Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Saturday, November 19, 2011
KEBODOHAN MANUSIA DALAM FACEBOOK............
KEBODOHAN MANUSIA DALAM FACEBOOK............
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari
jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga
(tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka
itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai."
SURAH Al A'raf-179...
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih........
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna aku masih hidup...walaupun mendapat ugutan bunuh dalam Facebook,aku masih sihat walafiat...Bergelar pendakwah bukan perkara mudah....Baginda saw pun dilempar najis ketika solat,patah gigi dalam perang Uhud,dipulaukan bangsa Quraish di Mekah hingga tiada makanan...Begitulah hebat ujian Nabi dan Rasul terakhir...
Aku teringat kisah silam.Sebuah keluarga jawa di Muar suka menggunakan tangkal.Aku memberikan fatwa Mufti Melaka namun mereka membuang ke dalam tong sampah...Amatlah bodoh keluarga tersebut kerna fatwa Mufti Melaka pun tidak dipercayai..Pabila manusia jahil,maka mereka buta ....benarlah firman Allah swt sebagaimana ayat di atas..
Bahkan Allah swt menyindir mereka "mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi............"Nauzubillah...
Jam menunjukkan 5.05 pagi dan aku belum tidur...sibuk menguruskan pelbagai jenis kerja bin urusan..Inilah rutin manusia bernama Saat..Mungkin ibu bapaku mahu aku menjadi manusia yang menghargai masa,maka aku dinamakan Saat,bukan jam!
Aku manusia yang menghargai masa.Jika appoinment jam 10- pagi,jam 9 pagi aku dah sampai pejabat....aku amat bencikan manusia yang tidak menghargai masa.Bak kata org tua "masa itu emas...."
Ramai bertanya mengapa aku menggunakan 3 telefon bimbit?satu urusan bisnes,satu urusan famili dan satu lagi internet.Jadi aku boleh melayan FB,membalas sms pelanggan dan bercakap dengan isteri kesayangan...3 dalam 1..........
Menurut seorang hukama',manusia itu dua jenis iaitu bodoh dan bijak.Berdasarkan kata hikmah hukama' itu aku mendapat idea menulis tentang tajuk ini...
Walaupun aku sibuk siang dan malam,aku tidak lupa menulis nota buat manusia kerna aku tahu ramai pengguna FB mahukan ilmu,bukan layan page bodoh dan sampah sepanjang hari...Namun aku tidak mmapu menulis nota setiap hari sebab aku pun banyak keje wal urusan...
Ramai mencebik,Kisah teladan & Co ada 400 fans sahaja,page artis ada 1 juta fans...Bagi aku 400 fans amat berharga kerna mereka akan menjadi saksi di akhirat bahawa aku memanfaatkan FB untuk berdakwah,bukan menunjukkan kasut baru dan kereta mahal....
Alhamdulillah page jiran aku ,Kisah Teladan telah mencapai 6000 fans dan 2 juta views...tp sibuk aku aktif kat sini je...ini macam adik beradik..sini ada ilmu,sana pun ada ilmu...Kita Kisah Teladan & Co adalah adik page Kisah teladan.....
Apakah BODOH?Bodoh adalah kelakuan atau sikap yang menyebabkan diri sendiri terhina dan dipandang rendah manusia lain.Contoh mudah manusia membuang sampah merata-rata adalah bodoh kerna tong sampah ada di mana-mana..Kadang2 aku naik angin dengan manusia..Mereka membuang sampah dalam laut,sungai,air terjun ...aku nak mandi pantai pun selalu terpijak kaca atau tin....
Manakala bodoh mengikut definisi agama adalah melakukan dosa .Tidakkah bodoh meminum arak sdgkan arak diharamkan?Justeru manusia makan rasuah,makan duit haram,berjudi,beli nombor ekor,berzina adalah BODOH...........NAMUN JIKA mereka bertaubat,maka bijaklah mereka...........
