Hakikat azab kubur
oleh al-Ustaz al-Muhaddis Umar b M Noral-Syafi'iy Hafizahullah
Dalam tulisan yang lalu, saya telah berbicara sedikit tentang seksa kubur. Pada tulisan kali ini, insya-Allah saya akan lebih memperluaskan bahasan tentang perkara yang sangat penting ini. Hal pertama yang harus kita ketahui ialah ijmak (kesepakatan) semua ahlu sunnah atas keyakinan adanya azab kubur berdasarkan dalil-dalil qat’i daripada al-Quran dan sunnah.
Salah satunya ayat 46 surah Ghafir (Al-Mu’min), al -Quran bercerita tentang kondisi Firaun dan para pengikutnya setelah mereka mati. Firman Allah: “Kepada mereka dinampakkan Neraka pada pagi dan petang.” Al-Hafiz Ibn Kathir berkata, ayat ini menjadi landasan besar bagi Ahlu Sunnah untuk menyatakan adanya azab kubur.”
Pendapat ini selari dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Jika seseorang meninggal dunia, akan diperlihatkan tempat (yang akan ditinggalinya) pada waktu pagi dan petang. Jika ia seorang penduduk syurga, maka diperlihatkan syurga. Dan jika ia seorang penduduk Neraka, maka diperlihatkan Neraka. Dan dikatakan kepadanya, “inilah tempatmu hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar.
Hadis-hadis lain yang berceritakan tentang azab kubur sangat banyak sehingga ulama Ahlus Sunnah sepakat menjadikan perkara ini sebagai akidah yang wajib diyakini setiap muslim. Dan tidak ada yang mengingkarinya kecuali ahli Bidaah. Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Mazhab Ahlu Sunnah menetapkan adanya seksa kubur, berbeza dengan puak Khawarij, majoriti Mu’tazilah dan sebahagian Murjiah.”
Azab Kubur sebuah hakikat
Orang yang mengingkari azab kubur tidak memiliki sembarang alasan selain ucapan mereka, “Kami sering menggali kubur yang telah lama, namun kami tidak pernah melihat mayat diseksa di dalam kubur mereka.”
Untuk menjawab ucapan ini, Imam Al-Ghazali dalam Al-Iqtisad fil I’tiqad berkata, “Pengamatan mata kita hanya tertumpu kepada jasad zahir belaka. Sementara yang merasakan seksa adalah hati atau batin manusia. Sebuah seksaan yang dirasakan seseorang tidaklah mesti menampakkan tanda-tanda yang boleh diamati jasadnya.”
Dalam Ihya, al-Ghazali membandingkan seksa yang dialami mayat dengan mimpi yang dilihat orang tidur. Sering terjadi, seseorang berasa sangat terseksa kerana bermimpi dipatuk ular. Semua itu hanya ia sendiri yang merasakannya, sementara orang yang berada di sebelahnya tidak menyedari hal itu sedikit pun. Begitu juga azab kubur yang dirasakan mayat. Meski kita tak melihat tanda-tanda seksaan di tubuhnya, bukan bererti azab kubur tidak ada. Azab itu tetap dirasakan, cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya.
Kata al-Ghazali lagi, seekor ular sebenarnya tidak merbahaya tanpa racunnya. Dan racun itu pun sebenarnya tidak menyakitkan, akan tetapi kesan yang ditinggalkan racun itu pada tubuh manusia agak lama. Dan Allah berkuasa untuk menciptakan kesan racun di dalam tubuh seseorang tanpa melalui perantaraan apa pun. Jika itu terjadi, maka azab akan terasa pada diri seseorang tanpa sesiapa yang mengetahuinya.
Sebab-sebab Azab Kubur
Penyebab utama azab kubur ialah sifat-sifat tercela yang tersimpan di dalam jiwa manusia. Ibn Hibban meriwayatkan sabda Nabi s.a.w: “Akan diutus untuk orang kafir di dalam kuburnya 99 ular yang sangat besar (tinnin). Semua menggigit dan mematuknya hingga hari kiamat. Andai seekor sahaja dari ular ini keluar ke dunia dan meniupkan (racunnya) ke atas tanah, maka tidak satu pun tumbuhan yang dapat hidup di muka bumi.”
Imam Al-Ghazali berkata, “Jangan hairan dengan bilangan (ular) yang banyak ini. Sebab bilangan itu sebanyak bilangan akhlak tercela yang dimilikinya seperti sombong, riyak, hasad dengki, dendam dan sifat-sifat buruk lainnya.”
Penyebab azab kubur lainnya adalah namimah (adu domba), ghibah (mengumpat) dan tidak melakukan istibra’ selepas kencing. Istibra’ ialah memastikan air kencing yang masih tersisa dalam kemaluan keluar dengan sempurna. Hal itu dapat dilakukan dengan cara mengurut, batuk, berjalan beberapa langkah atau beberapa teknik lainnya. Ibn Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan sabda Nabi s.a.w: “Kebanyakan seksa kubur disebabkan kerana air kencing.”
