Friday, January 13, 2012

DIARI SEORANG IBU


Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

sumber : http://hakaluka.blogspot.com

Saturday, January 7, 2012

ANAK TAK SAH TARAF MENGIKUT HUKUM SYARA’


Pendahuluan.
Fenomena anak tak sah taraf di Malaysia seakan-akan sudah menjadi
masalah sosial yang lumrah dan tidak asing lagi kepada masyarakat kita. Ini
kerana perkara ini sudah terlaku kerap berlaku. Kisah-kisah tentang
pembuangan bayi terpampang di dada akhbar, sementara kes-kes ibu hamil
tanpa nikah yang berada di pusat pemulihan semakin bertambah dari semasa
ke semasa. Perkara ini disokong dengan statistik pendaftaran kelahiran anak
luar nikah

dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 1999 hingga 2003
mencatatkan bilangan yang sangat besar, iaitu 70,430 orang. Negeri Selangor
mencatatkan jumlah yang tertinggi, iaitu seramai 12,836 orang, diikuti Perak
(9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri
Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412),
Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan
Terengganu (574) orang.
Statistik pendaftaran anak luar nikah mengikut bangsa pula didahului oleh
Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 20,949 orang, India
sebanyak 19,581 orang, Cina sebanyak 18,111 orang dan kaum-kaum lain
sebanyak 11,789 orang. Manakala statistik pendaftaran mengikut pecahan
agama pula, orang Islam mencatat bilangan tertinggi yang mendaftarkan anak
luar nikah seramai 30,978 orang, penganut Hindu seramai 18,085 orang,

penganut Buddha seramai 17,236 orang, penganut Kristian seramai 3,395
orang dan seramai 736 orang didaftarkan mengikut agama lain-lain.
Statistik atau fakta yang dipaparkan ini sebenarnya lebih tinggi dari yang
sedia ada sekiranya mengambil kira kes-kes yang melibatkan pengguguran
haram dan pembuangan bayi yang dipaparkan di media dan tidak direkodkan.
Persoalan yang sering ditimbulkan adalah bagaimana hendak mengatasi
perbuatan seperti ini? Terdapat pandangan yang mengatakan supaya
dilaksanakan hukuman hudud. Sebaliknya, ada pula yang menyarankan
supaya diwujudkan tempat atau sebuah pusat penyerahan bagi bayi yang
tidak dikehendaki. Jika dipilih cara yang pertama, maka banyak liku yang
perlu diharungi, contohnya adakah mudah untuk memperolehi empat orang
saksi seperti mana yang disyaratkan. Sedangkan bayi yang tidak berdosa
terus dilahirkan di luar nikah, adakalanya ia dibuang malahan ada pula yang
dibunuh.
Sekiranya kita memilih cara yang kedua, jika tersilap langkah atau
pertimbangan ia boleh dan akan menjadi galakan kepada perbuatan zina
kerana para penzina tidak perlu risau jika berlaku hamil luar nikah kerana
sudah tersedia ruang dan tempat bagi menempatkan bayi yang tidak
dikehendaki. Penyelesaian sesuatu masalah sosial yang berlaku tidak boleh
diambil melalui jalan yang singkat dan semudah seperti yang disangka. Ia
perlu dilihat dari keseluruhan aspek dengan melibatkan pendekatan agama
serta pembangunan insan dan pembentukan masyarakat yang beretika dan
baik.
Perzinaan dan Kehamilan Luar Nikah Menurut Undang-undang Di
Malaysia.
Perzinaan menurut hukum syara’ secara umumnya adalah perhubungan seks
antara lelaki dan perempuan yang dilakukan di luar ikatan perkahwinan yang
sah atau persetubuhan syubhah sama ada dengan kerelaan atau paksaan.
Dalam Kanun Keseksaan, tidak terdapat tafsiran mengenai perbuatan zina.
Oleh itu, perzinaan dianggap bukanlah suatu jenayah kerana terdapat unsur
kerelaan. Berbeza dengan perbuatan rogol yang dianggap sebagai satu
kesalahan dan jenayah kerana terdapat unsur paksaan dan mangsa dalam
perbuatan tersebut.
Definisi Anak Tak Sah Taraf.
Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang
bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Berdasrkan perbincangan para
fuqaha tentang nasab seseorang anak, secara umumnya dapatlah
dirumuskan bahawa anak zina adalah merujuk kepada anak yang dilahirkan
hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau pun persetubuhan
syubhah.


Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, istilah anak tak
sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai
nasab atau hubungan darah yang sah dan sama, peruntukan undang-undang
menyatakan:
‘tak sah taraf berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar
nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah’.

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekkutuan) 1984
juga mempunyai peruntukan yang sama.

