Friday, May 31, 2013

Girl play piano with no finger on one hand




"MELIHAT KEPADA MEREKA YANG KEKURANGAN ,KITA AKAN BERASA BERSYUKUR .."

Thursday, May 30, 2013

KJ : METER

Ustaz Azizan dalam Tindakan dan Langkahnya

Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV 8) dan polis (out rider dan pengawal). Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi. Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.

Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka. Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata. 

Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah. Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya. Inilah sandaran yang terpakai  dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah.

Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini. Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah. Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya.

Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan. Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS). Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya, dan menggantikannya dengan leher 'cekak musang'. Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu. Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah. Dalam pandangan sebahagian para ulama', bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para pemimpin jika patik turut memakainya. Perubahan itu kekal sehingga hari ini. (Jika kerajaan baru BN mengubahnya ke bentuk asal, saya belum mengetahuinya).

Berjimat cermat.

Menjadi amalan dan berdasarkan  kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi. Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah. Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal.

Ustaz Azizan lain caranya. "Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta" katanya. Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. "Berapa harga tiket bisness class ke KL?" RM 444.00 Ustaz! Mana hang tau? Saya tengok di internet. Ekonomi class? RM240 ustaz. 

Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang  N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah brapa? RM 444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00. Dari airport ke KL? Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014. Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan. Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00. 

Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak.

Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370. Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. 4 kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152 duit rakyat.

Hotel? Kalau sebilik RM300.00, 3 bilik sudah RM900.00. Kalau pegawai yang booking ikut kelayakan pegawai kerajaan, Aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu? Kalau suite semalam RM1000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200. Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800  untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4 ribu, boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan.

Maka, sepanjang 5 tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring. Hanya 3 kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal dengan kereta. Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV. Ustaz Azizan tidur di sofa panjang. 

Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat  yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama 5 tahun pentadbirannya. Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya. Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan)  duit rakyat berjaya dijimatkan dengan langkah dan pengorbanannya. Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya.


Wednesday, May 29, 2013

KISAH-KISAH SEORANG MENTERI

Sewaktu pulang ke Kelantan untuk menjemput anak perempuan yang menjalani ujian 'badanian' di Pondok Diniah Pasir Tumbuh selama sebulan minggu lepas, saya sempat menjenguk Kota Darul Naim pusat pentadbiran negeri Kelantan sekejap. Tujuannya ialah untuk berjumpa dengan MB Kelantan yang baru Ustaz Ahmad Yakob bagi mengucapkan tahniah dan selamat kepadanya. Sebenarnya tiada keperluan lain, selain dari hanya untuk ucap tahniah saja dan memberi semangat.

Ahmad sedang membaca salah satu surat yang diterimanya.
Pertukaran ketua kerajaan Kelantan tidak membawa perubahan drastik. Macam seperti biasa saja. Bermula dari pintu masuk hingga ke lif hendak naik ke pejabat MB di tingkat satu tiada apa-apa perubahan drastik, biasa saja. Kawalan ketat tidak ada di pintu masuk kota pentadbiran itu. Di gateangkat tangan dan drivercakap nak hantar "YB" sudah lepas walaupun kita tidak calon pilihan raya pun. Tiada soal jawab.


Cuma di pintu untuk masuk ke bangunan menempatkan kantor MB dan Exco memerlukan KLPT iaini 'kad leset pintu terbuka'. Bila kita leset (dekatkan kad) ini di tombol kunci pintu akan terbuka, krekkkk. Saya tidak pasti bila sistem KLPT ini dipraktikan di Kota Darulnaim. Dengan adanya kad ini nampak modenlah sikit. Semoga urusan pentadbiran di Kota Darulnaim ini juga semoden kad berkenaan. Tetapi awas kalau kita tidak ada kad ini (saya tak ada), kita kena tunggu ada orang hendak masuk atau keluar baru boleh masuk dengan menumpang mereka.

Bersama TMB Kelantan Mohd Amar.
Mungkin kad ini diwujudkan selepas ada arahan bertulis melarang beberapa indvidu tertentu dari memasuki Kota Pentadbiran berkenaan. Kenapa sebab dan gerangan maka ada larangan ke atas indvidu tertentu saya tidak tahu. Tetapi arahan seperti ini dianggap ganjil sebab sebagai kota pentadbiran sesiapa pun boleh dibenarkan masuk selagi ianya tidak berniat jahat dan serong.