Imam Hannad bin Al-Sirri dalam kitab Al-Zuhd meriwayatkan dari seorang tabiin yang bernama ‘Amr bin Syurahbil katanya, “seseorang yang meninggal dunia, lalu malaikat datang kepadanya dengan sebuah cambuk api. Ia berkata, ‘Aku akan mencambukmu seratus kali.’ Orang itu berkata, ‘Mengapa? Aku selalu menjaga diriku semasa hidup.’ Malaikat tidak mempedulikan lalu mencambuknya satu kali sehingga kuburnya penuh dengan api. Malaikat itu lalu berkata, ‘Engkau pernah kencing lalu solat tanpa wuduk. Dan seseorang yang dizalimi datang kepadamu, namun engkau tidak membantunya.”
Azab kubur juga disebabkan kerana ratapan yang dilakukan seseorang ke atas mayat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Umar bin Al-Khattab bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesuatu mayat diseksa di kuburnya kerana ratapan seseorang ke atasnya.” Para ulama mengatakan bahawa ratapan yang dimaksudkan di sini adalah ratapan yang dilakukan untuk melaksanakan wasiatnya untuk diratapi.
Herdikan malaikat yang diikuti dengan pukulan godam besi di kepala pernah disebutkan dalam tulisan saya yang lalu. Hukuman itu untuk orang yang tidak pernah mengambil berat tentang ajaran agama yang seharusnya menjadi panduan hidupnya di dunia.
Menyelamatkan diri daripada azab kubur
Azab kubur adalah sebuah hakikat yang nyata. Dan orang yang bijak akan segera membuat persiapan maksimal sebelum musibah itu menimpa dirinya. Imam Yahya bin Muadz Al-Razi berkata, “Orang yang bahagia ialah sesiapa yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, yang menyediakan kuburnya sebelum ia masuk ke dalamnya, dan yang meredai tuhannya sebelum Ia meredainya.”
Perkara utama yang dapat kita lakukan agar terhindar dari seksa kubur ialah terus meminta perlindungan dari Allah s.w.t. Semakin sering kita meminta, semakin besar peluang kita memperolehnya. Imam al-Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan hadis yang membawa cerita bahawa Nabi s.a.w. meminta perlindungan daripada azab kubur.
Memperbanyakkan istighfar semasa hidup juga dapat membantu kita jauh daripada kesulitan di dalam kubur. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd daripada seorang tabiin yang bernama Abu Minhal ia berkata, tidak ada jiran yang terbaik di dalam kubur daripada istighfar yang (dibacakan) dengan banyak.
Begitu juga tasbih, tahmid dan zikir-zikir lainnya. Imam Ahmad bercerita dalam kitab yang sama tentang seorang tabiin yang bernama Abdullah bin Ghalib. Semasa hidupnya, tokoh ini tidak pernah berhenti berzikir menyebut nama Allah s.w.t. Said bin Zaid berkata: “Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu memendamnya. Tiba-tiba kami mencium dari tanah kuburannya wangi-wangian dari berbagai jenis minyak wangi.” Malah Malik bin Dinar pernah berkata: “Aku pergi mengambil sebahagian dari tanah itu lalu meletakkannya di kantong. Aku terus menerus mencium bau wangi tersebut.”
Untuk orang-orang yang telah meninggal dunia, ada beberapa hal yang dapat kita lakukan untuk meringankan penderitaan mereka. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mematahkan sebatang dahan yang masih segar lalu menanam kedua-duanya di atas dua kubur tersebut. Baginda bersabda, “Semoga seksa keduanya diringankan selama dahan ini belum kering.”
Para ulama berpendapat bahawa azab tersebut dikurangi kerana tasbih dahan itu. Kerana itu, Buraidah bin Husaib Al-Aslami (seorang sahabat Nabi s.a.w.) pernah berwasiat agar ditanamkan sebatang pohon di atas kuburnya. Imam Al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Para ulama menganjurkan pembacaan al-Quran di atas kubur kerana hadis ini. Sebab jika azab kubur dapat diringankan kerana tasbih dahan pohon, maka pembacaan al-Quran tentu lebih utama.”
Zikir dan tasbih yang dibacakan insya-Allah juga dapat meringankan azab. Al-Thabarani meriwayatkan dari Jabir bahawa ketika Rasulullah menguburkan Sa’ad bin Muadz, baginda bertasbih cukup lama sambil diikuti oleh para sahabat. Baginda lalu bertakbir, dan para sahabat ikut bertakbir. Mereka lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa tuan tadi bertasbih?” Baginda menjawab, “Hamba soleh ini tadi dihimpit oleh kubur, lalu Allah menyelamatkannya.”
Bangkit dari Kubur
Ketika waktunya tiba, Allah memerintahkan untuk dimulainya proses pembangkitan kembali. Allah s.w.t. berfirman, “Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata: Aduhai celakalah kami! siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) yang Maha Pemurah dan benarlah rasul-rasul-Nya. Tidak adalah teriakan itu selain sekali teriakan saja, maka tiba- tiba mereka semua dikumpulkan kepada kami.” (Surah Yasin: 51-53).