Terdapat juga peruntukan yang
sama dalam Enakmen Undang-undang Keluarga di negeri-negeri lain di
Malaysia, contohnya di Kelantan, Melaka, Perlis, Perak, Pulau Pinag, Johor,
Kedah dan Sarawak.

Ini bermakna, pengertian anak tak sah taraf dalam


peruntukan undang-undang negeri di Malaysia adalah selari dengan definisi
anak tak sah taraf mengikut hukum syara’.
Menurut Fatwa Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syara’ di
Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 28 April 2005, singhah berkaitan
anak tak sah taraf menurut hukum syara’, adalah:
1. Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol
atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syara’.
2. Anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah qamariah
dari waktu ‘imkad ad-dukhul’ dan bukan hasil daripada persetubuhan
syubhah.
3. Anak yang dilahirkan lebih daripada enam bulan dua lahzah qamariah
dari waktu ‘imkad ad-dukhul’ selepas akad yang sah dan ada bukti dari
segi syara’ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar
(pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau
salah seorang daripadanya), atau empat orang saksi yang memenuhi
syarat-syarat hukum syara’.

Peruntukan Tentang Kesahtarafan Anak.


Terdapat juga peruntukan tentang kesahtarafan anak dalam Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang
memperuntukkan tentang siapakah yang dikaitkan sebagai bapa, iaitu:
‘Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki
melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh
perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas
perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab perceraian, dan
perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah
disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau
kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah’.
9
Peruntukan ini mengaitkan hubungan bapa dengan anaknya sekiranya anak
tersebut lahir dari perkahwinannya dengan seorang wanita selepas enam
bulan perkahwinan mengikut tahun hijri atau dalam masa empat tahun
selepas perceraian. Anak yang lahir dalam jangka masa yang tersebut dikira
sebagai sah tarafnya melainkan sibapa menafikan nasab anak tersebut di
mahkamah.
Terdapat juga peruntukan lain yang menyatakan tentang anak yang disifatkan
tak sah tarafnya, iaitu:
‘Jika anak itu dilahirkan lebih daripada empat tahun qamariah selepas
perkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau
oleh sebab perceraian, lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu
melainkan jika lelaki itu atau mana-mana warisnya menegaskan bahawa anak
itu adalah anak lelaki itu’.


Peruntukan yang sama terdapat dalam kebanyakan Enakmen Undangundang Keluarga Islam Negeri-negeri lain.

Walaubagaimanapun di negeri Kedah dan Perlis, ia memperuntukkan peruntukan yang berbeza mengenai
anak yang dilahirkan selepas perceraian, iaitu sekiranya seorang anak
dilahirkan selepas perceraian, anak itu hanya sah tarafnya jika ia dilahirkan
dalam masa satu tahun selepas perkahwinan dibubarkan .

Sekiranya seorang anak lahir selepas tamat tempoh ‘iddah, Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, memperuntukkan:
‘Jika seorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat satu
pengakuan bahawa tempoh ‘iddahnya telah tamat, sama ada ‘iddah itu adalah
oleh sebab kematian atau perceraian, dan perempuan itu kemudiannya
melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan
sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang
daripada empat tahun qamariah dari tarikh perkahwinan itu dibubarkan oleh
sebab kematian suaminya atau oleh sebab perceraian’.

Kedudukan dan Hak Anak Tak Sah Taraf Menurut Hukum Syara’.
Pada umumnya, para fuqaha’ semua mazhab bersependapat bahawa
seseorang anak yang pembenihannya dan kehamilannya itu berlaku sebelum
pernikahan kedua ibu bapanya adalah anak hasil daripada perzinaan dan
anak tersebut adalah anak tak sah taraf. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa persoalan yang perlu dilihat secara lebih terperinci.

Menurut pendapat Mazhab Hanafi, jika seseorang lelaki berkahwin dengan
seorang wanita, kemudian wanita tersebut melahirkan anak dalam tempoh
kurang daripada enam bulan dari tarikh pernikahan mereka, anak tersebut
tidak boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan kerana pembenihan telah
berlaku sebelum nikah, maka ia bukan daripada suaminya. Sekiranya suami
tersebut hendak menafikannya, ia hendaklah berli’an kerana nasab boleh
disabitkan melalui perkahwinan yang wujud. Li’an hendaklah berdasarkan
qazaf tanpa perlu wujudnya anak.

Walaubagaimanapun, berdasarkan alFatawa al-Zahiriyyah, jika seseorang lelaki berzina dengan seorang
perempuan yang kemudiannya berlaku pembenihan, apabila ternyata hamil
dan lelaki tersebut mengahwininya, maka pernikahan tersebut harus. Jika
anak dalam kandungan tersebut lahir dalam tempoh selepas enam bulan atau
lebih, maka anak tersebut dinasabkan kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, jika
dilahirkan kurang daripada enam bulan, maka tidak dinasabkan anak tersebut
kepadanya kecuali jika ia mengaku bahawa anak itu adalah anaknya dan
bukan dari hasil perzinaan.


