Islam separuh masak...........
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh
yang nyata bagimu."
surah al-Baqarah 208
Bismillah...
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha pengasih..
Alhamdulillah syukur kepada Allah Maha Pemberi rezeki.Sejak aku lahir hinggalah kini rezeki melimpah-limpah.Tidak pernah kelaparan walupun pernah hidup kemiskinan zaman kanak-kanak...
Mengenang zaman kanak-kanak memang sendu dan sebak.Memakai seluar dan baju ke sekolah koyak bertampal sana sini.Bahkan kasut juga koyak.Begitulah pahitnya zaman kanak-kanak.
Namun kemiskinan tidak pernah menyebabkan aku menyesal dalam kehidupan kerana aku sedar masih ramai manusia yang lebih papa kedana .Aku masih ingat teman sekolahku,Azmi lebih miskin.Jika aku ke sekolah dengan 20sen,dia hanya 10 sen...Kini Azmi entah ke mana....
Hidup dalam kemiskinan memang memeritkan.Justeru bila Allah kurniakan rezeki melimpah,aku x lupa bayar zakat kerana zakat akan melimpah utk orang miskin...Juga sedekah dan hadiah buat org miskin....Alhmdulillah pengalaman mengharungi kemiskinan mengajar aku agar mengingati nasib manusia miskin...
Aku bukanlah kaya sangat....Namun aku manfaatkan sedikit harta buat manusia memerlukan.Aku tahu harta bertimbun takkan ikut masuk kubur...
Dah habis mukaddimah daaa....
Ayat di atas adalah perintah wajib dari Allah swt.Apabila perintah wajib diabaikan,maka berdosalah manusia itu.
Allah swt memerintahkan masuk Islam secara keseluruhan.Bukan Islam separuh masak...Kalau telor separuh masak memang sedap dimakan bersama lada hitam sarapan pagi....Dapat pula telor ayam kampung,memang best!.
Apakah yang dimaksudkan dengan masuk Islam keseluruhan?
Cuba kita lihat kehidupan kita.Kita tidur,bangun,belajar,berniaga,bekerja,melayan anak,hak jiran,hak orang kampung,hak suami,hak isteri,hak ibu bapa,hak pergaulan,menjadi pemimpin,etika pelanggan,hak tanah,hak rumput,belajar ilmu agama dan pelbagai bidang dan lapangan kehidupan.
Adakah kesemua lunas kehidupan kita menurut Islam?
Kita lihat apa yang dilakukan manusia..
1.Membuang sampah merata-rata.
2.Mengumpat siang dan malam.
3.Mengejar kuasa politik dan mengabaikan rakyat.
4.Membuat bising hingga mengganggu jiran.
5.Membuka telefon bimbit dalam masjid dan panggung wayang.
6.Membiarkan tanah tanpa usaha menghasilkan sayuran dan buahan.
7.Melangggar lampu isyarat merah atau memotong kenderaan di garisan berkembar.
8.Melayan pegawai rendah seakan mereka pengemis.
9.Sombong dengan harta,pangkat dan kedudukan.
10.Rajin solat terawih malam Ramadhan namun solat 5 waktu diabaikan.
11.Menarah bukit dan gunung tanpa kawalan kerna mencari keuntungan.
12.Suka memaki hamun suami/isteri.
13.Guru yang tidak mengendahkan kritikan pelajar/ibu bapa.
14.Bercakap bohong ketika berniaga.
15.Suka mencari salah orang lain.
16.Bangun pagi dengan menguap dan lupa berdoa.
17.Suami isteri Melakukan seks tanpa berdoa.
18.Menghina kereta buruk di jalanan.
19.Suka memaki dan membenci pemimpin yang baik.
20.Menunjukkan contoh buruk kepada anak-anak seeprti suka berbohong,mungkir janji dsb.
21.Memfitnah tanpa bukti.
22.Menganggap dosa kecil sebagai remeh.
23.Memaksa anak gadis berkahwin dengan bukan pilihan hatinya.
24.Melayan isteri seperti hamba abdi.Membasuh pinggan dan membasuh pakaian pun tidak mahu dilakukan.
25.Hidup dalam kejahilan dan tidak pernah merasa diri jahil.
26.Menjauhi masjid.Ke masjid bila hari Jumaat sahaja.
27.Tidak menambahkan ilmu agama.
28.Terlibat dalam riba.
29.Mellihat kejahilan orang lain dan mentertawakan mereka.
30.Menghormati ulama’ jahat dan membenci ulama sebenar.
31.Tidak pernah menyelidiki harta dan wang diperoleh sama ada halal atau haram.
32.Terlibat dalam urusan meragukan .
33.Mempercayai kuasa tangkal,paku,syiling lama dan sebagainya.
34.Sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mencantikkan wajah dan body,namun lupa kecantikan hati dan jiwa.
35.Melayan Facebook ketika kerja dan ia bukan urusan kerja.
36.Punch card jam 7 pagi dan keluar minum hingga 10 pagi,barulah masuk kerja.
37.Menunggu tua untuk rajin beribadat.
38.Menipu claim urusan kerja.Out-station perbelanjaan RM500,claim RM1000.
39.Ibu bapa mengeluarkan perkataan bodoh,tolol,buta,dsb kepada anak-anak.
40.Menggunakan santau dan bomoh untuk menzalimi orang lain.
41.Tidak peka dengan makanan dan minuman sama ada bersih,kotor,hala atau haram.
42.Melakukan pekerjaan haram seperti GRO,menjual VCD cetak rompak,berniaga pakaian tiruan dsb.
43.Menzalimi manusia yang tidak bersalah.
44.Membeli pangkat Datok dengan wang.
45.Menjadi YB yang tidak mengendahkan rakyat.
46.Memberi makan ahli keluarga hasil rezeki haram.
47.Mengutamakan sunat dan mengabaikan wajib.
48.Membuang masa berjam2 di kedai kopi atau kopitiam.
49.Rajin membaca majalah hiburan,namun malas membaca buku ilmiah dan majalah berinformasi.
50.Menjadi penganggur walaupun kerja kosong bersepah-sepah.
Itulah contoh manusia hari ini.Adakah mereka masuk Islam secara keseluruhan?
Apabila bernama Islam,maka ianya cukup.Adakah begitu?Tidak....Nama sahaja tidak cukup untuk menjadi orang Islam yang benar-benar masuk Islam secara keseluruhan.