Semua manusia bangkit dari kuburnya dengan tubuh telanjang dan berdebu. Semuanya berjalan menuju tempat yang sama dengan wajah tertunduk dan sejuta fikiran di kepala. Hisab amal perbuatan yang akan menentukan kedudukan itu hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
sumber : Majalah Solusi
Tuesday, December 20, 2011
Tuesday, December 6, 2011
ALAM BARZAKH YANG MENGGERUNKAN...

ALAM BARZAKH YANG MENGGERUNKAN...
Amru bin Maimun al-Adawi mengatakan bahawa Rasululullah saw meminta berlindung dari beberapa perkara selepas solat :
اللَّهُم إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
Hadis riwayat Imam Bukhari rahimullah
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi amat Penyayang..
Alhamdulillah ,syukur pada-Mu Maha Pengasih,aku masih hidup dan sihat...aku bersyukur pada-Mu yang meminjamkan usia ini dan aku berdoa agar diberikan kekuatan memanfaatkan usia ini untuk beribadat pada-Mu..
Sekarang jam menunjukkan 1.52 pagi,7 Disember 2011 bersamaan 11 Muharram 1433 Hijrah....Sudah lama tidak menulis nota maka kali ini aku menulis sebuah nota buat diriku dan semua fans Kisah Teladan bertajuk "ALAM BARZAKH YANG MENGGERUNKAN..."
Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.
Menurut Syeikh Abu Bakar al-Jazairi rahimullah pula dalam bukunya ‘Aqidatul-Mukmin, alam Barzakh ini dapat diibaratkan sebagai alam perhentian dan penantian sementara menunggu tibanya akhirat bagi orang-orang yang telah mati dan berpisah dengan dunia. Di alam Barzakh ini ruh-ruh dihimpunkan hinggalah sampai masa berlakunya kiamat di mana ia akan dipertemu kembali dengan jasadnya.
أبوجعفر الطحاوي رحمه الله :
إن الدور ثلاثة : دار الدنيا ، ودار البرزخ ، ودار القرار
Manakala Imam Abu Jaafar At-Thohawi rahimullah mengatakan "Sesungguhnya rumah itu tiga ; Rumah dunia,rumah barzakh (kubur ) dan rumah kekal (akhirat )
Alam barzakh adalah benar,sebagaimana difirmankan Allah dalam surah at-Taubah
ayat 101 :
" Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang
"A'rab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari
penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau
tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka.Kami
akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada
azab yang besar."
Imam Ibnu Kathir rahimullah mengatakan bahawa maksud azab berulang-ulang adalah azab kubur ,manakala azab yang besar adalah di akhirat iaitu Neraka.Nauzubillah…
Allah swt juga berfirman :
“Mereka didedahkan kepada bahan api Neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah Ghafir: 46)
Manakala antara hadis sahih yang menjadi nas azab kubur adalah :
1.Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Imam Muslim dan al-Bukhari)
2.Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
3. “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Imam Muslim)
4. Rasullah s.a.w bersabda:
” Kalaulah tidak kerana kamu sekelian akan dikuburkan di dalam tanah nescaya aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia mendengarkan kamu dari siksa kubur sebagaimana aku mendengarnya”(Direkodkan Imam Bukhari dan Muslim )
5. Sabda Rasulullah s.a.w: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyiksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuk/menyengatnya hingga berdirinya kiamat. Jika sekiranya seekor sahaja dari ular-ular itu meniupkan bisanya ke bumi nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi)”.- (Riwayat Imam Ahmad dari Abi Said al-Khudri r.a.)
6.Imam Ibnu Abid-Dunia rahimullah di dalam kitabnya ” Kitabul Kubur” ada menyebut daripada As-Sya’bi, bahawa dia telah menceritakan seorang yang berkata kepada Nabi s.a.w. : sekali peristiwa semasa aku melalui padang Badar, aku terlihat seorang keluar dari dalam bumi, lalu dia dikejar dan dipukul oleh seorang yang lain dengan sebatang besi hingga ia terbenam ke dalam bumi. Kemudian dia keluar semula, lalu dikejar dan dipukul lagi, maka berkata Rasullah s.a.w. Itu lah Abu Jahal bin Hisyam sedang di siksa hingga hari kiamat.
Imam Nawawi rahimullah dalam menafsirkan hadis yang direkodkan Imam Muslim :
لقنوا موتاكم لا إله إلا الله
(talqinkankan mayat kamu LAILAHAILLALLAH ) iaitu agar orang yang menghadiri individu yang sedang sakit nazak agar membacakan kalimah LAILAHAILLALLAH supaya orang tersebut mengakhiri nafasnya dengan kalimah tauhid.Ia berdasarkan sebuah hadis bermaksud
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلامِهِ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Barangsiapa yang akhir kalimahnya LAILAHAILLALLAH akan masuk Syurga".(Hadis rekod Imam Ahmad dan Abu Daud )
Imam Nawawi juga mengatakan makruh orang ramai menyebut perkara lain ketika berhadapan orang yang sedang nazak kerna takut individu tersebut tidak dapat mengucap kalimah tauhid….Wallahua'lam..