Menurut pendapat Mazhab Syafie, jika dikahwini seorang wanita yang
hamil dari perzinaan, kemudian ia melahirkan anak yang sempurna
tempohnya (term baby), maka terdapat empat keadaan mengenainya.
Pertama, sama ada suami menafikan anak tersebut zahir dan batin tanpa
melakukan li’an iaitu anak yang dilahirkan kurang daripada tempoh enam
bulan daripada berlaku perhubungan suami isteri selepas akad nikah atau
lebih daripada empat tahun dari tarikh terakhir berlaku perhubungan suami
isteri.
Kedua, sama ada dihubungkan anak dengan suami tersebut dan sabit bagi
anak tersebut hukum perwarisan dan selainnya secara zahir, yang sepatutnya
menafikannya kerana anak tersebut lahir lebih daripada masa enam bulan
dan kurang daripada empat tahun. Suami tersebut mengetahui atau berat
sangka bahawa anak itu bukan daripada benihnya kerana ia tidak
menyetubuhi isterinya selepas akad dan tidak memasukkan spermanya. Atau
anak tersebut dilahirkan kurang daripada enam bulan dari tempoh
perhubungan suami isteri, atau lebih daripada empat tahun daripada
perhubungan tersebut, atau lebih daripada enam bulan daripada istibra’
dengan sekali pusingan haid dan ternyata isteri tersebut berzina. Maka dalam
keadaan sedemikian, suami tersebut berdosa jika tidak menafikan anak
tersebut, malah ia suatu dosa besar.



Ketiga, sama ada menghubungkan anak tersebut kepada suami secara zahir
tetapi tidak perlu menafikannya jika suami sangka bahawa anak tersebut
adalah daripada benihnya walaupun tanpa sangkaan yang berat. Telah
berlaku istibra’ selepas perhubungan suami isteri dan anak tersebut dilahirkan lebih daripada enam bulan selepas perhubungan suami isteri.

Terdapat keraguan mengenai perzinaan isterinya. Dalam keadaan sedemikian, sunat
(nadb).

Keempat, sama ada dihubungkan anak tersebut kepada suami dan haram
menafikannya jika berat sangkaan anak tersebut adalah dari benihnya. Atau
pun terdapat dua perkara yang sama iaitu anak tersebut lahir setelah enam
bulan dan lebih sehingga empat tahun daripada berlakunya perhubungan
suami isteri serta tidak berlaku istibra’ selepas itu. Atau berlaku istibra’ tetapi
anak tersebut dilahirkan kurang daripada enam bulan, maka dihubungkan
melalui firash (perkahwinan yang sah).

Terdapat perbezaan pendapat mengenai anak zina yang dilahirkan tanpa
firash, maksudnya ibu kepada anak tersebut tidak berada dalam ikatan
perkahwinan. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa tidak harus disambungkan
nasab anak zina dengan bapa biologinya. Manakala terdapat segelintir ulama’
yang mengharuskannya seperti Muhammad bin Sirrin dan Ibn Taimiyyah
serta diperkukuhkan oleh anak muridnya, Ibn Qayyim. Hassan al-Basry dan
Ibrahim al-Nakha’iy berpendapat bahawa harus menghubungkan anak zina
dengan bapa zinanya setelah dikenakan hukuman hudud.


Sabitan Kebapaan.
Sabitan kebapaan atau thubut al-ubuwwah merupakan sebahagian daripada
sabitan nasab. Sebenarnya, sabitan kepada ibu lebih mudah dibuktikan iaitu
mengikut mazhab Hanafi, memadai dengan penyaksian seorang wanita ketika
kelahiran. Cara sabitan kebapaan menurut pandangan Mazhab Hanafi
adalah melalui perkahwinan yang sah, kesaksian dan iqrar.

Menurut
Mazhab Syafie, sabitan nasab boleh ditentukan melalui tiga cara, iaitu
melalui kesaksian, iqrar dan istifadah.

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili,

maksudnya ialah tersebarnya perkhabaran tentang perkahwinan, penyusuan,
kelahiran atau kematian yang disepakati kebenarannya oleh segolongan
ramai sehingga ke tahap yakin yang dikenali sebagai syahadah al-sima.
Menurut pandangan beliau, syahadah al-sima lebih kuat dari istifadah.