Manusia yang peka bukan buat-buat peka adalah manusia yang berusaha mengamalkan Islam dalam kehidupan sama ada dalam pekerjaan,ibadat,hak manusia,hak rakyat dan sebagainya.Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi umat islam separuh masak.
Dalam ayat di atas juga Allah memerintahkan manusia masuk Islam secara keseluruhan,kemudian mengingatkan manusia agar menjauhi syaitan.Perintah menjauhi syaitan adalah perintah wajib.Jika menurut syaitan,maka berdosalah manusia........
“janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Setelah perintah masuk Islam keseluruhan datang pula perintah menjauhi syaitan.Ia menunjukkan bahawa syaitan akan menghasut manusia menjadi Islam separuh masak.Syaitan tahu manusia Islam separuh masak akan masuk ke Neraka bersamanya.
Fikirkan diri sendiri,adakah aku Islam keseluruhan atau Islam separuh masak?Anda yang boleh menilai diri masing-masing kerana saya bukanlah Malaikat atau manusia luar biasa boleh menilai manusia lain.
Islam itu syumul dan sempurna dan meliputi semua aspek kehidupan.Islam bukan hanya untuk solat dan puasa sahaja namun meliputi segalanya dalam aspek politik,ekonomi,keibubapaan,pendidikan,kebudayaan,geologi,kejuruteraan,sains,teknologi,kedoktoran,suami-isteri,hubungan manusia dan segalanya.Jika hanya amalkan Islam dalam solat dan puasa,namun mengabaikan aspek lain,maka jadilah Islam separuh masak...
Ramai manusia Islam separuh masak.Rajin solat dan puasa namun suka mengumpat dan memfitnah.Rajin bersedekah namun dalam hati riak dan ujub.Rajin mencari rezeki namun mencampurkan halal dan haram.Suka berniaga namun suka menaikkan harga untuk kaya cepat.Rajin ke masjid namun hanya solat Jumaat.
Quran mengajar berjuta-juta panduan kepada manusia agar manusia menjadi Islam keseluruhan.Namun ramai tidak menghayati Quran,maka jadilah Islam separuh masak.Syaitan pula rajin menjadi penasihat.Maka tidak hairnalah ramai umat Islam jadi Islam separuh masak.
Umat Islam seramai 1.8 bilion namun kecut dengan Israel yang hanya 14 juta di dunia ini.Ia menunjukkan betapa terlalu ramai orang Islam separuh masak..
Menjadi Islam syumul (seluruhnya )adalah kewajipan fardhu ain kepada semua orang Islam.TiADA YANG BERKECUALI.JIka mahu menjadi Islam separuh masak,terserahlah...
Kebaikan dan kehebatan hanyalah milik Allah Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.Aku?Hanyalah manusia lemah dan naïf.......Banyak kelemahan dan kekurangan.
Admin
Kisah Teladan & Co
27 Mac 2011
Saturday, March 26, 2011
Monday, March 21, 2011
Apakah Kita Semakin Tamak? Kurang Prihatin?
Apakah Kita Semakin Tamak? Kurang Prihatin?
Oleh Nurul Halawati Azhari
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Benarkah ada di antara kita kini mula tidak ambil peduli apabila musibah menimpa orang lain? Adakah masyarakat kita yang penuh dengan sifat sopan-santun dan berbudi bahasa sudah bertukar menjadi 'tamak haloba'.
Beberapa kejadian yang berlaku awal tahun ini telah memaparkan realiti sebenar sikap segelintir masyarakat kita.
Februari lepas, seluruh negara membaca luahan rasa kecewa seorang pemandu lori treler Ahmad Rozlin Ahmad Murad, dengan sikap orang ramai berebut memungut kampit berisi beras yang bertaburan di atas jalan raya selepas lori treler tersebut terlibat dalam kemalangan, tanpa mempedulikan mayat rakannya yang tersepit di kenderaan itu.
Sebulan sebelum itu, keluar juga berita dalam media mengenai kenderaan pacuan 4-roda yang membawa lebih RM$70,000 (dalam bentuk syiling) terlibat kemalangan di KM 244 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas.
Duit syiling itu bertaburan di atas jalan raya. Sesetengah mereka dari kenderaan yang lalu di situ seolah-olah 'berpesta' memungut wang yang bertaburan dan tidak menghiraukan rayuan pemandu kenderaan pacuan 4-roda itu agar tidak 'diambil' syiling tersebut.
Namun individu terlibat tidak mempedulikan langsung rayuan tersebut meskipun terdapat polis dan petugas lebuh raya yang berada di tempat kejadian. Walaupun pemandu serta seorang rakannya itu hanya cedera ringan, namun tidak ada siapa yang ambil kisah untuk membantu mereka.
Satu kemalangan melibatkan van di KM 424.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Tagar juga berlaku pada bulan yang sama.
Tetapi apa yang terjadi?
Beberapa pemandu kenderaan turut berhenti tetapi bukan untuk membantu mangsa kemalangan sebaliknya berebut-rebut memungut barangan yang tercampak dari van berkenaan. Mana tidaknya, van yang terlibat dalam kemalangan itu membawa beribu-ribu botol minuman 'yogurt' (dadih) jenama terkenal.
REAKSI
Kejadian berkenaan menarik pelbagai reaksi sama ada daripada orang ramai mahupun golongan ulama serta cendikiawan.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harrussani Zakaria seperti yang dinyatakan dalam laporan sebuah akhbar menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan wajib dikembalikan semula.
Manakala Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berpendapat orang ramai hendaklah membantu mangsa kemalangan tersebut dan memulangkan kembali wang syiling dan bukannya mengambil kesempatan daripada insiden itu.
Malah beliau menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara Islam seperti Malaysia.
Wajarkah insiden-insiden yang mencerminkan 'tamak haloba' rakyat Malaysia berlaku sedangkan kita memang dididik dengan sikap Masyarakat Penyayang dan Berbudi Bahasa?
BUKAN MASALAH KITA
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?
Tinggal sembilan tahun sahaja lagi untuk kita sampai ke tahun 2020 dan mencapai Wawasan 2020. Malah kita juga sedang berusaha menjayakan Gagasan 1Malaysia.
Sayangnya, adakah masyarakat sudah bersedia mendekati matlamat tersebut?
Ahli Psikologi Sosial dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Hashimah Mohd Hashim berkata beliau melihat hal ini dari dua aspek.