Sampai di tingkat satu langkah saya sedikit terjongket. Terasa agak canggung sedikit dan kekok untuk terus melangkah menuju ke pejabat MB. Semacam ruang itu ruang rumah orang yang tidak biasa dan tidak pernah saya masuki. Wal hal sudah kerap saya ke situ.

Entah kenapa semacam benda baru pula ada di situ. Saya memerhati ke segenap jerung dan peralatan yang ada. Di sudut kiri berdepan lif ada satu bangku pengawal dengan seorang pengawal lengkap berpakaian seragam. Umurnya sudah dimakan 'sempadan' pencen.

Entah saya terperasan persis ruang itu bersinar banar pula. Mungkin perasan saya kerana Kelantan mendapat MB baru maka suasana sekitar juga baru. Saya memerhati ke sekeliling, pandangan jatuh ke beberapa keping gambar yang diabadi kemas dalam bingkai (frame) yang agak eksklusif. Gambar itu dipasang setentang di ruang seluas kira-kira 10 kaki luas itu. Gambar potret itu ialah wajah bekas MB Kelantan dari yang pertama sampai yang ke lapan.

Selepas saya mengamat-amati satu persatuan potret bekas MB itu terperasan oleh saya bahawa bukan semua MB dianugerahkan Dato' Bergelar. Daripada lapan MB itu hanya empat orang saja mempunyai Dato' Bergelar sementara yang lain tidak.

Mereka ialah MB Kelantan yang pertama, Nik Mahmod Nik Ismail (1921 - 1947) yang digelar Dato' Bentara, MB yang kedua, Nik Ahmad Kamil Nik Mahmod (1948 - 1955) yang digelar Dato' Seri Setia, MB ketiga, Tengku Mohd Hamzah Tengku Zainal Abidin (1955 - 1959) digelar Tengku Seri Maharaja. Manakala MB Kelantan ke empat, Ishak Lotfi Omar, (1959 - 1964, 1973 - 1974) kelima, Mohd Asri Muda, (1964 - 1973) dan keenam Mohamad Nasir, (1974- 1977) ke tujuh Mohamed Yaakob (1977 - 1990) tidak mendapat nama gelaran itu.

Potret Tokguru dalam frame.
Hanya selepas MB ke lapan iaitu Nik Abdul Aziz Nik Mat (1990 - 2013) baru nama gelaran itu dikurnia atau diwujudkan semula dimana Tokguru Nik Aziz Nik Mat diberi gelaran Dato' Bentara Setia. Jika tidak salah ingatan saya Muhammad Nasir pernah mencatat di hujung namanya sebagai Dato' Biji Sura. Tetapi nama atau perkataan itu tidak dicatat di bawah namanya yang tersimpan kemas dalam bingkai di ruang pejabat MB itu.
  
Lama saya memerhati dan membaca nama-nama serta angka tahun tempoh mereka mentadbir yang dicatat pada gambar itu. Sehinggalah mata saya terpaku kemas ke frameTokguru Nik Abdul Aziz yang berada di ruang paling hujung. Di atas frame itu dicatat tahun 1990 -.  Sebelum ini ramai yang sedang menanti bilakah ruang kosong itu akan terisi. Kini kekosongan ruang itu sudah terjawab, mulai 6 Mei 2013 lalu Tokguru Nik Aziz bukan menteri besar Kelantan lagi. Tempoh perkhidmatannya sebagai MB ialah 1990 - 2013. Selama 23 tahun, adalah tempoh paling lama dan satu rekod.

Saya terkedu dan mengeluh tanpa disedari bila menyedari hakikat itu. Fikiran menerawang bahawa orang yang berada di atas kerusi di bilik sebelah bukan lagi Tokguruku. Kerusi dan pejabat itu kini sudah dimiliki oleh orang lain. Walaupun penggantinya adalah orang kepercayaanya, hakikat MB adalah tetap orang lain bukan Tokguru lagi. Orang yang akan melayani saya dan bertanya itu dan ini bila sesekali menyinggahi pejabatnya, sudah tidak menjadi MB lagi. Kenapa beliau berhenti?