Sabitan kebapaan seorang anak yang sah taraf lebih mudah disabitkan.
Tetapi untuk mensabitkan bapa biologi seseorang anak tak sah taraf perlu
terlebih dahulu dipastikan dalam empat perkara. Pertama, ada peruntukan
undang-undang yang mewajibkan. Kedua, ada peruntukan undang-undang
yang membenarkan. Ketiga, apakah cara yang boleh diterimapakai.
Keempat, apakah sabitan hubungan anak dan bapa akan menggugurkan
hukuman zina?
Tiada sebarang peruntukan dalam Undang-undang Keluarga Islam yang
mewajibkan kepastian bapa biologi bagi seseorang anak yang tak sah taraf.
Malahan dalam Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah juga tidak
menetapkan kewajipan memastikan bapa biologi bagi seseorang anak yang
dilahirkan luar nikah.

Hubungan biologi antara seorang anak tak sah taraf dengan bapanya tidak
pernah diiktiraf bagi menentukan sesuatu hak kecuali pandangan mazhab
Hanafi yang melarang perkahwinan antara anak dan bapa biologinya. Oleh
itu, hubungan sedemikian tidak dianggap atau diiktiraf sebagai hubungan
melalui nikah. Maka tidak ada tempat dalam undang-undang keluarga Islam
yang memberi ruang kepada hubungan tersebut. Menempatkan hubungan
sedemikian dalam undang-undang keluarga Islam boleh menimbulkan
kekeliruan kepada masyarakat kerana mereka akan beranggapan bahawa
hubungan sedemikian diiktiraf oleh syara’.
Pada zaman Rasulullah s.a.w., sabitan nasab pernah dilakukan berdasarkan
pendapat qa’if iaitu seorang yang mempunyai kemahiran dalam melihat
persamaan urat tapak kaki. Ibn Qayyim berpendapat bahawa qiyafah lebih

berupa persamaan antara anak dan bapanya yang zahir pada rupa paras,
bentuk serta tubuh badan yang diketahui secara khusus oleh qa’if.

Malahan amalan tersebut diikuti oleh Sayyidina Umar al-Khattab, Abu Musa al-Asy’ari,
Ali bin Abi Talib, Ibn Abbas dan Anas bin Malik. Amalan tersebut tidak
disanggah oleh para Sahabat. Dalam kalangan imam mazhab yang empat,
hanya Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya sahaja yang menolak
beramal dengan qiyafah.

Terdapat dalam kalangan qadhi-qadhi terkenal
yang juga ahli qiyafah seperti Iyas bin Muawiyah dan Shurayh bin al-Harith.

Zaman terus berkembang, dengan kemajuan sains dan teknologi, kini
terdapat satu kaedah yang boleh digunakan untuk mensabitkan hubungan
biologi seorang anak dengan bapanya. Ujian paterniti atau molekul biologi
boleh digunakan sebagai satu cara untuk memastikan bapa kepada seorang
anak. Ia dikenali sebagai ujian DNA (Deoxyribonueleic acid). Ujian ini
dilakukan untuk mengenalpasti dan membuktikan siapakah bapa biologikal
sebenar kepada anak yang dilahirkan.

Dari sudut perundangan, ibu, bapa dan
anak yang disabitkan perlu menjalani ujian tersebut dengan keizinan bertulis.
Sekiranya kanak-kanak itu berumur di bawah 16 tahun, penjaga perlu
memberi keizinan bagi mewakili kanak-kanak tersebut. Setiap individu
mempunyai 46 kromosom iaitu 23 adalah daripada bapa dan 23 daripada ibu.
Kaedah seperti ini memerlukan sel-sel badan daripada anak dan bapa.
Sampel akan diambil daripada bendalir mulut. Ketepatan kaedah ujian DNA
adalah mencapai 99.999% atau 99,999/100,000. Ini bermakna kemungkinan
pertembungan kongruiti (ketidaktepatan) antara anak dan bapa hanya di
bawah paras 0.01%.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam.

Selain daripada peruntukan undang-undang dan enakmen negeri-negeri,
terdapat juga Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang menyatakan tentang status anak yang
dikandung ibunya di luar pernikahan yang sah, iaitu:
‘Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi
anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka
daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh
menjadi walinya’.
‘Anak zina atau anak luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan
perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak, hendaklah dibin atau
dibintikan kepada Abdullah’.
Dari segi tanggungjawab untuk memberi nafkah, Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memberi pandangan:
‘Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf adalah menjadi
tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf
dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya’.

Garis Panduan Penamaan, Pergaulan dan Hak-Hak Anak Tak Sah Taraf.

Perkara yang akan dibincangkan dalam kertas ini seterusnya adalah
bertujuan untuk dijadikan sebagai asas rujukan dalam menentukan
kesesuaian penamaan anak tak sah taraf menurut syariat Islam. Selain
daripada itu, ia juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada
semua pihak berkenaan aspek-aspek pergaulan serta implikasi sosial anak
tak sah taraf dalam keluarga dan masyarakat.