Pertama, faktor orang ramai tidak membantu seseorang yang telah mengalami kemalangan. Kedua, kenapa pula orang sanggup mencuri/mengambil barangan yang bertaburan kesan daripada kemalangan tersebut?
Menurut Dr Intan Hashimah, sikap ini tidak semestinya ada kaitan dengan nilai sopan-santun dalam masyarakat tetapi lebih kepada apa yang dipanggil oleh ahli psikologi sosial sebagai kesan pemerhati atau dalam bahasa Inggerisnya, "by-stander effect".
Banyak kajian dalam psikologi sosial menunjukkan bahawa kecenderungan untuk orang sekeliling membantu seseorang dalam suasana kecemasan (seperti kemalangan jalan raya) akan berkurangan sekiranya terdapat ramai pihak lain yang sedang memerhatikan kejadian yang sama.
"Kemungkinan dengan adanya lebih ramai orang di sekeliling akan mendorong seseorang merasakan tanggungjawab untuk menolong tidak hanya kepada dirinya seorang. Malahan ramai yang merasakan orang lain lebih sesuai dan sepatutnya membantu seseorang dalam kecemasan dan bukan dirinya sendiri. Dengan itu mereka memilih untuk tidak membantu", kata pakar psikologi sosial itu.
Dr Intan Hashimah berpendapat fenomena ini berlaku dalam banyak masyarakat termasuk di barat. Sikap membantu dalam kecemasan akan lebih tinggi jika yang memerhatikan kejadian itu hanya seorang dua berbanding lebih ramai orang.
Mengenai aspek kedua, Dr Intan Hashimah berpendapat ia masih lagi berkaitan dengan rasa tanggungjawab.
"Dalam situasi kedua, mereka yang mencuri daripada mangsa kemalangan biasanya lebih daripada seorang dan mereka tidak mengenali mangsa kemalangan.
"Tambahan pula ada ramai lagi yang turut mencuri/mengambil barangan yang bertaburan, ini mengurangkan rasa malu atau bersalah dalam diri orang yang mencuri. Mereka juga tidak takut tertangkap kerana tiada polis atau pihak autoriti di situ yang akan mengambil tindakan terhadap mereka.
KENAPA TIDAK PUNYA PERASAAN?
Mungkin ada beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya sikap tidak peduli sebegini.
Bagi Dr Intan Hashimah, beliau tidak melihatnya sebagai faktor perubahan moral dalam masyarakat sebaliknya ia lebih kepada faktor situasi yang mendorong seseorang untuk berkelakuan sedemikian.
"Dalam situasi ini, masyarakat memerlukan 'role model'. Jika ada seseorang yang membantu mangsa kemalangan dan ada pula seseorang yang menghalang (tidak semestinya mangsa kemalangan itu sendiri) orang lain daripada mencuri, mungkin mereka yang ada dan sedang memerhatikan di tempat kejadian akan turut membantu dan tidak akan mencuri.
"Apa yang kita perlu ada ialah contoh dalam masyarakat yang menunjukkan nilai-nilai positif dan itu membolehkan orang lain turut melakukan perkara yang sama. Saya percaya masih ramai orang Malaysia yang baik-baik tetapi mereka tidak tahu apakah yang sesuai untuk dilakukan dalam suasana tertentu, terutama semasa kecemasaan," ulas pensyarah itu.
Bagaimanapun, sebagai ahli psikologi sosial, beliau tidak melihat rakyat Malaysia sudah kurang dengan nilai kasih sayang, bersopan-santun dan berbudi bahasa.
Masyarakat Malaysia memang bersopan-santun tetapi masalahnya mereka lebih biasa bersopan-santun dengan orang yang dikenali dan tidak kepada orang asing yang tidak dikenali.
"Kita perlu belajar menyalurkan rasa prihatin kepada segenap masyarakat, bersikap prihatin dan sopan kepada orang sekeliling walaupun orang itu tidak kita kenali," sarannya.
Jika kanak-kanak dan pelajar boleh dididik di peringkat awal, mendidik masyarakat yang dewasa mungkin agak berbeza. Intan Hashimah berpendapat, setiap individu mesti menanamkan sikap prihatin dan bertimbang rasa sedalam-dalamnya dalam diri masing-masing.
Sekiranya sikap ini dimiliki, kita akan sentiasa perihatin dan bertimbang rasa dalam semua konteks dan ditujukan kepada semua orang sekeliling, tanpa mengira sama ada kita mengenali atau tidak mengenali orang itu.
"Jika ini berlaku, pastinya kita tidak akan teragak-agak membantu mangsa kemalangan dan tidak akan sanggup mencuri atau mengambil barangan daripada mereka, walaupun kita tidak akan tertangkap."
Kita tidak mahu, kelak apabila masalah begini berlaku, masyarakat Malaysia hanya menjadi pemerhati sambil memeluk tubuh menantikan pihak lain untuk membantu.
-- BERNAMA
Saturday, March 19, 2011
Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam
Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.
sumber :
http://www.e-fatwa.gov.my
Friday, March 18, 2011
Jutawan dermawan...
SINGAPURA 17 Mac - Seorang jutawan wanita muda tempatan menderma sebanyak S$1 juta (RM2.34 juta) bagi membantu mangsa gempa di Jepun, dua kali ganda jumlah bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan Singapura sendiri, lapor media serta pegawai hari ini.
Cek sumbangan itu diserahkan Elaine Low kepada Duta Jepun ke Singapura, Yoichi Suzuki semalam, kata seorang pegawai di Kedutaan Jepun kepada AFP.
Low mengendalikan syarikat perlombongan arang batu berpangkalan di Indonesia yang turut mengimport kelengkapan diperlukan dari Jepun serta membekalkan arang batu ke loji kuasa Jepun.
Katanya, dia mahu membantu rakyat Jepun yang terjejas teruk akibat bencana gempa bumi dan tsunami.
"Keluarga dan saya merasakan ia adalah satu bencana yang malang dan mahu menawarkan bantuan," kata Low, 24, seperti yang dipetik akhbar Straits Times.
Kerajaan Singapura kelmarin melancarkan satu tabung bagi mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun dan menyalurkan bantuan berjumlah S$500,000 (RM1.19 juta) kepada Palang Merah dalam bentuk modal pelaburan. - AFP
sumber :Utusan
MAHLIGAI MAKSIAT ATAS POKOK
MAHLIGAI MAKSIAT ATAS POKOK
Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.
Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.
Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.
Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.
