Tuesday, September 27, 2011

REZEKI ADALAH KETENTUAN ALLAH......


REZEKI ADALAH KETENTUAN ALLAH......



"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi

melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat

kediamannya dan tempat dia disimpan.Semuanya itu tersurat di dalam

Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang

berkenaan)."



surah Hud ayat 6





بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

وبعد :



Bismillah...

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....



Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna aku masih sihat dan mampu menulis lagi nota buat pembaca.Amat syukur dengan nikmat kesihatan baik..Jika wang berjuta dan sakit,memang menyedihkan.Kesihatan baik adalah nikmat kepada manusia,maka bersyukurlah..



Jam menunjukkan 1.10 pagi,15 September 2011....setelah menyiapkan sedikit kerjaku,aku menulis nota setelah agak sekian lama tidak menulisnya...almaklum sejak dua tiga menjak nie,aku amat sibuk dengan kerjaku.Aku perlu menyiapkan 5 Modul,dua buah buku dalam tahun ini yang hanya berbaki 3 ½ bulan sahaja....



Bergelar usahawan dan penulis,memang memeritkan.Aku terpaksa bekerja siang dan malam tanpa henti.Tidur adalah rehat.Bila buka mata,kerja diteruskan.Itulah rutinku.



Kadangkala keluar rumah seawal 7 pagi dan memandu sejauh 200 kilometer ,pelbagai urusan perlu dilakukan.Bila pulang ke rumah waktu Maghrib,terus membuka laptop dan mengetuk kekunci menyiapkan tugasan...memang penat,namun itulah jalan yang aku pilih...



Aku,kau,dia dan semua manusia mahukan rezeki banyak.Jika bulan Januari dapat RM1000,bulan seterusnya mahukan RM2000.Begitulah seterusnya...



Adalah tidak salah mahukan rezeki banyak,kerna dengan rezeki banyak kita akan berjaya melakukan banyak perkara dan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan seperti sedekah dan jariah.Justeru wang amat penting dalam kehidupan..



Namun jika lihat sifat dan akhlak manusia,mereka amat tamak...Mereka mahu wang dengan mudah,cepat dan banyak.Oleh demikian ramai menjual dadah,menjadi bapa ayam,mengamalkan riba,menipu dalam perniagaan,menipu orang,merompak dan pelbagai cara untuk dapatkan wang mudah dan cepat.



Sifat tamak dan mahukan segalanya mudah,menjadikan seseorang mengabaikan ajaran agama dalam mencari wang.Mereka anggap wang haram adalah rezeki sedangkan Allah swt tidak pernah menyuruh manusia mencari wang dengan cara haram..



Kita diajar rukun iman dan salah satunya adalah beriman dengan Qadak dan Qadar.Termasuk Qadak dan Qadar adalah rezeki..Setiap manusia mempunyai rezeki,namun kita tidak tahu berapa banyak rezeki kita,maka kita wajib berusaha...



Adalah salah seorang pencuri meragut dan merompak dan berkata ia rezeki Allah.Adalah salah seorang menjual produk tiruan dan menganggap ia adalah rezeki Allah.Rezeki Allah adalah rezeki yang datang dari sumber pekerjaan dan pencarian halal,bukan haram.



Saidina Omar al-Khattab amat marah dengan seorang pencuri yang ditangkap mencuri dan berkata "aku mencuri kerna takdir Allah menjadikan aku pencuri".Lantas Khalifah Omar memerintahkan lelaki tersebut dihukum potong tangan dan ditambah 40 rotan kerana menghina takdir Allah..



KIta lihat dalam dunia ini mmepunyai pelbagai jenis pekerjaan dan cabang bisnes,namun manusia yang mencari jalan haram seperti rasuah,menipu,riba,menjual dadah adalah manusia yang mahu mendapat wang dengan mudah dan tidak takutkan Neraka.Mereka anggap apa yang mereka lakukan adalah betul dan berfikir boleh bertaubat pabila menjengah tua...



Dalam Islam,rezeki haram selamanya haram.Segala aset seperti rumah,rantai emas,tanah,rumah kedai,kereta,produk dan segalanya yang bersumberkan haram akan terus haram.Mengucapkan astaghfirullah dan pergi memohon ampun depan Kaabah tidak akan menjadikan status harta sebagai halal.



