Monday, March 25, 2013

al-Fatihah





Al-Fatihah buat Dr Uthman El Muhammady yang baru sahaja meninggal dunia. Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat negara. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Friday, March 22, 2013

Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti -al Fatihah

Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti 

http://www.youtube.com/watch?v=tgUMwaCNWL8





Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Kita ini milik Allah, dan kepada Dialah kita kembali.

Selamat pulang, Sheikh Said Ramadan al-Bouti, ke pangkuan Tuhan.al-Fatihah........

Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan JIlka, Turki. Appbila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.

Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.



DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah. 

Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya. 
"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan. 

Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu. - AFP

Arabiya -

While most of the Muslim Sunnis in Syria have risen up against the regime of Syrian President Bashar al-Assad, a prominent Sunni Muslim scholar took a different route by supporting the Syrian regime.

On Thursday, that man -- Sheikh Mohammed Saeed Ramadan al-Bouti -- was killed at the age of 84 in a suicide bombing that targeted a mosque in Damascus.

Al- Bouti held weekly sermons at the historic Ummayyad Mosque and in recent months, Syrian TV has carried his weekly addresses live. Bouti also had a regular religious TV program.

The sheikh belongs to a Kurdish tribe that is spread across Syria, Iraq and Turkey. He was born on the Boutan Island of Turkey in 1929 and headed to Syria with his father at the age of four. Once a little older he went on to study religion in Damascus
Al-Bouti started his career teaching at a secondary school in Homs in 1958 and 1961, he was appointed as part of the Shariah faculty at Damascus University.

In 1965, Bouti moved to Egypt where he received a doctorate in Sharia law at al-Azhar University. He headed back to Syria, and where he was once a faculty member, he progressed into the respected position of vice dean at the College of Islamic Law at Damascus University in 1975 and in 1977 became dean.

Bouti then retired but continued to lecture and write about Islamic affairs. He has authored more than 60 books and was a prominent religious reference in the Muslim world, holding the presidency of the Scholars Union for the Levant region.
Bouti was a vocal supporter of the Syrian regime since the early days of Assad's father and predecessor, the late President Hafez Assad.


Following the outbreak of the Syrian revolution in March 2011, Bouti criticized anti-regime protests and urged demonstrators not to follow "calls of unknown sources that want to exploit mosques to incite seditions and chaos in Syria."

He said “most of the protesters do not pray” and criticized prominent Egyptian scholar Yusuf al-Qaradawi for playing “demagoguery that opens the door of sedition.” Qaradawi has supported revolutions in several Arab Spring countries. But despite his open support for Assad, al-Bouti was reported to have issued a Fatwa, or a religious edict prohibiting the killing of protesters.

In a recent study of the top 500 influential Muslim scholars in the Islamic world by the Jordan-based Royal Islamic Strategic Studies Centre, al-Bouti, came in 27th place.

Terjemahan kenyataan Penuh oleh Fadhilatus Syaikh Abul Huda Al-Yaaqubi di atas Syahidnya Fadhilatus Syaikh Ramadhan Al-Buti ...(Di Petik dari FB Syaikh Abul Huda) :

Aku mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

Allah Subhanahu Wa Taala telah mengurniakan pengakhiran hayatnya dengan kebaikan dan mengurniakan beliau kemulian Syahid.

Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah.

Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah.

Dalam berita yang disiarkan di televisyen Syria, beliau telah meninggal dunia akibat dibom oleh pengebom berani mati.

Aku menghalakan tanggungjawab Syahidnya beliau terhadap kerajaan aku mempunyai maklumat yang sangat panas dan teliti yang sangat dekat dengan Fadhilatus Syaikh bahawasanya As-Syaikh Al-Buti sedang berusaha untuk keluar dari Syria akan tetapi kerajaan telah mengenakan sekatan keselamatan yang sangat ketat ke atas beliau.

Fadhilatus Syaikh Al-Buti di dalam majlis-majlis khas beliau sentiasa mencela ‘An-Nasiriyin’ dan sentiasa mendoakan kehancuran buat mereka.

Aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengeboman ini,samada ianya dilakukan oleh pihak kerajaan ataupun Jamaah Takfiryah sebagaimana didakwa oleh pihak kerajaan – kerana Jamaah Takfiriyah ini sememang asal mereka memerangi Ahlus Sunnah.