Pondok terbabit dibina tiang penyokong, tangga dan mempunyai titi untuk ke beberapa bahagian di atas pokok berkenaan selain dilengkapi beranda.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya ke pondok terbabit selepas menerima aduan ada perbuatan maksiat dilakukan di sebuah rumah di atas pokok.
Katanya, apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.
“Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.
“Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya,” katanya.
Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.
Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.
Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.
“Bagaimanapun, dia bertindak luar batasan apabila tinggal bersama wanita Indonesia yang juga seorang pekerja industri seolah-olah suami isteri,” katanya.
Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.
sumber :Harian Metro
Friday, March 11, 2011
Ulama parti jangan hanya pikul kitab
Ulama parti jangan hanya pikul kitab
Apakah politik yang dimaksudkan dalam Islam dan apakah sebenarnya politik Islam?
Di Malaysia ada parti PAS – keanggotaannya untuk orang Islam, tidak kira bangsa, diterajui oleh ulama-ulama seperti didakwa pengikut mereka.
Pada zaman jahiliyah juga wujud parti-parti politik seperti ada kini, tetapi dalam bentuk suku-suku kaum yang tebal semangat perkaumannya iaitu assabiyah. Nabi tidak menyertai suku-suku itu walaupun ditawarkan jawatan pemimpin.
Sebaliknya nabi menyatukan kaum-kaum ini dengan ikatan Islam. Bagaimanakah nabi melakukannya? Jelas Nabi tidak mementingkan kekuasaan. Walhal jika baginda menerima tawaran itu, baginda akan berkuasa.
Tetapi apakah yang didahulukan baginda? Adakah Islam itu terbina dengan kuasa? Pada mata kasar, kuasa menguatkan Islam tetapi kekuasaan bagaimanakah yang menguatkan Islam?
Merasuah rakyat
Adakah kuasa itu didapati melalui cara merasuah masyarakat melalui tawaran keduniaan seperti gaji lebih tinggi, cuti lebih panjang atau menghapuskan saman kesalahan trafik?
Semua tawaran popular ini akan memusnahkan masyarakat pada akhirnya. Usaha berkenaan hanyalah untuk mengambil kesempatan ke atas sifat masyarakat itu sendiri kerana tawaran seperti itu akan menyebabkan masyarakat menjadi malas, tidak berdisiplin dan tidak menghormati undang-undang.
Politik sebenar dalam Islam dan politik nabi adalah dakwah, tarbiah dan tabligh kerana Islam bukan sekadar mengucap kalimah syahadah dan amalan solat, puasa, haji dan zakat untuk diulang ajar.
Kita harus akui bahawa kita sekarang berada pada zaman jahiliah moden dengan segala maksiat berleluasa. Tidakkah di sini perlunya dakwah dan bukannya politik kepartian?
Politik kepartian hanya boleh hidup dan menang jika dasar-dasarnya memuaskan kehendak dan nafsu pengundi. Politikus kepartian tidak akan dapat membentuk masyarakat untuk menuruti ajaran yang dimahukannya.
Kehendak masyarakat itu berbau keduniaan semata-mata dan akhirnya parti yang mendakwa Islam itu akan terpaksa mengalah dengan kehendak masyarakat.
Misalnya, PAS sebelum ini tegas dalam soal hiburan dan konsert. Namun, untuk memenuhi kehendak dan nafsu masyarakat, mereka terpaksa menceburi diri dengan unsur-unsur yang suatu masa dulu dikecam sebagai maksiat.
Sebagai contoh, PAS meraikan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam. Namun dalam sambutannya, kerajaan negeri itu turut menyediakan artis-artis sebagai hiburan.
Di dalam mencemuh pihak lawan, ulama-ulama parti politik begini tidak menyedari bahawa mereka sendiri bersikap riak atau ujub.
Mereka mendakwa Islam itu sempurna. Tetapi mengapa mereka mencemarkan Islam? Jika parti politik mereka yang didakwa Islam itu baik, mengapa mereka perlu mencela parti lawan sebagai khianat?
Paksa tutup kedai arak tidak Islamik
Parti politik bukanlah cara nabi seperti yang difahami para ulama yang menyertai parti politik. Jika parti politik itu cara Islam, terimalah jika pemimpin yang dipilih adalah perasuah, kerana suara teramai adalah pemenang.
Masyarakat yang baik akan memilih pemimpin yang baik dan begitu sebaliknya. Namun ulama-ulama ini hanya ingin mengubah negara, sedangkan mereka lupa negara itu terdiri daripada individu-individu.
Para ulama ini lebih berminat untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara bagi tujuan misalnya untuk melaksanakan hukum hudud. Menutup kedai arak nampak sangat Islamik, tapi yang sebenarnya Islam adalah keadaan di mana kedai arak ditutup kerana tiada pelanggan.
Bagaimana untuk meniadakan pelanggan? Mustahil. Namun setidak-tidaknya usaha dilakukan untuk mengurangkan pelanggan, walaupun tujuan kita adalah menghapuskan arak di kalangan orang Islam. Tiada cara lain untuk mencapainya selain melalui dakwah dan bukan dengan pemaksaan seperti menutup kedai arak.
Sememangnya ulama-ulama parti ini ada menyebarkan ayat-ayat dakwah dalam ceramah mereka. Namun tujuan ayat-ayat itu disebarkan adalah untuk memenangi undi dan bukan bertujuan merebut hati masyarakat supaya menjadi berakhlak.
Banyak ayat-ayat al-Quran dipetik untuk membenarkan puak mereka. Dengan itu, Islam telah dipolitikkan. Parti ini hanya mengumpul penyokong, tapi tidak membina individu Islam yang sebenar. Mereka tiada pengikut tulen, tetapi terpengaruh dengan label Islam.
Habuan kepada pengundi
Cuba kita renung sejenak. Bolehkah parti ini menentang rasuah sedangkan pada musim pilihan raya ia telah mengagihkan habuan kepada bakal pengundi? Habuan ini dalam bentuk gula, kain pelikat dan sebagainya. Ini adalah rahsia umum. Mereka mendakwa lawan mereka juga membahagikan wang untuk bakal pengundi tetapi sama ada sebutir gula, atau sejuta duit, semua itu terhisab sebagai rasuah.
Bezanya mereka tiada dana yang besar untuk membahagikan wang yang banyak. Jika mereka telah berjaya memurnikan pegangan penyokong mereka, mengapa mereka perlu mengagihkan habuan tersebut? Sedangkan para ulama ini telah mengajar penyokong mereka bahawa kaedah Islam adalah berjuang tanpa mengharapkan balasan dunia.