Malaysia adalah negara Islam yang mempunyai berbilang bangsa dan agama.Pusat nombor ekor dan arak dibenarkan kerna ia permintaan bukan Islam.Orang Islam yang turut beli nombor ekor dan minum arak adalah BODOH...Orang Islam tahu judi dan arak adalah haram,mengapa terlibat?
Apabila berlaku kes buang bayi,ramai menuding kepada Menteri dan ustaz.Siapakah yang menjaga anak gadis?Menteri atau Imam?Bukan..ibu bapa yang menjaga anak gadis.Jika ibu bapa mendidik anak gadis dengan ilmu agama dan berusaha menjaga maruah anak gadis,maka tidak akan berlaku zina dan buang bayi...Ibu bapa sibuk mencari wang,bercakap dengann anak sepatah dua patah,anak ke mana tidak ambil tahu,beri galakan anak bercouple..beri kebebasan.....siapa yang salah?IBU BAPA........
Kadang-kadang aku malu membaca akhbar..Ada gadis 15 tahun dah berzina 20 kali....ada bekas Imam mencuri wang zakat fitrah...dan macam-macam gegala sosial melanda masyarakat...
Aku menulis 3 buah buku,PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG,ANAK ADALAH ANUGERAH dan TIP MENJADI IBU BAPA MITHALI...aku tulis sebab mahu mendidik ibu bapa menjadi ibu bapa terbaik dan cemerlang...kalau ibu bapa makan rasuah,maka lahirlah anak 2 berjiwa syaitan..Sebelum betulkan anak-anak,betulkan diri sendiri...
Bacalah hadis sahih,pernahkah Baginda saw bercakap bohong?TIDAK...maka anak-anak Baginda saw mengikut contoh ayahnya....Pernahkah Baginda saw bercakap lucah di hadapan anak-anak?TIDAK....
Orang Islam mempunyai Quran dan hadis,maka galilah kedua-duanya..Setiap hari membaca surat khabar,bagaimana mahu menjadi manusia cemerlang???
Sejak aku melayan FB,aku lihat ramai manusia BODOH.Wanita mengambil gambar memakai pakaian tidur dan memuat turun dalam FB..maka ribuan kawan FB jantan melihatnya....tidakkah ia berdosa?SUDAH TENTU.....
Kdg2 aku x faham dengan manusia.Mereka mengaku Islam dan mahukan Syurga tapi perbuatan mereka menambahkan dosa dan semua tahu banyak dosa ,pasti ke Neraka...Adakah kita mahu melakukan sebanyak mungkin dosa??
Kawan aku Abdul Bary dr USA berikan idea agar aku menulis buku mengenai internet ,agar ramai orang Islam tahu gunakan internet dgn betul...aku pun x tahu bila nak mulakan...Tengoklah nanti bila aku ada masa..
Sejak aku gunakan FB,aku definisikan beberapa kebodohan manusia..
1.Menerima kawan yang tidak dikenali.
FB ada 500 juta pengguna dan ia memberi peluang kita memilih 5000 teman FB.Namun ramai manusia mahu glamour dengan menerima ramai teman FB walaupun mereka x pernah kenal siapa mereka.
Mereka tidak fikir mungkin orang itu perogol bersiri,perompak,hakcer,ahli kongsi gelap,gigolo,mat ganja dan sebagainya.Kalau guna nama Katak atau Guni,gambar pula gambar kartun,tiada maklumat diri yang jelas,sahlah mereka bukan manusia baik....
Namun akibat sikap pengguna FB mahu glamour dengan ramainya kawan,maka mereka menerima ribuan teman FB..aku?kawan FB aku x sampai 100...aku ambik keluarga,saudara mara dan mereka yang aku kenal atau percayai....Gambar kartun atau nama pelik pasti takkan diterima...Walaupun kawan FB aku x ramai,tp mereka dr seluruh dunia....
2.Tidak memikirkan keselamatan.
FB mempunyai keselamatan atau privasi.Contohnya apabila kita setting privasi untuk friends only,maka bukan friends tidak boleh melihat gambar atau status kita.Katakanlah anda menulis "Nak pi bank...."maka perompak yang bukan kawan boleh membaca status dan menunggu anda di luar bank....akhirnya anda dirompak setelah keluarkan wang dr bank...