Islam mengajar sifat Qanaah iaitu sentiasa redha dengan rezeki Allah sama ada sedikit atau banyak.Islam juga mengajar sifat syukur kerna syukur dan qanaah akan menambah keimanan dalam mempercayai Qadak dan Qadar Allah swt.



Manusia mahukan segalanya cepat dan berasa malas untuk berusaha dengan jujur dan amanah.Ramai pegawai kerajaan dan swasta menggunakan rasuah untuk mendapat wang banyak.Gaji RM2000 dianggap kecil dan rasuah membantu mereka mendapatkan tambahan RM3000 sebulan.



Begitu juga menipu dalam membuat tuntutan.Jika kos perjalanan 'out-station' atas urusan kerja adalah RM500,diminta RM1000 demi mendapatkan wang lebih.Maka hiduplah seseorang dengan wang haram...



Allah swt memberi akal kepada manusia untuk memilih yang baik dan buruk.Allah swt juga memberi Quran dan hadis sebagai panduan kepada manusia.



Sikap manusia yang mendapatkan wang dengan cara haram menunjukkan mereka mengabaikan ajaran Islam.Mereka mahu mendapat wang dengan mudah.



Salah satu amalan yang dikeji Islam adalah mmeinta sedekah .Ramai manusia mahu mudah mendapat wang dan meminta sedekah di jalanan.Islam adalah agama yang menggalakkan berusaha dan meminta sedekah bukanlah dikira berusaha.



Imam Bukhari dan MUslim merekodkan sebuah hadis bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang membawa tali, lalu dia memikul seberkas kayu,

lantas menjualnya, (dengan usaha itu Allah menjaga dirinya)adalah lebih baik daripada

meminta-minta kepada orang, baik mereka yang dipinta itu memberinya atau menghalangnya”





Kita perlu yakin dan percaya kepada QADAR DAN QADAR.Apabila kita beriman dengan teguh bahawa rezeki adalah ketentuan Allah swt ,maka kita tidak akan menyalahkan Tuhan jika diberi sedikit.Malah kita juga tidak akan terjebak dalam kegiatan haram.



Kita perlu berusaha mencari rezeki halal.Rezeki halal akan menjamin kita ke Syurga,manakala rezeki haram,pasti membawa kita ke Neraka...



Apabila kita mencari rezeki halal,kita juga memberi makan minum keluarga dengan rezeki halal,maka lahirlah keluarga bahagia dunia dan akhirat.



Kita janganlah malu dengan motor kapcai buruk berbanding mereka yang memandu BMW atau Mercedes...kita perlu bersyukur kerna rezeki kita adalah sumber halal,bukan haram.



Kita perlu mencari jalan menambahkan rezeki dengan jalan yang sah dan tidak menyalahi agama.Berusahalah,berdoa dan bertawakkal.Jika telah berusaha namun rezeki kita masih di takuk sama,maka bersyukurlah dan redha dengan apa yang ada....



Kehidupan kita hanya sementara,pastikan rezeki kita adalah halal dan bersih.Wang dan harta sedikit dari sumber halal adalah lebih bernilai di sisi Allah berbanding wang dan harta jutaan ringgit dari sumber haram.





Dalam surah As-Syura Allah berfirman " Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata."





Segala kebaikan dan kesempurnaan adalah milik Allah Maha Gagah lagi Amat Bijaksana,manakala yang lemah dan naif adalah aku bernama Saat................



Terima kasih kerna membaca.



Admin

Kisah Teladan & Co

Balasan Di Dunia Untuk Penghina Sahabat saw

Balasan Di Dunia Untuk Penghina Sahabat saw



Syeikh Soleh Al-`Abud-hfzhullah-(guru akidah di masjid nabawi) ketika pelajaran Kitab Syarh Usul `Itiqad Ahlus Sunnah wal



Jamaah Al-Lalakai di Masjid Nabawi beliau menceritakan satu kisah yg pernah terjadi di Madinah ketika zaman khalifah Uthmaniyyah:



ada seorang Rafidhi mnjemput seorang Sunni ke rumahnya,lalu beliau memerintahkan anaknya utk smbelih seekor kambing



drpd dua ekor kambing yg dibelanya utk dijamu utk si sunni tersebut,lalu anknya dtg & bertanya: " Ayah,nak sembelih Abu