Para ulama ini sebahagiannya mempunyai cita-cita murni untuk membentuk sebuah masyarakat Islam seperti di Madinah. Tetapi mereka telah sesat jalan dalam mencapai tujuan mereka dan tidak mengambil iktibar dari perjalanan sirah nabi. Untuk mengamalkan kewajipan agama, kita tidak perlukan negara Islam.
Tetapi negara Islam perlukan umat Islam yang mengamalkan akhlak Islam yang tulen. Apalah gunanya sebuah rumah yang bersih, tetapi penghuninya pengotor? Akhirnya sampah-sarap akan memenuhi rumah tersebut. Ringkasnya, penghuni itu sendiri perlu dibersihkan terlebih dahulu.
Soalnya, apakah sumbangan mereka dalam membentuk cara hidup dan akhlak Islam? Para ulama sebegini akan terbelit dengan hujah-hujah untuk membenarkan puak mereka semata-mata. Kita ambil contoh mudah – isu seorang pembesar yang ditawarkan pakej umrah ke Mekah.
Kenapa dia ditawarkan pakej itu? Layakkah dia menerimanya? Apa tujuan dia ditawarkan? Atas dasar apa? Siapakah penawarnya? Tidakkah ia dikhuatiri ada unsur-unsur rasuah? Banyak soalan perlu ditanya dan dijawab.
Namun tiada jawapan diberikan kerana taksub dengan kebenaran yang diyakini berada di pihak mereka, tiada jawapan yang diberi. Maka bersuaralah puak-puak mereka menyatakan pembesar parti lawan juga menerima tawaran yang berbau rasuah.
Assabiyah moden sembah pengundi
Dengan angkuh mereka menyatakan, lawan mereka lagi dahsyat kerana menerima pakej ke tempat-tempat maksiat, bukan ke tempat suci. Lagi hujah mereka, kafir Quraisy moden telah menghalang pembesar tadi ke Mekah sepertimana terjadi kepada baginda nabi suatu masa dahulu.
Tidakkah di sini berbelit-belit? Kenapa isu ini tidak dijawab dan dirujuk dengan sirah perjalanan nabi?
Inilah sikap politik ulama dalam parti. Jika lawan mereka berbuat salah, mereka merujuk al-Quran dan sunnah nabi untuk menjatuhkan hukum. Jika mereka melakukan kesalahan yang sama, mereka mengelak dari menjawab dengan menuduh pihak lawan juga melakukan kesalahan yang sama.
Tindak-tanduk ini melemparkan diri mereka sendiri ke lembah assabiyah iaitu sifat perkauman yang hanya mengenal kaum dan puak sendiri. Sifat-sifat ini menjadikan parti politik yang mereka dakwa Islam itu juga assabiyah.
Assabiyah tidak mengenal siapa betul siapa salah. Sama ada puak mereka betul atau tidak, puak mereka mesti dipertahankan. Puak lawan harus ditentang walaupun kebenaran berada di pihak lawan.
Dalam senario hari ini, semua tindakan yang dibuat oleh lawan mereka dikritik dan dikatakan tidak betul. Adalah tidak logik jika semua tindakan lawan mereka itu salah dan tidak ada yang betul.
Semua ini terjadi kerana mereka hanya mengejar kemenangan dalam politik. Inilah assabiyah moden yang tanpa sedar telah menyembah masyarakat pengundi sebagai tuhan.
Seperti yang kita maklumi, nabi mengajar dan menghidupkan agama namun baginda tidak mengutamakan negara. Nabi mengutamakan individu-individu yang membentuk masyarakat itu. Lupakah mereka pada janji Allah bahawa Allah akan membantu urusan dunia kita jika kita membantu menegakkan agama-Nya?
Politik dakwah
Diulangi lagi, politik dalam Islam bukanlah politik seperti yang ditafsirkan oleh ulama-ulama parti hari ini. Politik nabi adalah dakwah, tabligh, tarbiah dalam memenangi hati manusia demi mencapai keredhaan Allah. Politik yang diamalkan ulama-ulama parti hari ini adalah mengikut tafsiran barat, iaitu parti politik untuk memenangi negara.
Seeloknya ulama-ulama ini mengambil iktibar surah Al-'Asr – selepas beriman dan beramal soleh, dakwah mengambil peranan, iaitu menyebarkan kebenaran. Dan usaha ini mesti dilakukan dengan penuh kesabaran.
Bagi saya, warganegara biasa ini, jika perubahan politik di Malaysia berlaku pada pilihan raya akan datang, tiada apa yang berubah ke arah yang lebih baik. Yang berubah hanya siapa pula yang akan dituduh perasuah dan penipu.
Begitu juga sebaliknya kerana pemimpin yang akan dipilih tergolong dari kalangan masyarakat yang sama. Pemimpin yang zalim adalah bayangan masyarakat yang zalim di bawahnya dan keadaan ini akan dipersalahkan kepada pemerintah yang terdahulu.
Akhirnya, musuh sebenar orang Islam bukanlah orang Islam. Dalam konteks Malaysia, musuh sebenar PAS bukanlah Umno. Musuh sebenar manusia adalah kejahilan, seperti kata khalifah keempat Saidina Ali. Di sinilah peranan ulama yang sebenarnya seperti diwariskan nabi.
Tulisan ini diharap tidak selesai di sini. Seperti anjuran nabi, “pendapat saya mungkin salah, dan pendapat kamu mungkin juga betul.” Marilah kita berbincang. Bukan mengajak berdebat di hadapan awam untuk mendapatkan kemenangan dan sokongan undi.
Kepada semua, marilah kita menguatkan agama. Dengan menghayati dan menghidupkan amalan-amalan agama, semua yang kita dakwa rasuah, kezaliman dan semua kebatilan akan menyingkir.
Janganlah kita menjadi keldai yang sekadar membawa kitab-kitab di atas pundaknya.
-Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998-1999 dalam kategori cerpen.
Tulisan ini merupakan pendapat penulis.
sumber : Malaysiakini
Apakah politik yang dimaksudkan dalam Islam dan apakah sebenarnya politik Islam?
Di Malaysia ada parti PAS – keanggotaannya untuk orang Islam, tidak kira bangsa, diterajui oleh ulama-ulama seperti didakwa pengikut mereka.
