pahala….Berapa banyak pahala kita dapat….Bilion2 sehari…..
Bila dapat pahala banyak,dah tentu dapat Syurga kan?betul….tapi…………..
Korang kena ingat.Syaitan nie memang pandai walaupun syaitan tak pernah belajar kat Universiti Harvard atau Universiti Azhar kat Mesir.Syaitan otaknya ligat menyesatkan manusia sebab dia dah tahu dirinya confirm Neraka dan mahu menarik berbilion manusia masuk Neraka bersamanya.
Antara cara syaitan adalah menghapuskan pahala amalan yang kita dapat setiap hari.Bayangkan kita beramal siang dan malam,bila sampai akhirat,kosong…Kita pun hairan,mana pergi solat aku?Mana pergi sedekah aku?mana pergi 100k aku bina masjid?Mana pergi puasa Ramadhan?Mana pergi solat tahajjud aku?Mana pergi bacaan Quran aku siang dan malam?Mana pergi zikir aku juta2 kali?Mana pergi amalan aku masak siang malam untuk keluarga?mana pergi pahala aku ziarah org sakit?Mana pergi semuanya…
Kalau dah sampai akhirat,1 juta soalan dan persoalan dah tiada gunanya…Menangis air mata darah sampai berguling macam tenggiling pun tarak guna…
Aku nie bukanlah pandai sangat.Ilmu aku sedikit sahaja.Ilmu banyak hanyalah Allah swt Maha Mengetahui.Kalau ada manusia mengaku ilmunya banyak,memang bodohlah manusia itu.
Cara syaitan menghapuskan pahala amalan manusia adalah :
1.Menyebabkan seseorang Murtad.
Syaitan memang mahu menyesatkan manusia.Antara cara untuk menghapuskan segala amalan manusia ialah menjadikan orang Islam murtad.
“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya.”
[al-Baqarah 2:217]
Dalam Islam,apabila seseorang murtad sama ada dengan cara keluar dari agama islam dan memasuki agama lain atau melakukan perbuatan dan kepercayaan yang menyebabkan seseorang murtad,maka sia-sialah segala amalannya walaupun bergunung ganang emas ditimbunkan untuk sedekah,jariah ,membina masjid dan sebagainya.
Murtad boleh terjadi melalui perkataan,perbuatan,niat dan kepercayaan.
1. Riddah dengan hati.
2. Riddah dengan perbuatan.
3. Riddah dengan perkataan.
Pada zaman moden,ramai manusia murtad dan mereka tidak menyedarinya.Antara contoh mudah :
1.Solat tunggak terbalik kalau miskin apa guna?
2.Pakailah tangkal nie..ia boleh menjadikan kita kuat.
3.Apa nak sibuk-sibuk dakwah?kubur hang lain aku lain!
4.Riba kalau bank nak bagi,ambillah.apa salahnya.
5.Poligami zalim!menindas kaum hawa!
6.Zina suka sama suka apa salahnya...
7.Mengapa Allah nie zalim?aku dijadikan miskin,jiran dijadikan kaya!
8.Jangan ikut dia,dia kafir!(hakikatnya orang dituduh adalah manusia beriman )
9.Mencaci sahabat saw.
10.Zalimnya Islam ..mana boleh pencuri dipotong tangan?
11.Minum arak kalau mabuk baru haram kan?aku minum tak mabuk,maka halal...
12.Apabila berlaku sesuatu perkara seperti jatuh pinggan,biawak masuk rumah percaya bahawa ada perkara malang atau sial berlaku.
13.Bisnes kalau tak amalkan rasuah,bila nak kaya?
14.Celaka punya Siti,laki orang dirampasnya!Nama aja Islam dan bertudung tetapi ambil laki orang!
15.Dasar komunis lebih adil dari Islam.....
Islam mementingkan iman .Apabila perbuatan,percakapan,niat yang menrosakkan iman,maka murtadlah seseorang.
Pada zaman moden ramai manusia menghina dan mengaibkan Islam tanpa disedari.Mereka menyangka bahawa perbuatan merea adalah betul,namun hakikatnya salah dan menyebabkan mereka murtad.