Dari sudut penamaan anak tak sah taraf, jika seseorang perempuan Melayu
beragama Islam bersekedudukan tanpa nikah dengan pasangannya sama
ada lelaki tersebut Islam atau bukan Islam dan melahirkan anak, maka anak
tersebut hendaklah dibin atau dibintikan dengan Abdullah atau lain-lain nama
asma’ al-husna berpangkalkan Abdul. Seseorang anak tak sah taraf atau
anak luar nikah tidak wajar dibin atau dibintikan kepada ibu anak tersebut
kerana ia mungkin akan menimbulkan masalah sosial dan kesan psikologi
kepada anak tersebut.
Seseorang anak yang dijumpai terbiar atau anak pungut yang tidak diketahui
asal-usulnya hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah, sekiranya
nama Abdullah itu bersamaan dengan nama orang yang memelihara anak
tersebut, maka bolehlah dipilih nama ‘Asma’ al-Husna’ yang berpangkalkan
Abdul seperti Abdul Rahman dan Abdul Rahim.
Dalam konteks pergaulan pula, anak tak sah taraf tidak boleh dihalang
daripada menjalinkan apa-apa hubungan atau menjalankan aktiviti yang boleh
dijalinkan atau dijalankan dengan seseorang kanak-kanak Islam lain yang sah
tarafnya. Pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang telah melakukan
persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walaupun lelaki tersebut
adalah bapanya yang sebenar, hendaklah berasaskan pergaulan di antara
anak tiri dan bapa tiri. Jika anak tak sah taraf itu ialah seorang perempuan,
maka wudhu’nya dan wudhu’ suami ibunya, samada si suami itu adalah
bapanya yang tidak sah atau pun lelaki lain, maka tidak terbatal wudhu’nya
kerana menurut pandangan hukum syara’ suami ibunya itu adalah sebagai
bapa tirinya.

Perhubungan antara nak tak sah taraf dengan anak-anak sebelah ibunya
yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan
kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan
kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah itu.


Implikasi Anak Tak Sah Taraf Dari Segi Hukum Syara’.
Dari sudut hubungan nasab (keturunan), anak tak sah taraf tidak harus dibin
atau dibintikan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Dia hendaklah dibin
atau dibintikan dengan Abdullah atau salah satu nama asma’ al-husna atau
sifat Allah seperti yang telah dinyatakan.
Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf adalah menjadi
tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf itu
dinasabkan kepada ibunya, tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.
Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan keturunan dengan ibunya. Oleh
itu, kedua-duanya boleh mewarisi pusaka di antara satu sama lain. Sekiranya
ibunya meninggal dunia, maka ia mempunyai hak untuk mewarisi pusaka
ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga sekiranya anak tak
sah taraf itu meninggal dunia terlebih dahulu, maka ibunya berhak untuk
mewarisi pusakanya. Seseorang anak tak sah taraf adalah terputus hubungan
dari segi pusaka dengan bapanya yang tak sah taraf dan ia tidak menjadi ahli
waris dan tidak berhak untuk mewarisi pusaka bapanya, begitu juga
sebaliknya bapanya tidak berhak untuk mewarisi pusakanya.


Hak perwalian diri anak tak sah taraf sebenarnya terletak kepada ibunya.
Walau bagaimanapun, perwalian perkahwinan seseorang anak tak sah taraf
perempuan dipegang oleh wali hakim. Ini kerana seseorang perempuan tidak
sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan. Lelaki yang menyetubuhi
ibunya sebelum akad nikah yang sah, samada ia (lelaki) berkahwin atau tidak
dengan ibunya selepas itu, tidak sah menjadi walinya.
Bagi perkahwinan pula, seseorang anak tak sah taraf perempuan boleh
berkahwin dengan seseorang lelaki yang sah. Berhubung dengan penjagaan
anak tak sah taraf, ia adalah dipertanggungjawabkan semata-mata kepada
ibu dan saudara-mara sebelah ibunya.



Kematian seseorang anak tak sah taraf yang belum baligh adalah menurut
hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka ia dihukum sebagai
seorang yang beragama Islam. Dengan demikian, mayatnya hendaklah diurus
secara pengurusan jenazah Islam. Sekiranya ibunya bukan seorang yang
beragama Islam, maka ia dihukum sebagai seorang yang bukan beragama
Islam, sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya itu seorang yang beragama
Islam.
Jika semasa hayatnya, anak tak sah taraf telah melakukan amal kebajikan
sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk masyarakat, maka segala
manfaatnya dari segi ganjaran Allah s.w.t. dan lain-lain akan kembali kepada
dirinya jua. Jika seseorang anak yang dipungut dan tidak dapat ditentukan
keturunannya iaitu sama ada Islam ataupun bukan Islam, maka adalah
menjadi tanggungjawab pihak pentadbir (kerajaan) membesarkannya,
menjaga kebajikannya serta mendidiknya menurut agama Islam kerana
bersandarkan kepada majoriti rakyat sesebuah negara itu yang beragama
Islam.