Masih terkemen di dalam ingatan, pada suatu hari saya mengunjungi Tokguru. Tatkala itu beliau baru saja selesai mengadakan mesyuarat Exco, hari Rabu. Kebetulan ketika saya masuk ke ruang bilik kecil tempat beliau makan dan solat, beliau sedang membuka nasi bungkus. Begitu nampak saya Tokguru suruh duduk.

"Bila sampai?" tegurnya. Itulah pertanyaan awal bila setiap kali bertemu dengannya. Kemudian sambung..."nak makan nasi sikit, baru sudah mesyuarat Exco. Nak bagi dua nasi ini tak boleh ini nasi kerajaan," katanya tersenyum mesra. Saya mengerti gurauan dan mengerti mesejnya. Menurut Tokguru menjadi amalan pentadbirannya selepas mesyuarat Exco, mereka akan diberi nasi sebungkus seorang untuk dimakan di bilik. Makan berjemaah tidak diamalkan kerana ia boleh melengahkan masa dan belanja agak mahal. Jadi untuk meringkaskan dan menjimatkan wang negeri dengan dibeli nasi sebungkus seorang.

Ini kontras sekali dengan apa diamalkan oleh menteri kabinet di mana setiap kali mesyuarat mingguan Rabu, menteri dan seluruh stafnya akan makan nasi berhidang di pejabat. Adakanya makanan bertimbun tidak habis dan terpaksa dibahagikan kepada staf untuk dibawa pulang.

"Ana kena makan dulu, perut dah masuk angin. Nak bagi ke enta tidak boleh.. ini dibeli dengan duit kerajaan," kata Tokguru lagi sambil tersenyum senyum. Senyuman itu masih melekat di hati dan ternampak dek mata sampai ke saat ini. Gurauannya cukup lunak dan membahagiakan. Sebab itu bagi saya menemui Tokguru samalah berada di bawah pokok rendang selepas melalui perjalanan di padang pasir yang panas 'ceng-ceng'. Saya melihat dia makan dan menuangkan air dalam cawan. Sambil makan dia bertanya beberapa perkara selalunya mengenai isu-isu politik orang Kuala Lumpur. Bersama Tokguru waktu dia makan kita sudah merasa kenyang dan puas. Inilah keberkatannya.

Sekejap kemudian, belum habis separuh Tokguru berhenti makan. Katanya; "eh rasa kenyang pula dah..." Saya mengerti dan faham dengan gelagat Tokguru itu. "Enta tolong perhabiskan...," katanya sambil menolak bungkusan nasi ke arah saya. Itulah yang saya nanti-nanti dan tuggu-tunggukan. Tidak payah minta dan mengedeng.. Tokguru faham dan dia tidak akan menelan nasi tanpa orang yang ada bersamanya juga ikut sama menelan. Cara Tokguru ini amat-amat saya faham dan akhlak ini menyebabkan saya mengkreditkan beliau sebagai mulia bagi sisi saya.

Mengenang kemesraan dan kehalusan budi Tokguru ini menjadi saya sebak dan air mata tergenang dengan sendirinya bila mengenangkan peristiwa dua atau tiga hari sebelum pilihan raya semasa saya mengunjunginya di Subuh hari di hotel penginapannya di Shah Alam. Sewaktu sampai pegawainya sedang menyiapkan makan pagi untuk Tokguru berupa nasi berlauk dan laksam.

Tokguru makan laksam. Beliau memang gemar laksam. Saya pula makan nasi berlauk ikan aya. Selalu bila bersama Tokguru sedang makan, menyebabkan cara makan saya akan 'njur'. Tokguru pagi itu begitu selera sekali. Sekejap sahaja habis laksam sepinggan. Sesuatu yang merujakan saya apabila beliau meminta nasi saya. Katanya; bubuh sikit, nampak sedap nasi enta. Saya angkat pinggan dan minta dia mengautnya ke dalam pinggan bekas laksam. Tetapi dia suruh saya menguis sendiri ke dalam pinggannya.

Beliau terus makan, dan sekejap pinggannya licin sekali lagi. Apa yang hendak saya sebutkan dengan peristiwa ini. Betapa halus dan seninya cara Tokguru mengajar dan mendidik. Begitu juga cara beliau menghubungkan ukhwah Islamiyah. Siapa yang tidak bangga dan akan mengenangnya sampai mati bila seorang Tokguru sanggup memakan nasi dari pinggan kita. Oh Tokguru...

