Thursday, February 5, 2015
018 Surah Al-Kahfi - Terjemahan Bahasa Melayu (Bacaan Syeikh Saad Al-Gha...
KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI (16) PADA MALAM DAN HARI JUMAAT.
Tempoh membacanya ialah bermula masuknya waktu maghrib pada petang khamis sehingga sebelum azan maghrib pada petang jumaat.
HADIS NABI SAW.
Berikut adalah hads sahih yang diriwayatkan oleh Abu Sa'eed al-Khudri (r.a.):
عن أبي سعيد الخدري قال : " من قرأ سورة الكهف ليلة الجمعة أضاء له من النور فيما بينه وبين البيت العتيق " . رواه الدارمي (3407) والحديث : صححه الشيخ الألباني في " صحيح الجامع" (6471)
Dari Abu Said al-Khudri, "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi malam Jumaat diterangi baginya cahaya jarak di antara pembaca tersebut dan antara Baitil Atiq"
Riwayat Ad-Darmi (3407) dan disahihkan oleh As-Sheikh al-Albani di dalam Sahih Al-Jame' (6471)
من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين رواه الحاكم (399\2) والبيهقي (249\3). والحديث : قال ابن حجر في " تخريج الأذكار " : حديث حسن ، وقال : وهو أقوى ما ورد في قراءة سورة الكهف. وصححه الشيخ الألباني في " صحيح الجامع" (6470)
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat diterangi baginya dengan cahaya tempoh antara dua Jumaat"
Riwayat al-Hakim (399/2) dan al-Baihaqi (249/3). Dinyatakan oleh Ibnu Hajar di dalam Takhrij al-Adzkar sebagai Hadis Hasan dan disahihkan oleh As-Sheikh al-Albani di dalam Sahih Al-Jame' (6470)
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)