Kita semua mendoakan rahmat Allah ke atas pemergian Fadhilatus Syaikh Al-Buti dan semua pihak yang turut syahid bersamanya. 

Kita mendoakan agar Allah menempatkan beliau dan mangsa agar ditempatkan di kedudukan Para Syuhada’.
Aku akan sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan segala kebaikan,pujian dan penghormatan.
Beliau akan kekal sebagai seorang Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.

Aku walaupun berselisih pandangan dengan Beliau dalam persoalan “Khuruj ‘alal Imam” dan “Menyokong pemerintah”,dan walaupun aku sentiasa menyanggah pandangan beliau berkali-kali,tidaklah aku membawa dalam jiwaku melainkan Cinta dan Penghormatan terhadap beliau.

Semoga Allah merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau




Thursday, March 21, 2013

Kuliah Maghrib

http://www.youtube.com/watch?v=Kgyt2c7oqZQ

Thursday, March 14, 2013

Apabila ceramah motivasi mula merepek


Apabila jenama ‘Islam’ itu laris, ramai orang menggunakannya. Samada mereka itu ikhlas kerana Allah, ataupun kerana ‘market demand’ hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Bermula dari pelbagai produk makanan dan barangan cuba dikaitkan dengan agama sehingga kepada pelbagai jenis motivasi. Akhirnya, agama kelihatan murah dan selekeh.
Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi s.a.w.
Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut “Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!”
Saya sering menjawab mereka dengan berkata: Tamar Nabi s.a.w baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi s.a.w punya!
Malangnya, orang-orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi s.a.w’.
Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengekplotasikannya.
Ahli Motivasi
Saya tidak menyatakan semua, tapi sesetengah penceramah motivasi yang tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan pendapat utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand’.
Apabila mereka melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasuk unsur agama dalam ceramah-ceramah mereka.
Malangnya, mereka mula ‘merepek’ ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.
Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada sms, telefon, what’s up ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini. Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur.
Pandangan motivasi seperti itu sekadar mengkayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.
Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak.
Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah. Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak.
Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri : (maksudnya) isteri-isteri (yang menjalani idah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu), dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah; dan berundinglah antara kamu (dalam hal penyusuan) dengan cara yang baik. dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
Hendaklah orang yang mampu (suami) memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya.
(Ingatlah) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (Surah al- Talaq: 6-7)
Hatta, dalam edah dan selepas bercerai pun masih ada tanggungjawab suami. Inikan pula semasa perkahwinan masih berjalan.
Firman Allah lagi: (maksudnya) “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..” (Surah al-Baqarah: 233).
Walaupun majority ulama berpendapat ibu hanya disunatkan ataupun digalakkan menyusukan anaknya, namun mereka tetap berpendapat jika tiada siapa selain ibu yang dapat menyusukan anaknya, maka menjadi wajib ke atas ibu untuk menyusu. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2/360. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991).
Salah Faham
Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum.
Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa.
Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang Allah fardukan ke atas suami.
Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi s.a.w mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda: “Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan).
Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal.
Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam.
Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.
Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastructure yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan.
Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.
Nafkah Haram?
Ada pula penceramah motivasi yang menyatakan anak-anak yang tidak cemerlang belajar disebabkan sumber wang pendapat bapa itu tidak halal.
Isteri dianggap turut berdosa atas pendapatan haram suami.
Kita bertanya, apa yang hendak mereka jawab mengenai anak-anak non-muslim yang cemerlang sedang ibubapa mngkin terlibat dengan riba dan seumpamanya.
Dalam Islam, isteri-anak tidak bersalah atas kerja buat suami nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab suami.
Dosa hanya ditanggung oleh pihak suami sahaja jika wang itu diterimanya secara haram.
Adapun isteri dan anak, mereka menerimanya secara halal kerana ia nafkah yang wajib.
Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud: “Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”.
Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi, seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir? jawab Ibn ‘Umar: Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya.
Beliau menjawab: “Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan
dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar.
Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal.
Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa.
Ahli motivasi juga jangan lupa, wang yang diperolehi melalui motivasi yang tidak benar dan menggunakan nama Allah dan rasulNya secara salah juga termasuk dalam senarai yang haram.
Bacaan
Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki.
Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu.
Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini DIA akan turunkan rezeki?!
Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini: “…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil.
Maka timbullah berbagai bid‘ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan.
Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan.
Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah).
Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abdin ialah bekas Mufti Perlis

http://www.themalaysianinsider.com/