Bakar atau Umar?, lalu jawab ayahya: "sembelih Abu Bakar!!",apabila si Sunni tersebut mendengar perbualan tersebut



dia terus mmbunuh Rafidhi tersebut kemudian melarikan diri." lalu org bertanya kpd beliau: "apakah kamu yg membunuh



fulan?" si sunni tersebut menjawab: " ya aku yg bunuh khinzir itu.." apabila org ramai pergi melihat mayat si Rafidhi



tersebut ternyata mayatnya sudah berubah menjadi khinzir...- wallahu`alam-





sumber :



https://www.facebook.com/mfazm1

Di manakah kemanusiaan?




Akhbar melaporkan :



Siasatan polis berhubung kes penemuan mayat seorang remaja perempuan dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di Bukit Belacan, Ampang pada 5 September lalu, mendapati mangsa menolak ajakan suspek untuk melakukan hubungan seks.



Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd, Zinin berkata, berikutan itu, suspek cuba memperkosa mangsa berusia 19 tahun yang juga pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam.



Malah katanya, berdasarkan siasatan juga, suspek kemudian mengambil tindakan drastik membunuh mangsa yang berasal dari Ukay Perdana, Ampang itu.



“Laporan bedah siasat diperolehi tetapi kita tidak akan mendedahkannya sehingga seluruh siasatan selesai dilakukan.



“Polis juga mendapatkan perintah sambung reman sehingga 27 September ini sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.



Pada 5 September lalu, media melaporkan, mangsa, Nurul Awatif Syakir, 19, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah dilaporkan hilang oleh keluarganya setelah tidak pulang selepas keluar rumah pukul 8.30 malam sehari sebelum itu.



Pengecaman mayat mangsa dilakukan keluarganya melalui cebisan baju kurung berwarna hijau serta sepasang anting-anting.



Pada 12 September, polis mengumumkan penahanan suspek berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar, Perak, bagi membantu siasatan kes tersebut.



Selain itu, polis turut mengambil sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut bagi mengenal pasti hubung kait dengan kes tersebut.





Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPTA) di Seri Iskandar, Perak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini atas tuduhan membunuh seorang pelajar wanita dari maahad tahfiz di Selayang, awal bulan ini.



Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, yang hadir ke mahkamah dengan berkopiah menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham ke atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.



Tertuduh didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd. Shakir, 19, di rumahnya di No. B-119 Pangsapuri Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang antara pukul 9 malam, 4 September 2011 dan pukul 2.15 pagi, 5 September 2011.



Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati. Tiada pengakuan direkodkan.



Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 8 November depan untuk pihak pendakwaan mengemukakan laporan bedah siasat dan laporan kimia. ...





sumber : Akhbar Kosmo/Utusan/Berita Harian

DUNIA INI HANYA TUMPANGAN SEMENTARA................


DUNIA INI HANYA TUMPANGAN SEMENTARA................

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:

Bismillah............

Firman Allah dalam Quran.....
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain
hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan
(yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup
yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan,
kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta
benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti
hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan
penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman
itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan
(hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di
sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan
(ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi
orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan
dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya."


Alhamdulillah syukur pada-Mu Maha Pengasih...aku masih hidup dan bernafas di muka bumi ciptaan-Mu.........syukur juga pada –Mu Maha Penyayang kerna memberikan daku kesihatan baik..dengan pinjaman kesihatan ini aku mampu menulislan sepatah dua kata sebagai dakwah kepada manusia...

Aku mahu membuka minda manusia dengan tulisan.Aku berharap manusia jahil berubah menjadi manusia beriman dan bertakwa..aku mahu manusia jahat menjadi baik,aku mahu manusia yang lalai berubah kepada manusia peka dan insaf...

Aku hanyalah insan kerdil diberi pinjaman ilmu oleh Allah swt agar menggunakan ilmu sebagai dakwah kepada manusia...ilmu ini adalah amanah dan aku berusaha menjalankan amanah..