FB mempunyai banyak ciri keselamatan yang perlu diketahui pengguna.Malaysia sahaja mempunyai 10 juta pengguna dan pelbagai jenis manusia...Ada yang baik,ada yang jahat....Jadi fikirkan...
3.Mahu dihargai tetapi tidak menghargai.
Ramai manusia mahu teman FB sentiasa like dan komen status mereka namun mereka tidak pernah pedulikan teman FB mereka..Tidakkah itu bodoh?FB umpama masyarakat.Pemilik FB adalah tuan rumah dan teman FB umpama jiran....macam aku buat kalau dah sebulan kawan FB x like atau komen,aku buang sahaja....senang..cari je teman FB lain....Ketua Menteri Melaka punya sibuk siang malam pun ada masa like status aku...
Ada satu teman FB hari2 like status aku,aku buang....sebab kalau like je siang malam,memang dia x baca pun status aku....dia main like je...
4.Memuat turun gambar membuka aurat.
Jika seorang wanita mempunyai 5000 teman FB dan sering memaparkan gambar membuka aurat,maka mereka semua akan menjadi saksi di akhirat.Tidakkah itu bodoh?Mujur FB mengharamkan gambar lucah,jika tidak sudah pasti pengguna FB akan memuatkan gambar dan video lucah dalam FB mereka...
Kebanyakan gadis remaja suka menggunakan profile membuka aurat dan penuh dengan gambar buka aurat.FB pula tidak disettingkan friends only maka seluruh dunia boleh melihat..maka Obama Presiden Amerika dan Lim Lam Tan penyapu sampah di China pun akan menjadi saksi di akhirat jika mereka lihat gambar tersebut...
5.Menulis ayat provokasi dan jenayah.
Ramai pengguna FB menulis pelbagai ayat provokasi seperti menghina bangsa India di mana ia boleh melahirkan permusuhan kaum.Ada pula berani menulis ancaman dan ugutan bunuh.Malah ketika Tun Dr Mahathir dimasukkan dalam hospital di Australia,seorang anak Kelantan yang belajar di Universiti Azhar menulis status "Mahazalim dah mati........."
Memang menyedihkan sikap manusia..Mereka menulis tanpa memikirkan pahala dan dosa.Mereka fikir bila mati FB akan mati namun hakikatnya tidak.FB akan dibawa ke akhirat...
6.Tidak log off dan clear cookies.
Ramai penggguna FB yang melayari FB melalui internet cyber cafe tidak log out dan clear cookies.Akibatnya kemungkinan orang lain boleh membuka FB mereka dan boleh menggunakan dengan niat jahat.
Begitu juga melalui telefon bimbit.Apabila tidak log –out,telefon hilang dan pencuri boleh masuk dalam FB dan menggunakannya.Ini amat berbahaya...
7.Tidak menambahkan ilmu.
Ramai pengguna FB tidak memanfaatkan FB untuk mencari ilmu sedangkan ada berjuta page memberi ilmu.Mereka hanya suka membelek page sampah setiap hari.....
8.Mencuri maklumat dengan tujuan jahat.
Ramai juga menggunakan FB dengan niat jahat.Contohnya seorang gadis yang memuat gambar berpeluk dengan lelaki,ia telah disimpan orang lain.Dengan takdir Allah gadis itu berkahwin dengan lelaki lain.Namun orang jahat itu menyebarkan gambar kisah lampau yang seksi dan adegan terlampau berpeluk,bercium dan sebagainya,maka huru-haralah rumah tangga..akhirnya bercerai berai...Mencuri maklumat adalah tindakan bodoh namun sikap gadis yang memuatkan gambar tersebut juga bodoh..
9.Membuat fitnah.