Imam Tarmizi dan Ahmad merekodkan sebuah hadis
" مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
Maksudnya " Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah swt menjauhkannya dari fitnah kubur "
Imam Ahmad merekodkan sebuah hadis daif "Dari Said al-Khudri r.a berkata ,bahawa Rasululullah saw bersabda " Sesungguhnya mayat mengetahui sesiapa yang memegangnya,dan sesiapa yang memandikannya dan siapa yang mengikutinya ke kubur".
Imam Tarmizi dan Ahmad merekodkan sebuah hadis dan ditakrifkan hadis hasan oleh Imam Albani rahimullah :
إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الاخِرَةِ فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ
Maksudnya "Sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah akhirat.Maka Jika seseorang lepas darinya (azab kubur ) maka selepasnya adalah lebih mudah.Dan jika seseorang tidak lepas darinya maka selepasnya adalah lebih dahsyat"
Imam Ibnu Majah dan Ahmad merekodkan sebuah hadis bahawa Baginda saw melalui perkuburan dan memberitahu para sahabat bahawa mayat di dalam kubur sedang diazab.Baginda menerangkan mengenai punca azab kubur " وَمَا يُعَذَّبَانِ إِلا فِي الْبَوْلِ وَالْغِيبَةِ
Maksudnya :Dan tiada keduanya diazab melainkan kerana kencing dan mengumpat"
Imam Ibnu Qayyim rahimullah mengatakan azab kubur terbahagi kepada dua iaitu :
1.Azab kekal iaitu azab kepada orang kafir ,Munafik,Musyrik .Mereka akan diazab hingga kiamat.
2.Azab bertempoh iaitu kepada org Islam yang melakukan dosa.Mereka akan diazab mengikut sekadar dosanya dan akan berhenti azab.Azab kepada mereka juga akan terhenti dengan doa,sedekah,istighfar atau amalan seperti bacaan Quran yang disedekahkan pahala kpd mereka.
Azab kubur dan soal Mungkar Nankir adalah benar kerna terdapat nas Quran dan hadis mengenainya.Beriman dengannya adalah wajib dan mengingkarinya adalah kafir.
Alam barzakh adalah alam yang amat menggerunkan.Semua manusia pasti mati dan kita semua akan menemuinya.
Azab kubur juga adalah azab yang pedih dan siksa.Pabila Baginda saw menceritakan fitnah kubur,Ibnu Omar r.a bertanya "Adakah kita berakal sebagaimana sekarang?(tahu dan sedar soal Malaikat dan azab kubur ) "Baginda saw menjawab "Ya..sebagaimana kamu sekarang"
Apa yang kita lakukan di dunia ketika masih hidup,akan mendapat balasan di alam barzakh.Jika banyak dosa,maka bersedikalah mendapat azab kubur,jika banyak pahala,kita akan aman damai di kubur…
Ramai manusia beriman dengan alam barzakh dan azab kubur,namun malangnya ramai manusia masih meninggalkan solat,makan harta haram,membuka aurat,suka mengumpat,mengambil hak orang lain,membunuh,merompak dan pelbagai kejahatan.
Kita perlu berusaha menjadi manusia beriman dan bertakwa agar alam barzakh yang bakal ditempuhi adalah alam yang bahagia dan tenang.Kita mati dengan iman dan berada dalam kubur dengan penuh kesenangan dan kerehatan…
Antara amalan yang diajar Baginda saw adalah :
1.Doa menjauhi azab kubur :
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
اللهم إني أعوذ بك من العجز و الكسل و الجبن و البخل و الهرم و أعوذ بك من عذاب القبر و أعوذ بك من عذاب النار و أعوذ بك من فتنة المحيا و الممات
اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر و أعوذ بك من عذاب النار و أعوذ بك من فتنة المحيا و الممات و أعوذ بك من فتنة المسيح الدجال)
(اللهم رب جبريل و ميكائيل و رب إسرافيل أعوذ بك من حر النار و من عذاب القبر)
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”(riwayat Imam Muslim )
2.Menjauhi dosa yang boleh menyebabkan azab kubur.
Antara dosa yang menyebabkan seseorang diazab kubur adalah tidak menjaga kebersihan kencing,mengumpat,memfitnah dan sebagainya (dosa kepada manusia).Begitu juga jauhkan segala dosa besar seperti meninggalkan solat atau meminum arak.
3.Beristighfar dan berzikir setiap hari.
4.Rajin menzirahi kubur sebagai mengingati mati.
5.Melakukan amalan pahala berpanjangan seperti sedekah jariah .
Imam Muslim,Abu Daud,Nasaai,Tarmizi,Ahmad,Ad-Darimi
إِذَا مَاتَ الإنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثَةٍ ، إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ) .
Maksudnya "Apabila mati seseorang insan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah jariah atau ilmu bermanfaat atau anak soleh mendoakan baginya"
6. Membiasakan membaca surah al-Mulk. Sabda Nabi: “Surah Tabarak (yakni al-Mulk) adalah penegah/penghalang dari azab kubur”.- (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.).