Hidup sebagai pendakwah amat payah namun kepayahan ini memberi kemanisan dalam kehidupan....pelbagai ujian dan cabaran telah ku tempuh,bukan sahaja nista dan keji,malah manusia memanggilku gila.....amat berat cabaran ini,namun ku pasrah dan redha....

Dalam dunia ini,aku telah melalui segala kepayahan dan kesulitan,namun hanya kepada Allah aku mengadu dan merintih..kerna mansuai hanya biasa mendengar namun tidak mampu membantu ..mengadu kepada Allah swt adalah jalan terbaik ...

Pernah sekali ketika aku miskin dan papa,aku hanya berbuka dengan air paip,tiada makanan..itulah sahaja rezeki masuk ke perutku ketika azan Maghrib berkumandang...namun aku pasrah....aku sering fikirkan bagaimana dahsyatnya lapar Baginda saw dan para sahabat ketika puak Quraisy melakukan pemulauan di Mekah...pernah seorang sahabat membuang air kecil di pasiran dan mendapati benda keras ,lantas ia diambil dan adalah tulang mempunyai secebis daging..ia dibasuh dan dimakan..sungguh dahsyat penderitaan mereka,namun iman dan takwa terus bersarang di jiwa...

Ketika kepayahan dan kesulitan yang ku alami,aku sering memikirkan kisah keperitan dan kepayahan Baginda saw dan para sahabat agar memberi semangat padaku...Kesabaran mereka menjadi pedoman buatku agar terus bersabar menempuhi segala ujian dan kepayahan.....

Aku dilahirkan dengan sikap keras.Aku amat keras dalam membuat keputusan sama ada keputusan dunia,mahu pun keputusan akhirat.Aku dididik dengan kurangnya kasih sayang dan sering merintih kepada Allah swt siang dan malam....

Aku dipilih Allah swt sebagai pendakwah....amat berat tanggungjawab ini,namun aku memikulnya kerna ia adalah amanah.Baginda saw diberi amanah sebagai pendakwah dan dipastikan Syurga di akhirat namun aku hanyalah insan yang entah ke mana destinasinya....

Aku tidak tahu destinasiku....aku memang tidak pasti kerna aku bukan nabi atau wali Allah..aku hanyalah insan biasa memakai seluar jeans dan tshirt ke mana-mana.....

Bergelar manusia tidak pasti ke Syurga atau Neraka memang menakutkan...namun ku lihat ramai manusia tidak pernah berasa takut..ketika azan Maghrib berkumandang ,mereka melahap makan minum dan berbual di restoran....setiap hari dan malam,begitulah manusia..mereka tidak pernah takut nasib mereka di akhirat....

Aku pernah bermimpi dibakar Neraka dan ia amat ngeri....pabila ku bangun aku melihat dan muhasabah diri,membelek diari harian,mencari salah silap...lantas ku temui ada bayaran zakat yang belum ku lunaskan iaitu zakat royalti buku,lantas terus ku gegau pusat zakat......Syukur kerna Allah swt memberikanku alamat dan petanda,,jika tidak,aku tidak tahu apa kesilapanku...

Aku benar takutkan Neraka....aku sentiasa muhasabah diri setiap hari dan malam mencari salahku...aku x mempunyai masa mencari kesalahan dan keaiban manusia lain..kerna ia bukan kerjaku....

Ketika aku kecil,aku tidak tahu apa itu amanah...Bila aku sudah memahami apa itu amanah dan tanggungjawab,aku amat takut bergelar manusia...alangkah bertuah batu dan kayu...mereka tidak perlu berhadapan Mungkar Nankir di kubur..mereka tidak perlu berdepan Mizan penimbang amalan..mereka tidak perlu melangkah siratul mustaqim.....

Kadangkala ketika jemari ini menulis patah-patah nota ini,mataku berlinangan kerna nota ini ditujukan buat diriku jua..yang kadangkala lalai dan alpa.......

Hidupku dipenuhi dengan mencari wang kerna aku adalah usahawan yang mengira wang dan sen setiap hari.....setiap hari dan malam,aku bekerja kerna kerja itu ibadat..Bila terluang aku gunakan mata pena untuk mendakwah manusia...