Terus merasa kekok

Ahmad memberi pose istimewa bersama saya.
Berbalik semula kepada kisah kunjungan saya ke pejabat MB tadi; perasaan terus terasa kekok untuk masuk ke pejabat MB. Walaupun orang yang menggantikan Tokguru itu adalah orang yang sudah saya kenali. Tetapi rasa hormat menjadikan saya beperasaan begitu. Iya, walaupun kenal tetapi Ustaz Ahmad yang hendak saya temui itu adalah MB. Sebelum ini saya mengenali dia sebagai TMB tetapi hari ini dia adalah Menteri Besar. Yang taraf dan makamnya sama dengan Tokguru Nik Aziz.

Seperti biasa, setiap kali saya menjenguk masuk ke pejabat MB, saya akan menyopankan diri sebaik mungkin. Memberi salam dan bersalam setiap kerani yang ada atau sesiapa yang berada di situ. Ada juga kerani atau petugas di Pejabat Am MB itu senyum ada juga yang serius bekerja seperti Malik Zabaniah.

Menjelang tengah hari itu ramai orang di pejabat MB. Semua hendak bertemu dan mengucap selamat, saya kira. Mungkin macam saya juga. Melihat keadaan itu sudah tidak mungkin saya ada peluang untuk berjumpa dengan MB. Saya tidak mahu menyusah apa lagi menggangu. Lagipun kehadiran saya tidak begitu penting sangat.

Saya pulak jenis tidak dapat menunggu lama. Menunggu bagi saya membuang masa dan satu keadaan cukup membosankan. Baru saya berhajat untuk balik, tiba-tiba Setiausaha Akhbar sdr Fadzli Shaari terpandang dan terus berjalan mendekati saya. Fadzli menggunakan cara PRnya dan menguruskan saya. "Orang ramai abang Ti, tak pa abang Ti masuk sini dulu, ambo uruskan..." kata Fadzli sambil membuka pintu untuk masuk ke sebuah bilik. Bilik ini pernah saya gelar sebagai lorong tikus.

Pun begitu saya sudah membuat appoinment menerusi Setiausaha Sulitnya, sdr Rosdi. Malangnya Rosdi tidak ada dia telah berlepas ke Tanah Suci. Saya tidak tahu beliau serahkan temujanji saya itu kepada siapa, Ataupun Rosdi tidak merekodnya. Sebelum ke pejabat MB saya menghubungi seorang pegawai yang menjadi assistant kepada Rosdi. Malang, tiga kali call dan satu SMS tidak dibalas sampai kini. Mungkin nombor yang diberi itu tidak betul atau pegawai jenis burung wak-wak.

Sebenarnya teman yang bersama saya telah menghubungi rakannya yang berkerja di pejabat MB. Temannya itu memberi tahu datang saja sebab MB masih di pejabat. Sebab itu saya memberanikan diri, 'terak' untuk jumpa dengan MB. Nasib baik Fadzli melayan dengan baik. Terima kasih adinda Fadzli.

Alhamdulillah saya menunggu tidak lama dan belum sempat rasa bosan. Lagipun dengungan cakap dari dalam bilik sebelah menjadikan saya terhibur. Ustaz Ahmad sedang melayan beberapa orang tetamunya termasuk dari Korea. Ada pelabur dari Korea yang berminat dengan Kelantan. Ada sama ialah bekas CEO Proton Syed Zainal. Sesekali kedengaran ketawa pecah dan kedengaran suara halus Mohd Amar Nik Abdullah TMB Kelantan mengetuk cuping telinga. Saya memang panas dengan TMB ini?

Baru Fadzli membuka pintu untuk mempersilakan saya masuk ke bilik MB, terjolor Mohd Amar. Apa lagi, Mohd Amar memang ramah dan suka bergurau. "Oh MSO ada... apa khabar?" tanyanya. Sambil berjabat tangan dan mengucap tahniah kepadanya saya bergambar dengan TMB baru ini. Sambil memfokuskan kepada kamera, Mohd Amar terus bersenda; "ni ambil gambar masuk dalam blog. Jangan rembas ikut dan gat, nanti rabit hidung..," begitulah cara Mohd Amar bergurau. Kalau tidak bergurau semacam tidak sah berjumpa dengannya. Walaupun Mohd Amar suka pangkah orang tetapi dia boleh terima apa yang saya kata (pangkah) ke atasnya. Saya cukup faham dengan anak tokoh PAS Nik Abdullah Arshad ini. Saya sebenarnya lebih mesra dengan ayahnya dari beliau  sendiri.