Penutup.
Permasalahan berkaitan anak tak sah taraf adalah akibat perubahan sikap
terhadap perkahwinan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat
kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dalam
keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak.
Perkembangan ini sebenarnya merupakan masalah yang sangat serius.
Pengetahuan mengenai Islam hendaklah disebarkan dengan seluas-luasnya
dan gerakan dakwah hendaklah diperhebatkan.
Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat
perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu
masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap
terhadap perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab
memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan
bagaimana cekap sekalipun sesebuah kerajaan, ia tidak berupaya

menjalankan tugas-tugas kekeluargaan seperti memelihara, mendidik dan
memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempurna dan
bimbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.

SUMBER :

http://www.muftiselangor.gov.my

Thursday, January 5, 2012

Kisah Juwairiyah binti Al-Harits yang JELITA

Kisah Juwairiyah binti Al-Harits yang JELITA


Parasnya begitu cantik, luas ilmunya dan mulia akhlaknya. Begitulah sejarah Islam melukiskan Juwairiyah binti Al-Harits. Sejatinya, ia bernama Barrah.Wanita itu berasal dari Bani Musthaliq yang menyembah berhala. Ayahnya, Al-Harits, adalah pemimpin kaumnya yang gemar menyembah patung dan sangat memusuhi Islam.

Barrah sempat menikah dengan seorang pemuda yang bernama Musafi’ bin Shafwan. Ayahnya berencana untuk menyerang kaum Muslimin di Madinah. Bani Musthaliq sangat bernafsu untuk mengalahkan pasukan tentara Islam dan mengambil alih kekuasaan di antara suku-suku Arab.

Rencana itupun sampai ke telinga Rasulullah SAW.
Untuk memastikan kabar itu, Nabi SAW lalu menugaskan Buraidah bin Al-Hushaid untuk memastikan kebenaran informasi itu. Ternyata, rencana penyerangan yang akan dilakukan Bani Musthaliq itu tak sekedar isu melainkan kenyataan. Rasulullah pun menyusun kekuatan dan menyerang terlebih dahulu.

Pertempuran tentara Islam melawan kaum kafir dari Bani Musthaliq itu dikenal sebagai perang Perang Muraisi’ dan terjadi pada bulan Sya’ban tahun kelima Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan. Pemimpin bani Musthaliq, Al-Harits melarikan diri dari medan peperangan dan suami Barrah tewas terbunuh.

Seluruh penduduk yang selamat, termasuk Barrah menjadi tawanan. Sebagai seorang terpelajar, mengetahui dirinya menjadi tawanan, Barrah mengajukan tawaran untuk membebaskan diri. Ia lalu mencoba bernegosiasi dan meminta bertemu dengan Nabi SAW. Upayanya membuahkan hasil.

“Ya Rasulullah, aku Barrah, putri dari Al Harits. Ayahku adalah pemimpin kaumku. Sekarang aku ditimpa kemalangan dengan menjadi tawanan perang dan jatuh ke tangan Tsabit bin Qais. Ia memang lelaki baik, tidak pernah berlaku buruk padaku. Namun ketika kukatakan aku ingin menebus diri, ia membebaniku dengan sembilan keping emas. Maka kupikir lebih baik minta perlindungan padamu. Tolong, bebaskan aku!” ujarnya.

Nabi SAW berpikir sejenak. Lalu Rasulullah SAW balik bertanya, “Maukah engkau yang lebih baik dari itu?”
Seketika Barrah tercengang dan balik bertanya, “Apakah gerangan itu, wahai Rasulullah?
Lalu Nabi SAW berkata, “Aku tebus dirimu, lalu kunikahi engkau.”

Mendengar jawaban Nabi SAW, wajah Barrah pun berubah berseri-seri.
“Baiklah, wahai Rasulullah,” tutur Burdah. Lalu Rasulullah SAW menikahinya dan nama Barrah pun diganti menjadi Juwairiyah.

Seperti diriwayatkan Aisyah RA, kabar pernikahan Rasulullah dan Juwairiyah menyebar cepat di kalangan kaum Muslimin. Secara tak terduga, pernikahan itu menjadi berkah bagi kaum Bani Musthaliq yang tertawan dan menjadi budak. Para sahabat membebaskan semua tawanan yang masih memiliki hubungan kekerabatan dengan Juwairiyah. Dan makin banyak yang berbondong-bondong masuk agama islam..

Sumber : kisahislami.com

JASA GURU AMAT BESAR KEPADA MANUSIA

JASA GURU AMAT BESAR KEPADA MANUSIA


“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

Hadis riwayat Imam Tarmizi rahimullah


الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:

Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..