Namun amat payah hidupku..dengan kurangnya makan dan tidur,aku seperti manusia sakit pada pandangan manusia...aku tidak sihat menurut manusia sdgkan jemari ini masih mampu mengetuk papan kekunci laptop usang ini.....Biarlah apa dikatakan manusia..aslkan aku sihat zahir dan batin...

Pabila pagi muncul,aku sentiasa melihat rumput,langit,awan,pokok dan mengucapkan "Wahai Tuhan kami...Engkau tidak menciptakan ini sia-sia...Maha Suci Kau...maka jagalah kami dari azab Neraka..."


Apabila membaca kisah sahabat,ulama' dan wali,amat kerdil diriku...Saidina Osman bin Affan r.a mampu khatam Quran dalam solat..sdgkan beliau telah dijanjikan Syurga ketika masih hidup....manakala aku pula tidak tentu lagi...

Ketika anak-anak sudah lena dibuai mimpi..aku melihat mereka...aku mencium dahi mereka dan memohon maaf..kerna kesibukanku,aku mempunyai masa amat terhad buat mereka...

Inilah kehidupan....ketika jangka hayatku semakin pendek,aku berusaha mengetuk papan kekunci menulis kerna bagiku menulis adalah jariah kepada manusia....walaupun telah menulis 7 buah buku,aku masih belum puas dan terus mahu menulis agar bukuku dapat menjadi jariah pahala ketikaku di kubur...aku berharap berjaya menulis 100 buku sebelum nyawa bercerai dengan badan...

Kehidupan ini amat sukar..namun aku bersyukur isteriku memahamiku.....kadangkala aku out-station sejak subuh pagi,pulang ke rumah Maghrib menjelma,terus ku solat dan membuka laptop mengetuk patah demi patah hingga lewat malam....akau amat bersyukur kerna isteriku memahamiku dan tidak pernah komplen dan mengeluh sejak bergelar isteri kepada manusia naif ini...

Sejak aku temui bahawa menulis adalah dakwah yang akan menjadi sedekah jariah di kuburan,aku amat rajin menulis,walaupun aku bukan penulis hebat seperti Imam Nawawi atau Imam Ghazali..namun aku juga mahu berusaha mendapatkan pahala ketika hayat masih ada...

Kematian teman baikku Ustaz Ahmad Yaakob tahun lepas akibat kanser otak amat meruntun perasaan..dia amat bercita-cita menjadi penulis namun cita-citanya tidak dapat direalisasikan kerna hayatnya telah berakhir....aku kehilangan seorang teman baik yang amat rapat ketika di Universiti......

Beliau amat tabah....menderita kanser otak selama hampit 6 tahun namun tidak pernah mengeluh dan merintih kepada manusia...Pabila aku menziarahi keluarganya setelah pengkebumian,aku lihat 3 wajah anak kecil....mereka masih perlukan kasih sayang seorang ayah..namun Allah telah takdirkan mereka menjadi anak yatim...

Itulah Qadak dan Qadak Allah...aku juga mempunyai anak-anak kecil...aku memahami apa yang mereka rasakan...



Beberapa bulan sebelum kematiannya,aku menziarahinya,serta menghadiahkan 2 buah bukuku,aku lihat wajahnya penuh senyuman dan amat gembira dengan kedatangan teman yang dirinduinya...dia x mengeluh walaupun sepatah.....dia tak pernah menceritakan kesakitannya walaupun isterinya menceritakan betapa kuat semangatnya menempuhi penyakitnya..hingga pingsan beberapa kali kerna gagah untuk pergi ke bilik air untuk berwuduk....

Kadangkala aku memikirkan...walaupun aku berdepan pelbagai ujian,namun ujian temanku lagi dahsyat.....aku masih bernyawa meneruskan kehidupan...dan mempunyai takaful buat anak-anakku apabila aku ke kubur..namun temanku hidup dalam kemiskinan,hatta pemergiannya masih mempunyai tunggakan bayaran hospital ribuan ringgit.......

Aku sering menasihati manusia agar mempunyai takaful buat anak-anak..kerna pabila kita mati,takaful itulah akan menjadi pendapatan kepada mereka menyambung kehidupan...Malah Saidina Ali juga berpesan " Ibu bapa yang meninggalkan harta buat keluarga adalah lebih baik dari ibubapa yang tinggalkan anak-anak dalam kemiskinan...."