Waktu saya masuk ke bilik Ustaz Ahmad dia dimeja sedang membaca sesuatu. Selepas memberi salam saya dan kawan mendekati mejanya. Jelas sekali beliau kesibukan dan beliau hanya menanti atau memberi peluang untuk saya saja. "Lorak sikit ni... nak ke Balai Islam, ada program di sana.." katanya seolah sedang menanti untuk dengar apa-apa yang hendak kami katakan.

"Tahu dah... saja ana singgah nak ucap tahniah kepada Ustaz. Kebetulan balik... ambil peluang. Tak mengapa nanti kita set lain kali..." kata saya memberi kelegaan kepadanya.

"Molek... terima kasih banyak. Ana sangat-sangat memerlukan bantuan dari semua pihak. Terima kasihlah." Katanya dalam serba salah kerana tidak dapat melayan saya lama. Rasanya tidak sampai 15 minit saya dan kawan minta diri dan beliau terus ke Balai Islam, katanya dalam rangka bertemu mesra dengan kakitangan Majlis Agama Islam.

Sebelum keluar saya sempat merenung ke segenap jerung bilik MB itu. Saya seakan mencari-cari di mana Tokguru Nik Aziz. Saya baru tersedar dari lamunan itu bila mana Ustaz Ahmad berkata; ikut sini pun boleh tubik juga. Arkh....

Bilik MB Kelantan itu masih seperti dulu. Tidak berubah. Position meja dan kerusi, serta tabir kayu (skrin) tidak pun berubah atau diubah. Hanya kalau berubah sikit ialah sofa untuk ruang tamu telah ditukar kepada set baru. Lain-lain masih dikekalkan seolah-olah Ustaz Ahmad mahu mengekalkan keadaan seperti sedia kala seperti mana Tokguru jadi MB 23 tahun lalu. Atau mahu sengaja dikekalkan agar aura Tokguru terus segar di bilik itu.

Cuma tengah hari itu yang terlupa saya kesan apakah bau attar Tokguru masih juga ada di ruang bilik yang penuh bersejarah itu. Saya akan menghidunya di lain kali. InsyaAllah. [wm.kl.9:32 pm 28/05/13]


http://msomelayu.blogspot.com

Tuesday, May 28, 2013

Hotel employee returns RM11,000 left in room

House-keeping staff member Shafinah Ahmad, 24, was cleaning a hotel room when she saw a briefcase with several bank notes sticking out from its side.


Though the bag was shut, she suspected it contained a lot of cash and she panicked.

“Although I was alone in the room, I felt scared to even look at what was inside the bag,” she said, adding that she was stunned when she learnt later that the briefcase carried RM11,000 in cash.
Shafinah said she quickly took the bag, found in a locker when she was cleaning the room on Saturday, to the management's office.

In the meantime, a businessman in his 50s, was travelling back to Kelantan after a stay at the Malacca Holiday Inn for a business trip to the city.

Halfway through the journey, he received a call from the hotel, telling him to turn back to Malacca over an urgent matter.

Holiday Inn Malacca marketing manager Eric Ong said the guest, who did not realise he had left his cash-filled briefcase at the hotel, returned about two hours after he checked out.

“He was surprised and was delighted to have the bag and money returned intact,” said Ong, who had contacted the businessman based on the guest list.

The guest, who declined to be named, said he totally forgot the briefcase when he lugged out all his other baggage upon leaving the hotel.

“I was not sure if I had left anything behind and only realised my carelessness when the hotel called,” he told The Star yesterday.

State Education, Science, Technology, Green Technology and Innovations committee chairman Datuk Md Yunos Hussin, when contacted by the paper, commended the staff of the Holiday Inn Malacca for their honesty and swift action in returning the briefcase to the rightful owner.

“Not many would return back such a substantial sum,” he said, adding he will propose to the state executive council to present an appropriate reward for Shafinah.