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu. Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali : “Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”
2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
3. Solat tanpa bersuci. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.
4. Berdusta. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”
5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat. Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud : “ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”
6. Tidak mengeluarkan zakat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”
7. Berzina. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)
8. Mencuri. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
9. Berkhianat. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulen, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)
10. Menfitnah sesama umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
11. Makan riba. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
12. Tidak menolong orang yang di zalimi. Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)
13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras ). Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “ Empat (macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)
15. Membunuh. Firman Allah S.A.W. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93) Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :’ Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :’ Celakalah engkau’, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”
16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (Surah at-Taubah ayat 100) Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].
17. Mati dalam keadaan membawa bidaah. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).
Imam Ali bin Abi Thalib r.a berkata:
“Wahai hamba-hamba Allah, setelah kematian alam kubur lebih menderita
daripada kematian itu sendiri bagi orang yang tidak diampuni dosa-
dosanya. Karena itu, kakutlah kamu pada kesempitan kubur, penderitaan,
kegelapan, dan keterasingannya. Sesungguhnya kuburan itu berkata
setiap hari: Aku adalah rumah keterasingan, aku rumah kesepian, aku
rumah cacing-cacing. Kuburan adalah bagian dari taman-taman surga dan
sekaligus bagian dari jurang-jurang neraka. Sesungguhnya kehidupan
yang sempit yang diperingatkan oleh Allah kepada musuh-musuh-Nya
adalah siksaan kubur. Allah mengirimkan kepada orang yang kafir di
kuburnya sembilan puluh sembilan ular yang besar untuk mencabik-cabik
dagingnya dan memecah-mecah tulangnya. Allah mengirimnya berulang kali
sampai hari kiamat. Dan sekiranya ular itu didatangkan ke bumi,
niscaya tak akan ada tumbuh-tumbuhan dan tak akan terjaga tanaman di
dalamnya.Wahai Hamba-hamba Allah, sungguh dirimu lemah, jasadmu lembut dan
rapuh sangat mudah dihancurkan.”
"Ya Allah Ya Rahman,jauhkanlah kami dari azab kubur.Jadikan kubur kami satu taman dari taman Syurga dan jauhilah kubur kami menjadi lobang dari lobang Neraka..Ya Allah Ya Rahim,matikan kami dalam iman dan mengucapkan kalimah tauhid.Ya Zal Jala wal Ikram,perkenankanlah doa kami…….amin"
Segala kelemahan dan kenaifan milikku bernama Saat,manakala kebaikan dan kesempurnaan hanya milik Allah Maha Gagah lagi AMat Mengetahui……….Wallahua'lam...
Admin
Kisah Teladan & Co
4.00 pagi……………
7 Disember 2011
Rabu yang indah………………….
Upload 10.55 pagi
7 Disember 2011
Rujukan :
1.Kitabul Barzakh
2.Kutubul hadis
3.Internet
4.Rencana dan Makalah.
5.Kitab Az-Tazkirah
6.Lain-lain..
KISAH – KISAH KUBUR

KISAH – KISAH KUBUR
Banyak kisah-kisah yang pernah kita baca tentang kejadian yang berlaku semasa mengebumikan jenazah orang-orang Islam. Diantara pengalaman yang pernah penulis alami sendiri sewaktu menghadiri satu pengebumian seorang wanita muda. Setelah selesai ustaz membaca talkin dan semua hadirin hendak meninggalkan kawasan perkuburan. Kubur wanita itu tiba-tiba meletup dan tanah kubur terjerlus ke dalam. Pengali kubur terpaksa menambah tanah baru supaya rata kembali. Kata pengali kubur, keranda telah pecah dan patah. Ustaz cakap tak payah korek biarkan begitu. Cuma tambah tanah baru supaya tak ada orang lain terjerlus ke dalam lubang kubur itu nanti.
Baru-baru ini penulis menghadiri pengebumian seorang saudara yang baru meninggal dunia. Keranda pasang siap yang saiznya besar sedikit dari saiz keranda biasa ditempah untuk mengebumikan arwah. Lubang kubur arwah telah awal digali mengikut saiz keranda yang biasa iaitu kecil sedikit dan pendek, mesti tidak muat jika mengikut saiz keranda pasang siap. Maka dilebarkan sedikit sahaja dan senang pula keranda dimasukkan ke dalam lubang kubur. Begitulah rezeki masing-masing.
Dua tahun yang lepas ada seorang sedara sebelah isteri meninggal dunia setelah jatuh dari motorsikal selepas terlanggar pintu kereta yang sedang dibuka. Arwah koma dua hari dan sempat juga penulis melawatnya di Hospital Ipoh. Arwah ini anak yang baik tetapi bernasib malang. Arwah sebelum meninggal dunia telah dianiayai oleh majikannya. Majikan arwah menuduh beliau mencuri barang iaitu susu tepung ditempat kerjanya di pasaraya.