Jam menunjukan 11.36 pagi,4 Januari 2012.Alhamdulillah dapat menikmati udara tahun 2012….Ramai manusia mati dan tidak merasainya.Syukur juga kepada Allah swt kerna memberikan kesihatan baik,akal yang waras,rezeki yang luas dan pelbagai nikmat yang tidak mmapu ditulis…

Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab r.a pula berkata: Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Ta‘ala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya.

Aku bersyukur mendapat pendidikan yang baik.Aku mendapat pendidikan di Tabika Londang pada tahun 1980,kemudian Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin Masjid Tanah Melaka pada tahun 1980-1986.Kemudian aku bersekolah menengah dan bertukar-tukar sekolah..Akhir sekali aku berjaya di Universiti islam Madinah Arab Saudi.

Aku amat berterima kasih kepada semua guru-guru sejak aku kanak-kanak hinggalah remaja.Hingga kini aku masih menuntut ilmu kerna pepatah arab mengatakan “Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah liang lahad”.

Pada hari ini juga aku menghantar surat rasmi kepada sekolah anakku ketiga,Nur As Safa.Aku hadiahkan buku-buku bernilai RM200 kepada perpustakaan sekolah.Bagiku,itulah sumbangan kepada sekolah.

Jangan berfikir bahawa sekolah kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan.Semua rakyat Malaysia yang dilimpahkan nikmat rezeki perlu bersama-sama membantu kerajaan memajukan sekolah,perpustakaan,taman permainan dan sebagainya.

Jika rakyat Malaysia mampu membeli kereta berharga RM50,000,mengapa bakhil untuk menyumbang buku ke sekolah dan perpustakaan?Tidakkah Allah swt sayangkan manusia pemurah dan amat bencikan manusia bakhil?

Jasa guru amat besar kepada manusia.Manusia yang dilahirkan tidak tahu,dengan kesabaran dan kegigihan guru,maka lahirlah doktor,peguam,pegawai dan pelbagai jenis manusia berjaya.Mereka berjaya kerna dididik oleh guru-guru demi memandaikan bangsa.

Namun pada akhir zaman ramai manusia tidak menghargai guru.Pabila mereka berjaya menjadi manusia berguna seperti doktor dan peguam,mereka tidak pernah menziarahi guru-guru yang memberikan ilmu kepada mereka. Begitu juga ibu bapa,ramai ibu bapa tidak berterima kasih,malah berani menyaman guru di atas kesalahan yang kecil dan remeh.Ibu bapa kini amat ego dengan kemewahan wang dan harta yang banyak…

Aku seorang manusia yang amat sayangkan guru-guru.Bila kelapangan,aku menziarahi mereka dan membawa buah tangan.Aku ambil tahu perkembangan mereka kerna mereka adalah ibu bapa kedua aku.

Musim persekolahan telah bermula setelah cuti hampir dua bulan.Pelbagai ragam dan karenah murid-murid tahun satu masuk sekolah.Ada yang menangis,ada yang takut,ada yg pobia dan macam-macam karenah anak-anak kecil…

Apabila kita menghargai guru,ilmu kita akan berkat dan bermanfaat.Lihatlah ramai pegawai kerajaan dan swasta berpendidikan di Amerika dan Mesir,namun mereka menjadi sombong dan kaki rasuah.Itulah manusia yang tiada keberkatan….Mereka hanya mempunyai ilmu bergulung,namun tiada keberkatan…Ilmu mereka hanya di sijil…tiada keimanan dalam jiwa.

Sejak Universiti al-Azhar wujud di Mesir,ia menjadi tempat menimba ilmu manusia dari pelusuk dunia termasuk Eropah.Ia berlaku kerna Universiti tersebut mempunyai guru-guru yang hebat dalam pelbagai bidang sama ada agama,sains dan teknologi dan sebagainya.

Islam amat menghargai profesion guru.Guru penyambung ilmu manusia.Tanpa mereka,manusia jahil dan bodoh.

Sayangi dan hormati guru…………

Admin
Kisah Teladan
12 tengahari
4 Januari 2012

Nabi Isa a.s. Turun Ke Bumi

Nabi Isa a.s. Turun Ke Bumi


Setelah Dajjal muncul dan melakukan perusakan dan penghancuran di muka bumi, Allah mengutus Isa ‘alaihissalam untuk turun ke bumi turun di menara putih di timur Damsyiq, Siria. Beliau mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran; beliau taruh kedua telapak tangan beliau di sayap dua orang Malaikat. Bila beliau menundukkan kepala, meneteslah / menurunlah rambutnya, dan bila diangkat kelihatan landai seperti mutiara. Dan tidak ada orang kafir yang mencium nafasnya kecuali akan mati, dan nafasnya itu sejauh pandangan matanya.