Islam amat mementingkan ilmu akidah.Akidah yang kuat adalah benteng daripada terjerumus dalam bahana murtad.
Setiap perkataan dan perbuatan yang menghina Islam adalah murtad.Namun ramai melakukannya sama ada kerana kejahilan atau sengaja.
Saya selalu berdoa selepas solat “Ya Allah,jauhkanku dan keluarga dari segala perbuatan,perkataan dan niat yang membawa kepada murtad”.
2.Menjadikan manusia Munafik.
Syaitan berusaha menjadikan manusia Munafik kerana Munafik pasti ke Neraka.
“ (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang
sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada
orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil
sedikit dari cahaya kamu.(Lalu) dikatakan (kepada mereka secara
mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di
sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang
munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya
mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari
situ terdapat (Neraka) dan azab seksa.
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang
beriman (sambil berkata): Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di
dunia dahulu)? Orang-orang yang beriman menjawab: Benar! Akan tetapi
kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu
telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu
(terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh anganangan
kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut)
yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu) dan (selain itu), kamu pula
diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (sematamata
dan melupakan azabNya).
Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu dan
tidak juga dari orang-orang kafir.Tempat tinggal kamu ialah Neraka,
Nerakalah sahaja penolong kamu dan itulah seburuk-buruk tempat
kesudahan kamu!”
surah Al- Hadid ayat 13,14,15
Syaitan mahu ramai manusia bersamanya apabila menjadikan orang Islam menjadi Munafik.Manusia Munafik mempunyai banyak tanda sebagaimana diterangkan dalam Quran,hadis dan perbahasan ulama’ dalam buku mereka.
Insya-Allah apabila berkesempatan saya akan mengupas satu nota dengan tajuk Munafik.
"(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang
lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
surah al-Ahzab ayat 73
3.Menghiasi hati manusia dengan riak dan ujub.
“Mengantuk je nampak?”tanya seseorang
“Malam tadi tahajjud,baca Quran..sebab itu mengantuk..”jawab hamba Allah.
Ayat di atas adalah dikira benar jika memang bercakap benar dan memberitahu perkara sebenar,namun apabila niat dalam hati mahu orang tahu kita rajin bertahajjud dan berjaga malam,maka sia-sialah amalannya.
" Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena ria kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah).Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir"
surah al-Baqarah ayat 264
Dalam Islam ikhlas adalah penting walau apa pun kita lakukan sama ada ibadat wajib atau ibadat sunat.Kita perlu mendidik jiwa kita melakukan sesuatu kerana Allah,bukan kerana sebab dan niat tertentu.
Ulama’ mengatakan bahawa ibadat wajib perlu dinyatakan kepada manusia seperti solat 5 waktu,zakat namun ibadat sunat perlu disembunyikan.Hikmahnya ibadat wajib seperti solat dan zakat untuk mendakwah manusia lain.Manakala ibadat sunat perlu disembunyikan kecuali seorang pendakwah.
Adalah mustahil bagi pendakwah untuk menyembunyikan ibadat sunat kerana orang awam akan mempertikaikan seseorang alim.Mungkin ada manusia berkata “apa punya Ustaz,dia ajar orang solat tahajjud,tapi dia sendiri tak pernah tahajjud”.Justeru pendakwah perlu berterus terang bukan sebagai riak dan ujub tetapi untuk menjadi contoh kepada orang lain.
Jika kita mahu membawa pahala ke akhirat,pastikan kita berhati-hati dengan langkah syaitan untuk menyesatkan manusia.Mereka menggunakan bukan satu atau dua cara,namun berjuta-juta cara demi melambakkan seramai manusia ke Neraka bersamanya.
Ingatlah bahawa kita melakukan pelbagai kebaikan ketika masih hidup dan janganlah sia-siakan amalan kita kerana tiga perkara tersebut.
Segala kesempurnaan dan kebaikan hanyalah milik Allah Maha Perkasa dan Maha Mengetahui,sedangkan diri sendiri adalah naif dan serba kekurangan...
Admin
Kisah teladan & Co
7 Mac 2011/ 2 Rabiul Akhir 1432
No comments:
Post a Comment