Pada zaman jahiliyah juga wujud parti-parti politik seperti ada kini, tetapi dalam bentuk suku-suku kaum yang tebal semangat perkaumannya iaitu assabiyah. Nabi tidak menyertai suku-suku itu walaupun ditawarkan jawatan pemimpin.
Sebaliknya nabi menyatukan kaum-kaum ini dengan ikatan Islam. Bagaimanakah nabi melakukannya? Jelas Nabi tidak mementingkan kekuasaan. Walhal jika baginda menerima tawaran itu, baginda akan berkuasa.
Tetapi apakah yang didahulukan baginda? Adakah Islam itu terbina dengan kuasa? Pada mata kasar, kuasa menguatkan Islam tetapi kekuasaan bagaimanakah yang menguatkan Islam?
Merasuah rakyat
Adakah kuasa itu didapati melalui cara merasuah masyarakat melalui tawaran keduniaan seperti gaji lebih tinggi, cuti lebih panjang atau menghapuskan saman kesalahan trafik?
Semua tawaran popular ini akan memusnahkan masyarakat pada akhirnya. Usaha berkenaan hanyalah untuk mengambil kesempatan ke atas sifat masyarakat itu sendiri kerana tawaran seperti itu akan menyebabkan masyarakat menjadi malas, tidak berdisiplin dan tidak menghormati undang-undang.
Politik sebenar dalam Islam dan politik nabi adalah dakwah, tarbiah dan tabligh kerana Islam bukan sekadar mengucap kalimah syahadah dan amalan solat, puasa, haji dan zakat untuk diulang ajar.
Kita harus akui bahawa kita sekarang berada pada zaman jahiliah moden dengan segala maksiat berleluasa. Tidakkah di sini perlunya dakwah dan bukannya politik kepartian?
Politik kepartian hanya boleh hidup dan menang jika dasar-dasarnya memuaskan kehendak dan nafsu pengundi. Politikus kepartian tidak akan dapat membentuk masyarakat untuk menuruti ajaran yang dimahukannya.
Kehendak masyarakat itu berbau keduniaan semata-mata dan akhirnya parti yang mendakwa Islam itu akan terpaksa mengalah dengan kehendak masyarakat.
Misalnya, PAS sebelum ini tegas dalam soal hiburan dan konsert. Namun, untuk memenuhi kehendak dan nafsu masyarakat, mereka terpaksa menceburi diri dengan unsur-unsur yang suatu masa dulu dikecam sebagai maksiat.
Sebagai contoh, PAS meraikan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam. Namun dalam sambutannya, kerajaan negeri itu turut menyediakan artis-artis sebagai hiburan.
Di dalam mencemuh pihak lawan, ulama-ulama parti politik begini tidak menyedari bahawa mereka sendiri bersikap riak atau ujub.
Mereka mendakwa Islam itu sempurna. Tetapi mengapa mereka mencemarkan Islam? Jika parti politik mereka yang didakwa Islam itu baik, mengapa mereka perlu mencela parti lawan sebagai khianat?
Paksa tutup kedai arak tidak Islamik
Parti politik bukanlah cara nabi seperti yang difahami para ulama yang menyertai parti politik. Jika parti politik itu cara Islam, terimalah jika pemimpin yang dipilih adalah perasuah, kerana suara teramai adalah pemenang.
Masyarakat yang baik akan memilih pemimpin yang baik dan begitu sebaliknya. Namun ulama-ulama ini hanya ingin mengubah negara, sedangkan mereka lupa negara itu terdiri daripada individu-individu.
Para ulama ini lebih berminat untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara bagi tujuan misalnya untuk melaksanakan hukum hudud. Menutup kedai arak nampak sangat Islamik, tapi yang sebenarnya Islam adalah keadaan di mana kedai arak ditutup kerana tiada pelanggan.
Bagaimana untuk meniadakan pelanggan? Mustahil. Namun setidak-tidaknya usaha dilakukan untuk mengurangkan pelanggan, walaupun tujuan kita adalah menghapuskan arak di kalangan orang Islam. Tiada cara lain untuk mencapainya selain melalui dakwah dan bukan dengan pemaksaan seperti menutup kedai arak.
Sememangnya ulama-ulama parti ini ada menyebarkan ayat-ayat dakwah dalam ceramah mereka. Namun tujuan ayat-ayat itu disebarkan adalah untuk memenangi undi dan bukan bertujuan merebut hati masyarakat supaya menjadi berakhlak.
Banyak ayat-ayat al-Quran dipetik untuk membenarkan puak mereka. Dengan itu, Islam telah dipolitikkan. Parti ini hanya mengumpul penyokong, tapi tidak membina individu Islam yang sebenar. Mereka tiada pengikut tulen, tetapi terpengaruh dengan label Islam.
Habuan kepada pengundi
Cuba kita renung sejenak. Bolehkah parti ini menentang rasuah sedangkan pada musim pilihan raya ia telah mengagihkan habuan kepada bakal pengundi? Habuan ini dalam bentuk gula, kain pelikat dan sebagainya. Ini adalah rahsia umum. Mereka mendakwa lawan mereka juga membahagikan wang untuk bakal pengundi tetapi sama ada sebutir gula, atau sejuta duit, semua itu terhisab sebagai rasuah.
Bezanya mereka tiada dana yang besar untuk membahagikan wang yang banyak. Jika mereka telah berjaya memurnikan pegangan penyokong mereka, mengapa mereka perlu mengagihkan habuan tersebut? Sedangkan para ulama ini telah mengajar penyokong mereka bahawa kaedah Islam adalah berjuang tanpa mengharapkan balasan dunia.
Para ulama ini sebahagiannya mempunyai cita-cita murni untuk membentuk sebuah masyarakat Islam seperti di Madinah. Tetapi mereka telah sesat jalan dalam mencapai tujuan mereka dan tidak mengambil iktibar dari perjalanan sirah nabi. Untuk mengamalkan kewajipan agama, kita tidak perlukan negara Islam.
Tetapi negara Islam perlukan umat Islam yang mengamalkan akhlak Islam yang tulen. Apalah gunanya sebuah rumah yang bersih, tetapi penghuninya pengotor? Akhirnya sampah-sarap akan memenuhi rumah tersebut. Ringkasnya, penghuni itu sendiri perlu dibersihkan terlebih dahulu.