Takaful dan insurans adalah berbeza.Insurans diharamkan kerna mempunyai unsur riba,manakala Takaful adalah berbentuk mudharabah yang dibenarkan Islam...Kita tidak tahu bila kita akan mati dan takaful adalah sebaik simpanan selain simpanan tetap..

Panjang pula mukaddimah aku kali nie....




Bagaimana menjadikan dunia ini tumpangan?

1.Ibadat sebanyaknya.

Kita tahu dunia adalah tempat mendapatkan pahala....selagi kita bernyawa kita masih boleh melakukan banyak pahala seperti ibadat wajib dan ibadat sunat.Kita juga perlu perbanyakkan ibadat sunat seperti solat sunat,membaca QURAN,zikir,sedekah dan sebagainya.

2.Jariah.

Ketika kita hidup,kita perlu melakukan jariah seperti derma pembinaan sekolah,masjid,surau,jalan,jambatan dan sebagainya.

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Imam Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.....

Dalam hadis tersebut i tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwakafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewakafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.

Ini bermakna, segala amalan kebajikan untuk kepentingan awam yang dihalalkan dikira sedekah jariah. Pahala berterusan akan diterima oleh orang yang melakukan amal itu.

Kita perlu membuat jariah sebanyaknya dan peluang untuk buat jariah amat luas sekarang....


3.Minimumkan dosa.

Baginda saw bersabda “Semua anak adam berdosa, sebaik – baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat.”

Tiada manusia yang bersih pada akhir zaman.....semua berdosa siang dan malam,namun kita perlu minimumkan dosa iaitu berusaha menjauhkan dosa besar dan sentiasa bertaubat...

Mengikut imam Azzahabiyy rahimullah dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:
01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi www.familiazam.com
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki.

4.Didik anak-anak sebaiknya.

Anak-anak adalah zuriat penyambung keturunan.Kita perlu mendidik anak-anak dengan iman dan takwa agar anak-anak akan menjadi manusia beriman dan mendoakan kita selepas mati...
Anak-anak perlu diberikan ilmu agama dan memastikan mereka menghayati agama sebaiknya.Ramai ibu bapa tidak memberi didikan dengan baik,maka lahirlah penghisap ganja,mat rempit,malas belajar,bohjan,bohsia,kaki menipu dan mcm2 jenis manusia jahat dan rosak...

5.Utamakan akhirat.

Apabila kita berjalan dalam muka bumi dan bermatlamatkan akhirat,kita tidak akan ditipu oleh dunia.Walaupun kita lihat ramai manusia kaya dengan rasuah,menjual barang haram,menipu dan sebagainya,kita tidak akan ikut tingkah laku mereka kerna kita mencintai akhirat...

Walaupun kita dilingkungi kawan dan teman yang suka mengumpat dan memfitnah,kita tidak akan mengikut cara mereka kerna kita bermatlamat akhirat.

Walaupun kita melihat kereta BMW dan Mercedes di jalanan,kita bersyukur dengan kereta kancil yang dimiliki dengan wang halal....

DUNIA ini adalah tumpangan sementara dan kita perlu mengakuinya....

Terima kasih kerna membaca,jika suka ,LIKE.............




Segala kelemahan dan kenaifan milikku seorang manusia bernama Saat..manakala kelebihan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah Maha Gagah lagi Amat Perkasa...

Saat Sulaiman
www.saatcham.com

Saturday, September 10, 2011

KISAH-KISAH BENAR PERIBADI BAGINDA SAW….

KISAH-KISAH BENAR PERIBADI BAGINDA SAW….



"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).



Bismillah



Dengan nama Allah Maha pemurah lagi amat Pengasih…



Syukur pada-Mu ya Allah..aku bukan rakyat Somalia….aku adalah rakyat Malaysia….

Bangun pagi ada makan,tengahari,petang dan malam ada makan dan minum.Rakyat Somalia menderita kebuluran dan setiap 6 minit seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran dan pelbagai penyakit….



Hari ini 11 Syawal 1432 Hijrah bersamaan 9 September 2011…jam menunjukkan 9.40 pagi…..