Setiap hari pelbagai fitnah disebarkan.Pembaca fitnah itu pula menulis fitnah di statusnya.Maka bersambung-sambung dosa..Ketika YB Datok Seri Rais Yatim difitnah merogol pembantu rumah,ramailah berduyun-duyun menulis kisah tersebut dalam status..maka dosa pun bersambung-sambung......
Membuat fitnah adalah dosa besar dan menyebarkan fitnah juga berkongsi dosa...
10.Hidup dengan FB...
Ada juga manusia hidup dengan FB..siang malam mendongak FB hingga suami atau isteri diabaikan.Anak-anak juga tersisih akibat syok dengan FB....
Demikianlah beberapa kebodohan manusia dalam FB..mereka amat seronok hingga lupa bahawa ada yang lebih penting iaitu ibadat....FB boleh digunakan namun ia perlu dihadkan..Pengguna juga perlu memahami larangan dalam agama agar tidak loggin FB dapat dosa....
Segala kelemahan dan kekurangan milikku bernama Saat,manakala kebaikan dan kesempurnaan adalah milik Allah swt Maha Gaha lagi Amat Hebat...........
Admin
Kisah Teladan & Co
6 pagi waktu Malaysia......
19 November 2011........................
Upload : 20 November 2011
Friday, November 18, 2011
Kisah Remaja 15 Tahun Terlanjur 20 kali
Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.
Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.
“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.
“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.
Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.
“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.
Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.
Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
sumber : Harian Metro
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.
Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.
“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.
“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.
Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.
“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.
Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.
Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
sumber : Harian Metro
Tuesday, November 15, 2011
Beza Sembahyang dan Solat?
Beza Sembahyang dan Solat
Tahukah anda Beza Solat Dan Sembahyang??
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “yang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama yang.”
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama yhang.” Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.
Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.”
Solat lebih tepat istilahnya Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
Sumber :Internet
Admin
Kisah Teladan & Co
16 November 2011
Monday, November 14, 2011
DOA AMALAN MULIA DALAM ISLAM
DOA AMALAN MULIA DALAM ISLAM
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong
takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka
Jahannam dalam keadaan hina."
surah Ghaafir ayat 60
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih.....
Alhamdulillah aku masih sihat dan waras.Syukur kepada Allah memberi kesihatan baik...Kesihatan amat berharga,lebih mahal dari wang dan emas permata..Jika wang berjuta tapi sakit nak bangun pun susah,tiada gunanya...
Amat sibuk wal busy sekarang.Banyak buku baru perlu ditulis,banyak kertas kerja dan rancangan perniagaan....Banyak juga tugas harian sebagai usahawan dan ketua famili.Itulah kehidupan...siang malam melayan karenah dunia....
Kita akan tinggalkan dunia...........
Berdoa adalah amalan mulia.Baginda saw adalah manusia contoh kepada umatnya.Sejak bangun tidur Baginda saw berdoa hinggalah mahu menutup mata.
Terlalu banyak doa diamalkan oleh Baginda saw..Sebuah hadis sahih "Berdoa adalah ibadat"
Antara doa yang diamalkan Nabi saw adalah :
اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم وأعوذ بك من عذاب القبر وأعوذ بك من فتنة المسيح الدجال وأعوذ بك من فتنة المحيا والممات
رواه مالك ومسلم وأبو داود والترمذي النسائي
أعوذ بك من شر سمعي، وشرّ بصري، وشرّ لساني، وشرّ قلبي، وشرّ منيّي".([1])
([1]) صحيح سنن النسائي
اللهم إني أعوذ بك من البخل والكسل وأرذل العمر وعذاب القبر وفتنة المحيا والممات
رواه مسلم
اللهم مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
مسند الإمام أحمد
اللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع ومن قلب لا يخشع ومن نفس لا تشبع ومن دعوة لا يستجاب لها
رواه مسلم والترمذي والنسائي
اللهم إني أسألك الجنة وما قرّب إليها من قول أو عمل [وأعوذ بك من النار وما قرب إليها من قول أو عمل] ))([2]).