Soalnya, apakah sumbangan mereka dalam membentuk cara hidup dan akhlak Islam? Para ulama sebegini akan terbelit dengan hujah-hujah untuk membenarkan puak mereka semata-mata. Kita ambil contoh mudah – isu seorang pembesar yang ditawarkan pakej umrah ke Mekah.
Kenapa dia ditawarkan pakej itu? Layakkah dia menerimanya? Apa tujuan dia ditawarkan? Atas dasar apa? Siapakah penawarnya? Tidakkah ia dikhuatiri ada unsur-unsur rasuah? Banyak soalan perlu ditanya dan dijawab.
Namun tiada jawapan diberikan kerana taksub dengan kebenaran yang diyakini berada di pihak mereka, tiada jawapan yang diberi. Maka bersuaralah puak-puak mereka menyatakan pembesar parti lawan juga menerima tawaran yang berbau rasuah.
Assabiyah moden sembah pengundi
Dengan angkuh mereka menyatakan, lawan mereka lagi dahsyat kerana menerima pakej ke tempat-tempat maksiat, bukan ke tempat suci. Lagi hujah mereka, kafir Quraisy moden telah menghalang pembesar tadi ke Mekah sepertimana terjadi kepada baginda nabi suatu masa dahulu.
Tidakkah di sini berbelit-belit? Kenapa isu ini tidak dijawab dan dirujuk dengan sirah perjalanan nabi?
Inilah sikap politik ulama dalam parti. Jika lawan mereka berbuat salah, mereka merujuk al-Quran dan sunnah nabi untuk menjatuhkan hukum. Jika mereka melakukan kesalahan yang sama, mereka mengelak dari menjawab dengan menuduh pihak lawan juga melakukan kesalahan yang sama.
Tindak-tanduk ini melemparkan diri mereka sendiri ke lembah assabiyah iaitu sifat perkauman yang hanya mengenal kaum dan puak sendiri. Sifat-sifat ini menjadikan parti politik yang mereka dakwa Islam itu juga assabiyah.
Assabiyah tidak mengenal siapa betul siapa salah. Sama ada puak mereka betul atau tidak, puak mereka mesti dipertahankan. Puak lawan harus ditentang walaupun kebenaran berada di pihak lawan.
Dalam senario hari ini, semua tindakan yang dibuat oleh lawan mereka dikritik dan dikatakan tidak betul. Adalah tidak logik jika semua tindakan lawan mereka itu salah dan tidak ada yang betul.
Semua ini terjadi kerana mereka hanya mengejar kemenangan dalam politik. Inilah assabiyah moden yang tanpa sedar telah menyembah masyarakat pengundi sebagai tuhan.
Seperti yang kita maklumi, nabi mengajar dan menghidupkan agama namun baginda tidak mengutamakan negara. Nabi mengutamakan individu-individu yang membentuk masyarakat itu. Lupakah mereka pada janji Allah bahawa Allah akan membantu urusan dunia kita jika kita membantu menegakkan agama-Nya?
Politik dakwah
Diulangi lagi, politik dalam Islam bukanlah politik seperti yang ditafsirkan oleh ulama-ulama parti hari ini. Politik nabi adalah dakwah, tabligh, tarbiah dalam memenangi hati manusia demi mencapai keredhaan Allah. Politik yang diamalkan ulama-ulama parti hari ini adalah mengikut tafsiran barat, iaitu parti politik untuk memenangi negara.
Seeloknya ulama-ulama ini mengambil iktibar surah Al-'Asr – selepas beriman dan beramal soleh, dakwah mengambil peranan, iaitu menyebarkan kebenaran. Dan usaha ini mesti dilakukan dengan penuh kesabaran.
Bagi saya, warganegara biasa ini, jika perubahan politik di Malaysia berlaku pada pilihan raya akan datang, tiada apa yang berubah ke arah yang lebih baik. Yang berubah hanya siapa pula yang akan dituduh perasuah dan penipu.
Begitu juga sebaliknya kerana pemimpin yang akan dipilih tergolong dari kalangan masyarakat yang sama. Pemimpin yang zalim adalah bayangan masyarakat yang zalim di bawahnya dan keadaan ini akan dipersalahkan kepada pemerintah yang terdahulu.
Akhirnya, musuh sebenar orang Islam bukanlah orang Islam. Dalam konteks Malaysia, musuh sebenar PAS bukanlah Umno. Musuh sebenar manusia adalah kejahilan, seperti kata khalifah keempat Saidina Ali. Di sinilah peranan ulama yang sebenarnya seperti diwariskan nabi.
Tulisan ini diharap tidak selesai di sini. Seperti anjuran nabi, “pendapat saya mungkin salah, dan pendapat kamu mungkin juga betul.” Marilah kita berbincang. Bukan mengajak berdebat di hadapan awam untuk mendapatkan kemenangan dan sokongan undi.
Kepada semua, marilah kita menguatkan agama. Dengan menghayati dan menghidupkan amalan-amalan agama, semua yang kita dakwa rasuah, kezaliman dan semua kebatilan akan menyingkir.
Janganlah kita menjadi keldai yang sekadar membawa kitab-kitab di atas pundaknya.
-Azman Hussin berkarya dalam bidang sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998-1999 dalam kategori cerpen.
Tulisan ini merupakan pendapat penulis.
sumber : Malaysiakini
Thursday, March 10, 2011
NOTA : MUHASABAH DIRI DAN KEPENTINGANNYA
MUHASABAH DIRI DAN KEPENTINGANNYA
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri
melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas dari amalan-amalannya untuk hari
esok (akhirat) dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat meliputi pengetahuan akan segala yang kamu kerjakan.” (surah Al-Hasyr: 18)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، شكرا لنعمته ، ولا إله إِلاَّ الله وحده لاَ شريك له ، إقرارا بربوبيته ووحدانيته ، والصلاة على رسوله محمد وآله
Alhamdulillah...
Aku bersyukur kepada Allah kerana Allah mengilhamkan untuk membuka Kisah Teladan.Tanpa ilham dari Allah ,mungkin aku hanya menjadikan Facebook sebagai wahana diari sahaja,bukan wahana dakwah dan perkongsian ilmu..
Allah swt berfirman “ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; . Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”
surah As-Syams ayat 7-10
Muhasabah adalah perkataan arab.Terlalu banyak perkataan arab dimelayukan.Contohnya masjid,nafsu,Assalamualaikum,khabar,ilham,faraj,masalah,rahmat dan sebagainya.Namun ramai Melayu tidak tahu asal usul perkataan tersebut yang memang berasal dari arab.