Beliau akan turun pada kelompok yang diberi pertolongan oleh Allah yang berperang untuk menegakkan kebenaran dan bersatu-padu menghadapi Dajjal. Nabi Isa as. turun pada waktu sedang diiqamati shalat, lantas beliau shalat di belakang pemimpin kelompok itu. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecualipasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lain Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di surga. “[5]

Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, yaitu di menara putih bagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab saya baca beliau turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Karena di Damsyiq tidak dikenal ada menara di bagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai karena beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk shalat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami shalat.” Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahwa Isa berkata, “Sebagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah untuk umat ini.” [6]

Tersebarnya Keamanan dan Barakah pada Zaman Isa ‘Alaihis-salam

Betapa menyenangkan seandainya kita termasuk yang mendapatkan karunia untuk tinggal semasa dengan nabi Isa as. Karena di masa beliau kehidupan manusia benar benar aman dan damai, bahkan kedamaian itu bukan hanya milik manusia, tetapi juga merata hingga kepada binatang. Zaman Isa ‘alaihissalam (setelah turun kembali ke bumi) ini merupakan zaman yang penuh keamanan, kesejahteraan, dan kemakmuran serta kelapangan. Allah menurunkan hujan yang lebat, bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan serta banyak barakahnya, harta melimpah ruah; dendam, dengki, dan kebencian hilang sirna.

Dalam hadits Nawwas bin Sam’an yang panjang yang membicarakan tentang Dajjal, turunnya Isa, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj pada zaman Isa ‘alaihissalam, dan do’a Isa agar mereka dihancurkan, Rasulullah saw bersabda:

“… Kemudian Allah menurunkan hujan, dan tak ada rumah tanah liat maupun bulu yang dapat menahan airnya, lantas mencuci bumi hingga bersih seperti cermin kaca. Kemudian diperintahkan kepada kami: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah barakahmu.’ Maka pada hari itu sejumlah orang dapat memakan buah delima dan bernaung di bawahnya. Dan susupun diberi barakah, sehingga susu seekor unta bunting yang sudah dekat melahirkan dapat mencukupi banyak orang, susu seekor sapi mencukupi untuk orang satu kabilah, dan susu seekor kambing mencukupi untuk satu keluarga….” [7]

Rasulullah saw bersabda :

“Demi Allah, sesungguhnya Isa putra Maryam akan turun ke bumi sebagai hakim yang adil, akan membebaskan jizyah, unta-unta muda akan dibiarkan hingga tidak ada yang mau mengurusinya lagi, sifat bakhil, saling membenci, dan saling dengki akan hilang, dan orang-orang akan memanggil-manggil orang lain yang mau menerima hartanya (shadaqahnya), tetapi tidak ada seorangpun yang mau menerimanya.[8]

Imam Nawawi berkata, “Maknanya, bahwa pada saat itu orang-orang sudah tidak tertarik lagi untuk memelihara unta karena banyaknya harta kekayaan, keinginan sedikit, kebutuhan tidak ada, dan sudah tahu bahwa kiamat telah dekat. Dan disebutkannya lafal al-qilash (unta muda) dalam hadits ini karena unta muda itu merupakan harta yang paling baik bagi bangsa Arab (pada waktu itu).

Kiamat di Ambang Pintu

Masa tinggal Isa di bumi setelah turun dari langit menurut riwayat adalah se lama tujuh tahun, dan menurut sebagian riwayat yang lain lagi selama empat puluh tahun. Setelah itu wafat pula Imam Mahdi dan Al Qahthani yang melanjutkan kepemimpinannya. Tidak lama setelah itu, terbitlah matahari dari barat dan binatang melata yang keluar dari perut bumi yang memberikan tanda kufur dan iman atas setiap manusia. Ketika itu setiap mukmin segera mengetahui bahwa itulah detik detik kemunculan angina lembut dari yaman yang akan mencabut nyawa setiap mukmin. Setelah itu, tidak seorangpun manusia yang masih memiliki keimanan kecuali akan menemui ajalnya. Ketika seluruh penduduk manusia tidak lagi menyebut Allah, itulah kondisi seburuk-buruk manusia, dan kepada merekalah kiamat akan terjadi. Wallahu a’lam bish shawab.

[1]. Tafsir Ath-Thabari dan Tafsir Al-Qurthubi.
[2]. HR. Bukhari: no. 2296.
[3]. HR. Bukhari: Kitabu ahaditsil anbiya’ no. 3193 dan Muslim: Kitabul iman no. 222, 223, 224.
[4]. HR. Muslim: Kitabul iman no. 225
[5] (Shahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab DzikrAd-Dajjal 18: 67-68).
[6] Shahih Muslim
[7] Shahih Muslim, Kitabul Fitan, Bab Dzikrid Dajjal 18: 63-70
[8] Shahih Muslim, Bab Nuzuuli Isa ‘Alaihissalam 2:192

sumber : http://cahayamukmin.blogspot.com/