([1]) أبو داود،كتاب الصلاة،باب الدعاء، برقم 1480،وأحمد، 3/ 78، برقم 1483، و3/ 146، برقم 1584، وقال الألباني في صحيح سنن أبي داود، 1/ 407: ((حسن صحيح ))، وقال محققو مسند أحمد، 7/ 80، و7/ 147: ((حسن لغيره)
اللهم أعنا على شكرك و ذكرك و حسن عبادتك)
اللهم إني أسألك المعافاة في الدنيا والآخرة
رواه ابن ماجه بإسناد جيد
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
رواه مالك ومسلم والترمذي وابن خزيمة في صحيحه
اللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع ومن قلب لا يخشع ومن نفس لا تشبع ومن دعاء لا يسمع
رواه ابن ماجه والنسائي ورواه مسلم والترمذي
اللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع وقلب لا يخشع ونفس لا تشبع ودعاء لا يسمع[ "
اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفقر).
[أبو داود والنسائي وأحمد
اللهم أصلح لي ديني الذي هو عصمة أمري و أصلح لي دنياي التي فيها معاشي و أصلح لي آخرتي التي فيها معادي و اجعل الحياة زيادة لي في كل خير و اجعل الموت راحة لي من كل شر)
(اللهم اغفر لي ذنبي و وسع لي في داري و بارك لي في رزقي)
اللهم إني أعوذ بك من العجز و الكسل و الجبن و البخل و الهرم و أعوذ بك من عذاب القبر و أعوذ بك من عذاب النار و أعوذ بك من فتنة المحيا و الممات)
اللهم إني أعوذ بك من شر سمعي و من شر بصري و من شر لساني و من شر قلبي و من شر منيتي)
اللهم إني أعوذ بك من شر ما عملت و من شر ما لم أعمل
Demikianlah antara doa-doa yang diamalkan Baginda saw menurut hadis-hadis sahih dan hasan.Mengamalkan doa yang diucapkan Baginda saw adalah terbaik kerna mengikut sunnah.
Nabi saw ada bersabda " Apabila engkau memohon sesuatu, mohonlah kepada Allah.
Apabila engkau meminta pertolongan, mintalah tolong kepada
Allah.” ( Riwayat Imam Tarmizi,hadis hasan sahih )
Baginda saw juga bersabda " Berdoalah kepada Allah dan kamu meyakini akan ditunaikan.Dan
ketahuilah bahawa Allah Taala tidak akan memperkenankan doa dari hati yang lalai "
( Riwayat Imam Tarmizi)
Berdoalah siang dan malam kerna Allah swt menyukai manusia yang suka berdoa……
Terima kasih kerana membaca...................
Admin
Kisah Teladan & Co
10.33 malam
13 November 2011 Masehi……………
Upload : 15 November 2011
Thursday, November 3, 2011
Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di Melaka
Senarai Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di Melaka :
1 NUR NR ENTERPRISE
LOT 379, BT 3
JALAN MALIM, 75250 MELAKA
PEMILIK : NORHAN TEL : 012‐2681844/012‐9123442
2 KEDAI MAKANAN & MINUMAN NOOR AL‐BANJARI
NO.49, JALAN KAMPUNG HULU
75200 MELAKA
TEL : 012‐2854976/013‐6549115/06‐2816472
3 RESTORAN KHALIFAH GIANT SUPERMARKET
LOT G 07‐09, JALAN TTC 9
TAMAN TEKNOLOGI CHENG
4 BERKAT RESTAURANTS
NO. 2, PLAZA PANDAN MALIM
JALAN PPM 11, MALIM 75250 MELAKA
PEMILIK: HAMIBEE BIN KAMIS TEL: 010‐2105778
5 RESTORAN NADIA JZ
NO. 5‐7, JALAN TU 3
TAMAN TASIK UTAMA
75450 AYER KEROH MELAKA