Seminggu arwah meringkuk dalam lokap. Semasa dalam lokap arwah sempat bertaubat dan tidak pernah tinggal solat kata abang saudaranya yang juga seorang anggota polis di balai itu. Setelah dibebaskan, arwah pergi berjumpa dengan bekas majikannya dan mengucapkan terima kasih kerana di dalam lokap arwah dapat bertaubat dan dapat bersolat dengan khusyuk. Pada mulanya majikan beliau sangka arwah datang untuk membalas dendam sebab menganiayainya. Tetapi sebaliknya pula arwah datang dengan niat yang baik. Selang beberapa hari selepas itu beliau terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia.
Semasa jenazah arwah diusung ke tanah perkuburan yang berhampiran. Satu bau wangian menyusuk hidung penulis dan beberapa orang yang mengusung juga terbau wangian. Bukan wangian biasa yang selalu dibubuh pada jenazah semasa mengkafan mayat.
Kata ustaz Omar, anak derhaka yang tak sempat bertaubat selalu kuburnya terjerlus. Wallahu alam. Anak yang baik dan taat kepada ibubapa dan tidak pernah menderhaka, jenazah mereka berbau wangian harum kasturi. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang bernasib baik dapat mencium wangian tersebut. Semuga menjadi ikhtibar kepada kita yang masih menghirup udara yang segar ini. Jika ada yang terkasar bahasa dengan kedua ibubapa, cepat-cepat minta ampun.
Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”
Kali ini kisah yang berlaku kepada jenazah seorang wanita Mesir yang berumur 25 tahun telah meninggal dunia di Mekah. Jenazah beliau hanya dapat dikebumikan di Jeddah. Ingin tahu lebih lanjut kisahnya sila teruskan membaca.
LUBANG KUBUR DI MAKKAH UNTUK MEREKA YANG MENINGGAL DUNIA DISANA
Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, ! Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut(kalut-kalut) tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri di belakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya mengucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelan,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.
“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu! panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.
Sumber : Majalah MASTIKA
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Saturday, November 19, 2011
KEBODOHAN MANUSIA DALAM FACEBOOK............

KEBODOHAN MANUSIA DALAM FACEBOOK............
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari
jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga
(tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka
itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai."
SURAH Al A'raf-179...
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih........
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna aku masih hidup...walaupun mendapat ugutan bunuh dalam Facebook,aku masih sihat walafiat...Bergelar pendakwah bukan perkara mudah....Baginda saw pun dilempar najis ketika solat,patah gigi dalam perang Uhud,dipulaukan bangsa Quraish di Mekah hingga tiada makanan...Begitulah hebat ujian Nabi dan Rasul terakhir...
Aku teringat kisah silam.Sebuah keluarga jawa di Muar suka menggunakan tangkal.Aku memberikan fatwa Mufti Melaka namun mereka membuang ke dalam tong sampah...Amatlah bodoh keluarga tersebut kerna fatwa Mufti Melaka pun tidak dipercayai..Pabila manusia jahil,maka mereka buta ....benarlah firman Allah swt sebagaimana ayat di atas..
Bahkan Allah swt menyindir mereka "mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi............"Nauzubillah...
Jam menunjukkan 5.05 pagi dan aku belum tidur...sibuk menguruskan pelbagai jenis kerja bin urusan..Inilah rutin manusia bernama Saat..Mungkin ibu bapaku mahu aku menjadi manusia yang menghargai masa,maka aku dinamakan Saat,bukan jam!
Aku manusia yang menghargai masa.Jika appoinment jam 10- pagi,jam 9 pagi aku dah sampai pejabat....aku amat bencikan manusia yang tidak menghargai masa.Bak kata org tua "masa itu emas...."
Ramai bertanya mengapa aku menggunakan 3 telefon bimbit?satu urusan bisnes,satu urusan famili dan satu lagi internet.Jadi aku boleh melayan FB,membalas sms pelanggan dan bercakap dengan isteri kesayangan...3 dalam 1..........
Menurut seorang hukama',manusia itu dua jenis iaitu bodoh dan bijak.Berdasarkan kata hikmah hukama' itu aku mendapat idea menulis tentang tajuk ini...
Walaupun aku sibuk siang dan malam,aku tidak lupa menulis nota buat manusia kerna aku tahu ramai pengguna FB mahukan ilmu,bukan layan page bodoh dan sampah sepanjang hari...Namun aku tidak mmapu menulis nota setiap hari sebab aku pun banyak keje wal urusan...
Ramai mencebik,Kisah teladan & Co ada 400 fans sahaja,page artis ada 1 juta fans...Bagi aku 400 fans amat berharga kerna mereka akan menjadi saksi di akhirat bahawa aku memanfaatkan FB untuk berdakwah,bukan menunjukkan kasut baru dan kereta mahal....
Alhamdulillah page jiran aku ,Kisah Teladan telah mencapai 6000 fans dan 2 juta views...tp sibuk aku aktif kat sini je...ini macam adik beradik..sini ada ilmu,sana pun ada ilmu...Kita Kisah Teladan & Co adalah adik page Kisah teladan.....