Alhamdulillah dapat bertemu Jumaat mubarak..hari mulia dalam seminggu..hari gandaan pahala….



Baginda saw adalah manusia mulia.Baginda saw sering menunjukkan contoh terbaik agar diikuti umatnya,namun amat sedikit manusia akhir zaman mengikuti.Manusia akhir zaman sibuk mencari wang siang malam,sibuk mengumpulkan harta dan aset,hingga mengabaikan sirah Baginda saw…



Walaupun ramai manusia dilahirkan bijak dan tahu membaca,berapa ramai membaca buku sirah dan buku hadis?Mereka sibuk membaca surat khabar dan majalah artis…hingga melupakan buku yang amat penting dalam kehidupan …



Antara kisah benar yang diceritakan para ulama’ dalam buku-buku mereka adalah :



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah saw menampalnya sendiri tanpa

perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan

keluarga mahupun untuk dijual.



2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap

di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda saw vmenyinsing lengan bajunya

untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau

Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.



3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan

cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."



4) Pernah baginda saw pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar

waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang

mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi saw bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah

panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang

kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai

Rasulullah."

Rasulullah saw lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari

ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.



5) Sebaliknya baginda saw sangat marah tatkala melihat seorang suami

Memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras

kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa

engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"



6) Pernah baginda saw bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik

dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya

baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan

kedudukannya sebagai pemimpin umat.



7) Pada suatu ketika baginda saw menjadi imam solat. Dilihat oleh para

sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat

sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi

pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina

Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah

selesai bersembahyang,



"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang

amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."



"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami

mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau

sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.



Akhirnya Rasulullah saw mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut

baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu

kerikil, buat menahan rasa lapar.

Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali

bergeraknya tubuh baginda.



"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan

kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa

pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di

hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada

umatnya?" "Biarlah kelaparan ini

sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di

dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."



8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang

tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.



9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh

seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa

kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid

sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.



10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang

sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.



11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan

sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun

dalam keseorangan.



12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda saw

masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah

hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.



13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang

tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah

engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang

hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."



14) Baginda saw tidak pernah membalas apa yang dilakukan puak kafir seeprti melontarkan najis ketika solat,membuang duri di jalanan Baginda saw…



15) Aisyah r.a memasak makanan sangat masin.Lantas Baginda saw bersabda “Ingat tak masa mula kahwin dahulu,apa kita buat?

“Ya..kita saling suap menyuap”jawab Aisyah….

Lantas Aisyah dan Baginda saw saling menyuapkan makanan dan sedarlah Aisyah bahawa masakannya terlampau masin.,..



16)Para sahabat amat marah dengan ketua Munafik Abdullah bin Ubai,lalu memohon Rasulullah untuk membunuhnya.Maka Baginda saw melarang dan berkata “Jika Abdullah dibunuh orang akan menyangka Mohamad mmebunuh orangnya sendiri…”



17)Hasan dan Husin masih kanak-kanak dan ketika Baginda saw sujud solat,keduanya bermain dan duduk atas belakang Baginda saw..Baginda saw sujud agak lama hingga keduanya selesai bermain,barulah Baginda saw bangun….



Sungguh amat ajaib tingkah laku dan peribadi Baginda saw…..itulah Nabi akhir zaman dan sebaik-baik manusia..Rasulullah adalah role-model terbaik kepada kita…





Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG

AYAT.."



Segala kebaikan dan kebijaksanaan milik Allah swt Maha Gagah lahi Amat Pengasih,manakala aku banyak salah dan silap….



Admin

Kisah teladan &Co

Upload

10 September 2011

ANTARA DUNIA DAN SOMALIA…


ANTARA DUNIA DAN SOMALIA…



Bismillah..hari ini 10 Syawal 1432..Syukur pada-Mu Allah kerna masih sihat dan menikmati kehidupan yang amat indah ini….



"Sesiapa yang melepaskan dari seorang Mu'min suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, pasti Allah akan melepaskan darinya suatu kesusahan-kesusahan Hari Kiamat"

Benarlah sabda Baginda saw….