PEMILIK: ZULKEFLI TEL : 017‐3620446
6 TERMINAL KENDERAAN BERAT GANGSA
76100 DURIAN TUNGGAL MELAKA
PEMILIK: RASDI B. HAJI ISMAIL TEL : 010‐5153683
7 PLOT 2, GERAI BANGUNAN R2R
G2 TERMINAL KENDERAAN BERAT
76100 DURIAN TUNGGAL MELAKA
PEMILIK : RADIAH BT YAHYA TEL : 014‐6600951
8 AYUB BISTRO
NO. 43 &45, JALAN KF3,
KOTA FESYEN MITC, 75450 AYER KEROH
MELAKA PEMILIK : ANSARI RAHMAN
9 NASI KANDAR PADANG KOTA G‐01,
MYDIN MALL MITC LOT 15060, 15061 & 15062
MUKIM BUKIT KATIL MELAKA TENGAH
75450 MELAKA
10 RESTORAN NASI KANDAR PINANG
BESAR G‐15, JALAN CHENG PERDANA 1/1A
TAMAN DESA CHENG PERDANA 1
75250 CHENG MELAKA
11 RETORAN HAJAH ZALEHA
NO. MB 2931, JALAN MU 1,TAMAN MERLIMAU
UTARA ,77300 MERLIMAU MELAKA
PEMILIK : HAJAH ZALEHA BT ABD GHANI
TEL: 013‐6315589
12 GERAI MAKANAN & MINUMAN
SAMION GERAI NO. 13
MERLIMAU POINT
JALAN JASIN 77300 MERLIMAU,
MELAKA
PEMILIK : SAMION B. SIDEK TEL : 017‐3567091
13 ROZIAH BT MAT
NO. 15, MERLIMAU POINT
JALAN JASIN 77300 MERLIMAU,
MELAKA
PEMILIK : ROZIAH BT MAT TEL : 012‐6193775
14 KEDAI MAKAN DAN MINUM WAK MAN
J 1827 BANDAR BARU 3, 77000 JASIN
MELAKA
TEL: 019‐6312019
15 RESTORAN KAK LONG‐SRI CHIEF LINE ENTERPRISE
PS 1050, JALAN PERHENTIAN BAS PULAU SEBANG
TAMPIN 73000, MELAKA
TEL: 017‐ 6402007/012‐6926643
16 CT WAY ENTERPRISE RESTORAN 7C,
TAMAN DIMENSI 15,
78000 ALOR GAJAH, MELAKA
TEL: 017‐2975986 / 019‐6201631
17 Y&Z CAFÉ (HASHIM BIN SALLEH) BATU
13 KG SUNGAI PETAI, 78000 ALOR
GAJAH, , MELAKA
TEL : 017‐2486949
18 RAMBUTAN CORNER (MOSI
ENTERPRISE) KEDAI PERTUMBUHAN
PELADANG KAWASAN
JALAN LESUNG BATU
78000 ALOR GAJAH MELAKA
TEL : 014‐2606689(JAMIAH)/ 012‐2905393
Tuesday, November 1, 2011
FASIK DIJANJIKAN NERAKA
FASIK DIJANJIKAN NERAKA
"Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu,mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu."
surah as-Sajdah ayat 20
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..
9.45 malam,30 Oktober 2011......
Alhamdulillah,syukur masih sihat walafiat....masih mampu menulis sepatah dua patah untuk manusia yang rajin menziarahi kisah teladan...
Bila ditulis nota dan manusia suka,Alhamdulillah.Jika manusia tidak suka,itu hak mereka.Bukan paksaan untuk manusia suka kerna itu pilihan mereka.
Manusia suka atau tidak,aku tetap menulis kerna Allah pinjamkan akal yang waras dan jemari mengetuk keyboard laptop ini sementara.Bila jasad dan roh berpisah,tiada lagi peluang untuk menulis untuk kalian...
Ketika Imam dan Raja Salahuddin al-Ayubi menyerang Palestin,Ratu Sibella adalah ratu kota Jerusalem.Setelah kota Baitul Muqaddis berjaya ditawan Ratu SIbella meminta jaminan keselamatan diri dan hartanya,lalu diperkenankan Salahuddin.Maka Ratu itu selamat keluar dari Jerusalem dan bertemu dengan suaminya di Nablus.