Apakah BODOH?Bodoh adalah kelakuan atau sikap yang menyebabkan diri sendiri terhina dan dipandang rendah manusia lain.Contoh mudah manusia membuang sampah merata-rata adalah bodoh kerna tong sampah ada di mana-mana..Kadang2 aku naik angin dengan manusia..Mereka membuang sampah dalam laut,sungai,air terjun ...aku nak mandi pantai pun selalu terpijak kaca atau tin....
Manakala bodoh mengikut definisi agama adalah melakukan dosa .Tidakkah bodoh meminum arak sdgkan arak diharamkan?Justeru manusia makan rasuah,makan duit haram,berjudi,beli nombor ekor,berzina adalah BODOH...........NAMUN JIKA mereka bertaubat,maka bijaklah mereka...........
Malaysia adalah negara Islam yang mempunyai berbilang bangsa dan agama.Pusat nombor ekor dan arak dibenarkan kerna ia permintaan bukan Islam.Orang Islam yang turut beli nombor ekor dan minum arak adalah BODOH...Orang Islam tahu judi dan arak adalah haram,mengapa terlibat?
Apabila berlaku kes buang bayi,ramai menuding kepada Menteri dan ustaz.Siapakah yang menjaga anak gadis?Menteri atau Imam?Bukan..ibu bapa yang menjaga anak gadis.Jika ibu bapa mendidik anak gadis dengan ilmu agama dan berusaha menjaga maruah anak gadis,maka tidak akan berlaku zina dan buang bayi...Ibu bapa sibuk mencari wang,bercakap dengann anak sepatah dua patah,anak ke mana tidak ambil tahu,beri galakan anak bercouple..beri kebebasan.....siapa yang salah?IBU BAPA........
Kadang-kadang aku malu membaca akhbar..Ada gadis 15 tahun dah berzina 20 kali....ada bekas Imam mencuri wang zakat fitrah...dan macam-macam gegala sosial melanda masyarakat...
Aku menulis 3 buah buku,PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG,ANAK ADALAH ANUGERAH dan TIP MENJADI IBU BAPA MITHALI...aku tulis sebab mahu mendidik ibu bapa menjadi ibu bapa terbaik dan cemerlang...kalau ibu bapa makan rasuah,maka lahirlah anak 2 berjiwa syaitan..Sebelum betulkan anak-anak,betulkan diri sendiri...
Bacalah hadis sahih,pernahkah Baginda saw bercakap bohong?TIDAK...maka anak-anak Baginda saw mengikut contoh ayahnya....Pernahkah Baginda saw bercakap lucah di hadapan anak-anak?TIDAK....
Orang Islam mempunyai Quran dan hadis,maka galilah kedua-duanya..Setiap hari membaca surat khabar,bagaimana mahu menjadi manusia cemerlang???
Sejak aku melayan FB,aku lihat ramai manusia BODOH.Wanita mengambil gambar memakai pakaian tidur dan memuat turun dalam FB..maka ribuan kawan FB jantan melihatnya....tidakkah ia berdosa?SUDAH TENTU.....
Kdg2 aku x faham dengan manusia.Mereka mengaku Islam dan mahukan Syurga tapi perbuatan mereka menambahkan dosa dan semua tahu banyak dosa ,pasti ke Neraka...Adakah kita mahu melakukan sebanyak mungkin dosa??
Kawan aku Abdul Bary dr USA berikan idea agar aku menulis buku mengenai internet ,agar ramai orang Islam tahu gunakan internet dgn betul...aku pun x tahu bila nak mulakan...Tengoklah nanti bila aku ada masa..
Sejak aku gunakan FB,aku definisikan beberapa kebodohan manusia..
1.Menerima kawan yang tidak dikenali.
FB ada 500 juta pengguna dan ia memberi peluang kita memilih 5000 teman FB.Namun ramai manusia mahu glamour dengan menerima ramai teman FB walaupun mereka x pernah kenal siapa mereka.
Mereka tidak fikir mungkin orang itu perogol bersiri,perompak,hakcer,ahli kongsi gelap,gigolo,mat ganja dan sebagainya.Kalau guna nama Katak atau Guni,gambar pula gambar kartun,tiada maklumat diri yang jelas,sahlah mereka bukan manusia baik....
Namun akibat sikap pengguna FB mahu glamour dengan ramainya kawan,maka mereka menerima ribuan teman FB..aku?kawan FB aku x sampai 100...aku ambik keluarga,saudara mara dan mereka yang aku kenal atau percayai....Gambar kartun atau nama pelik pasti takkan diterima...Walaupun kawan FB aku x ramai,tp mereka dr seluruh dunia....
2.Tidak memikirkan keselamatan.
FB mempunyai keselamatan atau privasi.Contohnya apabila kita setting privasi untuk friends only,maka bukan friends tidak boleh melihat gambar atau status kita.Katakanlah anda menulis "Nak pi bank...."maka perompak yang bukan kawan boleh membaca status dan menunggu anda di luar bank....akhirnya anda dirompak setelah keluarkan wang dr bank...
FB mempunyai banyak ciri keselamatan yang perlu diketahui pengguna.Malaysia sahaja mempunyai 10 juta pengguna dan pelbagai jenis manusia...Ada yang baik,ada yang jahat....Jadi fikirkan...