Menurut wikipedia,pada 2011 penduduk Somali seramai 9,359,000 orang.Menurut UN Children’s Fund (UNICEF) dalam laporan di aljazeera.net melaporkan 500 000 kanak-kanak Somalia menghadapi keadaan yang boleh mengancam nyawa dan mempunyai akibat yang berpanjangan bagi pembangunan fizikal dan mental mereka.



Sebuah akhbar pernah melaporkan hotel-hotel di Dubai membuang makanan begitu sahaja ketika Ramadhan. Terlalu banyak yang dibazirkan. Hinggakan akan ditubuhkan persatuan anti-pembaziran. “Kerana mereka mengenang nasib rakyat-rakyat yang ditimpa krisis seperti di Somalia. Sepatutnya makanan itu disalurkan ke Somalia bukannya dibuang begitu sahaja. Membazir!” ujar seorang aktivis di Dubai.



Itulah hakikatnya dunia islam..mereka sanggup membuang makanan yang baik dan berkhasiat dan tidak pernah memikirkan nasib manusia seagama di Somalia..



Pembaziran bukan terjhad di Dubai sahaja,malah di negara kita.Ramai manusia membuang makanan setiap hari sedangkan jika kita berjimat cermat,baki boleh dimanfaatkan kepada orang miskin.



Mudahnya kiraan begini.Jika kita membelanjakan RM20 sehari untuk makanan,maka dijimatkan sehari RM2.00,maka sebulan RM60.00 berjaya dikumpulkan dan disedekahkan kepada orang memerlukan seperti di Somalia…



Somalia adalah sebuah negara Islam yang miskin dan sering menghadapi pelbagai masalah seeprti perang saudara,konflik perang dengan jiran ,perebutan kuasa politik,pengganas dan sebagainya.



Walaupun miskin dan melarat,ia tidak pernah dipedulikan dunia Islam.Negara islam lebih berminat membina menara tertinggi seperti Burj Dubai dan menara jam tertinggi dunia…



Memang menyedihkan melihat negara Islam yang kaya tidak pernah peduli.Somalia hidup dalam kedaifan dan amat memalukan apabila negara bukan Islam menghulurkan bantuan bertali-tali kepada Somalia…



Syarikat IKEA milik Sweden adalah penyumbang terbesar krisis Somalia di mana menyumbang 38 juta dolar kepada Somalia.



Malah sekumpulan Yahudi dari Israel dan Kanada pergi ke Somalia membawa bantuan dan menjadi sukarelawan membantu Somalia.



Negara kuasa besar seperti Amerika tidak pernah memikirkan Somalia dan sanggup membuang 3 trilion dolar untuk perang Iraq.Kini pula membuang wang untuk menyerang Libya.Itulah Amerika.negara miskin dan tidak mempunyai pulangan dibiarkan .



OIC yang mempunyai 57 negara Islam hanya sekadar bercakap siang dan malam.Tiada pelan dan usaha membangunkan Somalia sebagai sebuah negara yang bangkit maju dan stabil.OIC yang dianggotai negara arab yang kaya hanya sibuk menjaga diri sendiri dan tidak pernah memikirkan bangsa kulit hitam walaupun tahu Bilal bin Rabbah adalah lelaki kulit hitam yang mulia dan sahabat Baginda saw yang amat dikasihi.



Bilal bin Rabbah adalah lelaki kulit hitam.Namun ketakwaan dan kewarakannya tidak berjaya diatasi lelaki kulit putih dan hidung yang mancung berbangsa arab.





Begitu Najasyi adalah bangsa kulit hitam dan pernah menumpangkan orang islam yang dizalimi ketika berlaku penganiayaan dan kekejaman bangsa Quraish terhadap umat islam di Mekah.



Jika ini dibiarkan,ia memalukan dunia islam.Negara Islam banyak yang kaya raya ,.malah menyimpan bertrilion dolar di Amerika.



Somalia perlukan bantuan.Malaysia negara kecil dan tidak kaya seperti negara arab sanggup turun padang membantu Somalia,hingga seorang terkorban.



Dunia Islam perlu bangkit kerna Islam mengajar sikap saling tolong menolong …



Admin



Kisah Teladan & Co

upload

10 September 2011