Itulah Salahuddin ,seorang raja dan panglima yang menjiwai kasih sayang dan belas simpati walaupun kepada musuh...
Salahuddin adalah Raja yang low-profile.Ketika pulang dari perang,pembesar Syria telah membina sebuah rumah besar siap dengan perabot mewah.Salahuddin yang marah dan kecewa terus memecat pembesar tersebut dan berkata " Kita ini diciptakan bukan untuk mencari kedudukan.Tidak di Damsyik,di Mesir atau kota lainnya.Kita diciptakan tiada lain hanyalah untuk mengabdi kepada Allah semata.Juga berjihad di jalan-Nya..."
Itulah kisah benar yang berlaku pada bulan Muharram tahun 584 Hijrah...
Membaca kisah-kisah tokoh memberi banyak pengajaran.Tokoh Islam mengamalkan peribadi mulia kerna mencontohi peribadi Rasulullah saw dan apa yang diajar Quran dan hadis.Mereka menjadi manusia yang hebat bukan kerna nama,namun jiwa mereka dididik dengan Quran...
Bagaimana kita mahu menjiwai Quran jika tidak memahami isi kandungan Quran?Memang menyedihkan orang Islam akhir zaman..solat 5 waktu sehari semalam,membaca al-Fatihah 17 kali sehari namun mereka tidak faham apa yang dibaca.Mereka tidak menjiwai al-Fatihah sedangkan surah al-Fatihah mengajar manusia menjadi manusia yang baik dan berjaya dunia dan akhirat...
Manusia membaca "segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..",namun melihat pelbagai ciptaan Allahs wt seperti pokok,langit,bulan,sungai,rumput,buah,haiwan dan segalanya namun tidak mengucapkan Subhanallah....Mereka hanya melihat dan tidak berzikir...Mereka hanya tahu melihat..
Manusia membaca "Yang Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..."namun bakhil dan kejam...Mereka rajin solat Jumaat dan mencampakkan 10 sen dalam tabung masjid sdgkan Alah swt memberi rezeki ribuan sebulan...Mereka tahu apa itu kasih sayang,namun membiarkan jiran miskin kelaparan...mereka mampu menolongnya namun kerna tiada kasih sayang dalam jiwa,manusia bersikap pentingkan diri sendiri,tidak ambil tahu dan sibuk dengan dunia...
Manusia membaca "Tunjukilah kami jalan yang lurus..."namun manusia percaya dengan tangkal dan bomoh.Mereka berdoa mahu jalan yang lurus,namun berjimak suami isteri tidak membaca doa ,lantas lahirlah anak yang menjadi bohsia dan bohjan,kaki ganja dan mat rempit,buang bayi dan pelbagai kejahatan...Apalah guna meminta jalan yang lurus namun melakukan pelbagai perbuatan sesat menyesatkan...
Apa guna meminta jalan yang lurus,namun malas ke masjid dan surau mencari ilmu,malu bertanya ulama' dan berteman dengan mereka.Apa guna?
Hanya dua jalan di dunia ini,jalan yang lurus atau jalan yang sesat.Manusia yang sesat pasti ke Neraka....kerna Syurga buat manusia yang menjalani kehidupan dengan jalan yang lurus...
Alhamdulillah kita dilahirkan Islam,namun Islam manakah?Islam pada nama?Islam murtad?Islam Munafik?Islam Fasik?Islam keturunan?
KIta semua tahu Islam beriman sahaja mendapat Syurga...Bukan Islam fasik,murtad,musyrik...
Siapakah Islam fasik?
Islam fasik adalah Islam yang melakukan dosa sama ada dosa kecil atau besar.Nasib Islam fasik amat berbahaya kerna amalan akan ditimbang di akhirat.Jika dosa melebihi pahala,maka Neraka tempatnya...
Adakah kita Islam fasik?Tanya diri sendiri..kita yang tahu apa yang kita buat,apa kita kata...