3.Mahu dihargai tetapi tidak menghargai.
Ramai manusia mahu teman FB sentiasa like dan komen status mereka namun mereka tidak pernah pedulikan teman FB mereka..Tidakkah itu bodoh?FB umpama masyarakat.Pemilik FB adalah tuan rumah dan teman FB umpama jiran....macam aku buat kalau dah sebulan kawan FB x like atau komen,aku buang sahaja....senang..cari je teman FB lain....Ketua Menteri Melaka punya sibuk siang malam pun ada masa like status aku...
Ada satu teman FB hari2 like status aku,aku buang....sebab kalau like je siang malam,memang dia x baca pun status aku....dia main like je...
4.Memuat turun gambar membuka aurat.
Jika seorang wanita mempunyai 5000 teman FB dan sering memaparkan gambar membuka aurat,maka mereka semua akan menjadi saksi di akhirat.Tidakkah itu bodoh?Mujur FB mengharamkan gambar lucah,jika tidak sudah pasti pengguna FB akan memuatkan gambar dan video lucah dalam FB mereka...
Kebanyakan gadis remaja suka menggunakan profile membuka aurat dan penuh dengan gambar buka aurat.FB pula tidak disettingkan friends only maka seluruh dunia boleh melihat..maka Obama Presiden Amerika dan Lim Lam Tan penyapu sampah di China pun akan menjadi saksi di akhirat jika mereka lihat gambar tersebut...
5.Menulis ayat provokasi dan jenayah.
Ramai pengguna FB menulis pelbagai ayat provokasi seperti menghina bangsa India di mana ia boleh melahirkan permusuhan kaum.Ada pula berani menulis ancaman dan ugutan bunuh.Malah ketika Tun Dr Mahathir dimasukkan dalam hospital di Australia,seorang anak Kelantan yang belajar di Universiti Azhar menulis status "Mahazalim dah mati........."
Memang menyedihkan sikap manusia..Mereka menulis tanpa memikirkan pahala dan dosa.Mereka fikir bila mati FB akan mati namun hakikatnya tidak.FB akan dibawa ke akhirat...
6.Tidak log off dan clear cookies.
Ramai penggguna FB yang melayari FB melalui internet cyber cafe tidak log out dan clear cookies.Akibatnya kemungkinan orang lain boleh membuka FB mereka dan boleh menggunakan dengan niat jahat.
Begitu juga melalui telefon bimbit.Apabila tidak log –out,telefon hilang dan pencuri boleh masuk dalam FB dan menggunakannya.Ini amat berbahaya...
7.Tidak menambahkan ilmu.
Ramai pengguna FB tidak memanfaatkan FB untuk mencari ilmu sedangkan ada berjuta page memberi ilmu.Mereka hanya suka membelek page sampah setiap hari.....
8.Mencuri maklumat dengan tujuan jahat.
Ramai juga menggunakan FB dengan niat jahat.Contohnya seorang gadis yang memuat gambar berpeluk dengan lelaki,ia telah disimpan orang lain.Dengan takdir Allah gadis itu berkahwin dengan lelaki lain.Namun orang jahat itu menyebarkan gambar kisah lampau yang seksi dan adegan terlampau berpeluk,bercium dan sebagainya,maka huru-haralah rumah tangga..akhirnya bercerai berai...Mencuri maklumat adalah tindakan bodoh namun sikap gadis yang memuatkan gambar tersebut juga bodoh..
9.Membuat fitnah.
Setiap hari pelbagai fitnah disebarkan.Pembaca fitnah itu pula menulis fitnah di statusnya.Maka bersambung-sambung dosa..Ketika YB Datok Seri Rais Yatim difitnah merogol pembantu rumah,ramailah berduyun-duyun menulis kisah tersebut dalam status..maka dosa pun bersambung-sambung......
Membuat fitnah adalah dosa besar dan menyebarkan fitnah juga berkongsi dosa...
10.Hidup dengan FB...
Ada juga manusia hidup dengan FB..siang malam mendongak FB hingga suami atau isteri diabaikan.Anak-anak juga tersisih akibat syok dengan FB....
Demikianlah beberapa kebodohan manusia dalam FB..mereka amat seronok hingga lupa bahawa ada yang lebih penting iaitu ibadat....FB boleh digunakan namun ia perlu dihadkan..Pengguna juga perlu memahami larangan dalam agama agar tidak loggin FB dapat dosa....
Segala kelemahan dan kekurangan milikku bernama Saat,manakala kebaikan dan kesempurnaan adalah milik Allah swt Maha Gaha lagi Amat Hebat...........
Admin
Kisah Teladan & Co
6 pagi waktu Malaysia......
19 November 2011........................
Upload : 20 November 2011
Friday, November 18, 2011
Kisah Remaja 15 Tahun Terlanjur 20 kali
Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.
Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.
“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.
“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.
Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.
“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.
Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.
Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
sumber : Harian Metro
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.
Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.
“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.
“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.
Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.
“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.
Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.
Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
sumber : Harian Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)


