Thursday, October 10, 2013

surah al-Kahfi Sheikh Sa'ad al-Ghamdi

   



Imam Al-Syafi'i rahimullah dalam kitabnya "Al-Umm" menyatakan bahawa membaca surah al-Kahfi boleh dilakukan pada malam Jumaat dan siangnya berdasarkan riwayat tentangnya.

(sumber : Al-Umm, Imam al-Syafi'i: 1/237).

dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu 'anhu,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat."

dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq." (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan Imam Nasai dan Imam Hakim )

Imam Albani rahimullah berkata hadis-hadis tersebut adalah HADIS SAHIH.

Rasulullah SAW bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

Imam Al-Munziri berkata: hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa.

(Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)”

Manakala sebuah hadis :

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ يس فِي لَيْلَةِ الْجُمعَةِ غُفِرَ لَهُ

"Siapa yang membaca surah (Yasin) pada malam Jumaat diampuni dosanya."

Imam Al-Albani rahimullah berkata: "Dhaif Jiddan (sangat lemah )