Akhir zaman ini ramai Islam fasik.Walaupun mereka solat 5 waktu,puasa Ramadhan,menunaikan haji,membayar zakat,suka bersedekah namun mereka juga dihinggapi fasik.
Baginda saw menceritakan contoh seorang manusia Fasik.Imam Ahmad merekodkan sebuah hadis bahawa Rasulullah saw ditanya mengenai seorang wanita yang rajin solat malam,siang pula berpuasa,malah rajin bersedekah,namun ia suka mneyakiti jiran dengan lidahnya,lantas Baginda saw menjawab "Tiada kebaikan padanya,ia ahli Neraka".
Quran dan hadis telah memberi jaminan manusia Fasik akan ke Neraka.Ia pasti.Bukan janji kosong.
Jika kita mahu tahu apakah makanan ahli neraka,baca hadis ini....
Imam Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas
r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat ini:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar
takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)
Maka sabda Rasulullah s.a.w.:
“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan
bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan penduduk dunia, maka bagai
manakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai makanan?”
Itulah zakum,makanan ahli Neraka..mahukah kita ke Neraka?Jika mahu,jadilah manusia fasik.
Quran dan hadis banyak menceritakan kisah dan contoh manusia fasik,namun berapa ramai membaca Quran dan hadis?Manusia lebih suka baca surat khabar siang malam...
Adakah manusia rajin solat juga boleh menjadi Fasik?Ya...
" maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli
Sembahyang; (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan
sembahyangnya"surah al-Maaun ayat 4-5.
Bayangkan kita rajin solat 5 waktu siang malam,namun tergolong dalam Fasik,akhirat dihumbankan ke Neraka...
Justeru aku sering menasihati diri sendiri dan keluarga,berusahalah khusyuk dalam solat.Berusaha memahami bacaan Quran,berusaha sedaya upaya kerna tidak mahu bergelar manusia lalai sebagaimana dalam surah tersebut..
Seorang murid kehilangan barang peribadi dan bertanya gurunya.Lantas gurunya menyuruh ia solat.Dalam solat ia menemui di mana barangnya...Itulah contoh manusia yang tidak khusyuk dan
lalai.Amat bijak guru tersebut menduga muridnya sama ada ia manusia khusyuk atau lalai....
Pada akhir zaman,amat payah khusyuk 100 %..Jika dapat 50 % pun ok..Jangan mula takbiratulihram sampai beri salam,sepanjang masa lalai...
Jika lalai sepanjang masa,maka jadilah kita manusia FASIK...dan fasik pasti ke Neraka...
Amat menakutkan bergelar manusia FASIK...
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
Dalam pelbagai jenis IBADAT,SOLAT adalah ibadat yang paling banyak diganggu oleh syaitan kerna syaitan tahu solat adalah besar pahala.Solat adalah kekuatan jiwa.Solat penghapus dosa.SOlat melembutakan jiwa,solat adalah kekuatan zahir dan batin...
“Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka
semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (Surah
Shaad [38] : 82-83)
Neraka Saqar khas buat manusia tidak solat sebagaimana firman Allah swt
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk Neraka Saqar?
Mereka menjawab : Kami tidak termasuk dari golongan orang2
yang bersolat. "
(Surah Al-Mudathsir : 42-43)
Manakal Neraka Wail pula buat manusia rajin solat namun lalai...........
Solat atau tidak,pasti boleh menerjah Neraka..........
Aku selalu berdoa "Ya Tuhanku,jadikan solatku,solat yang khusyuk,jauhkan kelalaian dan kealpaan...."aku berdoa siang malam...aku takutkan Neraka...
Janganlah berbangga dengan nama Islam...kerna nama hanya sebuah panggilan,namun iman dan takwa adalah amat penting...Hanya iman dan takwa akan menjauhkan kita tergolong dalam manusia FASIK...
Segala kebaikan dan kesempurnaan milik Allah Maha Bijaksana lagi Amat Gagah,manakala diriku manusia naif dan lemah....
Admin
Kisah Teladan & Co
11 malam 30 Oktober 2011-10-30
Nota ini ditulis di rumah...