Perkataan Inggeris “Check –Mate” dalam permainan catur sebenarnya adalah berasal dari perkataan arab “Shah Mata” yang bermaksud Raja mati.Dalam permainan catur apabila check-mate,maka Raja akan mati dan kalahlah pihak yang mati rajanya....
Muhasabah bermaksud menilai diri sendiri.Islam adalah agama yang menggalakkan seseorang manusia muhasabah diri dan muhasabah adalah salah satu sifat Mahmudah yang digalakkan Islam.
Muhasabah diri adalah untuk semua manusia sama ada seorang suami,isteri,anak ,pelajar,jiran,menteri,guru,wakil rakyat,ketua kampung,pegawai,ayah,ibu dan segala jenis manusia dan pangkat.Muhasabah perlu dilakukan semua manusia sama ada kaya atau miskin,bodoh atau alim,cantik atau hodoh,berpangkat atau tiada,bergaji besar atau tidak.Tiada manusia terkecuali.
Faedah Muhasabah :
1.Menemui kesalahan yang dilakukan.
2.Memperbaiki diri.
3.Berhati-hati dalam kehidupan sama ada perkataan,perbuatan mahu pun niat.
4.Sentiasa berasa tawadduk.
5.Sentiasa mahu menambah kebaikan.
6.Mahu memeriksa agar bertambah baik.
7.Menjauhkan kesombongan dan ‘aku betul”.
8.Berusaha agar tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan sama.
9.Mengakui kelemahan diri.
10.Menerima pandangan orang lain.
Cuba kita lihat dan perhatikan....
1.Suami tidak pernah membantu isteri di dapur.
2.Wakil rakyat tidak mengendahkan masalah rakyat.
3.Guru menolak pendapat pelajar.
4.Isteri tidak mahu menuurnkan berat badan.
5.Jiran suka mengganggu orang lain.
6.Manusia rajin di hadapan ketua,bila ketua tiada,melayan Facebook sambil bekerja.
7.Ayah atau Ibu tidak pernah mendengar luahan anak.
8.Manusia menghisap dadah,mat rempit,pembuang bayi ,buang sampah merata-rata berprinsip “Ikut suka Aku”.
9.Manusia menghina kereta buruk,wanita hodoh dan sebagainya.
10.Suami yang tidak pernah meminta maaf dengan isterinya.
11.Ibu bapa yang malu meminta maaf dengan anak-anak.
12.Melanggar lampu isyarat merah.
13.Membiarkan lembu dan kerbau di jalan raya.
14.Tidak membantu anak yatim,ibu tunggal,orang miskin.
15.Hanya melawat kawasan musim pilihan raya.Bila dah menang pilihan raya,ghaib.............
16.Membeli ikan sayur,pakaian dari tauke bukan Islam sedangkan masih ramai umat Islam menjual produk sama.
17.Membiarkan tanah dipenuhi lalang dan semak sedangkan tanah boleh menghasilkan sayuran dan buah.
18.Melayan manusia ternama dan berpangkat dengan amat sopan namun bila berhadapan manusia tidak ternama dan glamour dilayan sebagai sampah.
19.Membiarkan sampah merata-rata walaupun mempunyai tangan untuk mengambilnya lalu dibuang dalam tong sampah..
20.Membiarkan anak memilih pasangan jahat dan fasik.
21.Membaca Quran siang dan malam namun tidak memahaminya...
22.Meluangkan masa menonton tv berjam lamanya namun ibadat sekadar lima minit...
23.Mengumpat teman,saudara mara dan jiran sendiri...
24.Rajin beribadat namun membiarkan pasangan malas dan leka...
25.Apabila menonton filem sedih mudah mennagis,namun tidak menangis walaupun membaca ayat-ayat Neraka dalam Quran...
26.Mendapat gaji ribuan ringgit sebulan namun bakhil...
27.Merasakan murah membeli tiket bola RM10.00 namun memasukkan RM1.00 dalam tabung masjid...
28.Menunaikan haji dan umrah berkali-kali namun balik haji,peribadi masih Munafik dan Fasik...
29.Merasakan diri ahli Syurga sdgkan hakikatnya perbuatan dan amalam adalah ahli Neraka.
30.Melihat ciptaan Allah setiap hari namun tidak pernah memikirkan...
Demikianlah antara sikap dan peribadi manusia hari ini.Mereka melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan namun mereka terus melakukannya.Mengapa?Mereka adalah manusia yang tidak pernah muhasabah diri...
Manusia yang sentiasa melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan namun tidak berubah kepada lebih baik adalah manusia yang tidak pernah muhasabah dan mereka hidup dengan pegangan “aku betul”.
Sikap tidak muhasabah adalah berbahaya kepada manusia.Dunia ditipu syaitan,akhirat merasai azab Neraka yang amat pedih..
Saya menulis diari sejak usia 11 tahun.Saya sentiasa membaca diari untuk emncari kesalahan diri sama ada kesalahan sebagai suami,ayah dan juga usahawan.Saya mencari kesalahan diri sendiri dan memperbaiki diri...
Diari saya adalah sulit dan banyak perkara saya gunakan tulisan rahsia....Tulisan rahsia tidak mampu dibaca manusia termasuk isteri dan anak sendiri....
Saya juga apabila solat hajat dan taubat berdoa kepada Allah swt agar Allah sentiasa berikan ilham dalam diri tentang menemui kesalahan dan kesilapan.Kadangkala saya menemui kesalahan melalui diari,kdgkala melalui sifat manusia lain,kdgkala melalui filem yang ditonton.
Contoh mudah,apabila melihat seorang lelaki memarahi pekerjanya di hadapan pekerja lain,saya sedar kesalahan saya melakukan perbuatan sama.Lantas saya muhasabah dan berubah.Jika pekerja melakukan kesalahan,panggil dia ke bilik pejabat dan marah one by one,face to face.Ini bagi menjaga maruah manusia..
Manusia yang tidak pernah muhasabah diri,mereka tidak akan berubah.Walaupun rajin ke masjid dan surau,belajar ilmu agama,membaca buku agama,mendengar nasyid namun jika tidak muhasabah diri mereka tidak akan tahu apakah kekurangan diri...
Saya sentiasa berterima kasih dengan isteri kerana sering mengkritik dan meluahkan perasaannya.Bila isteri meluahkan perasaannya,saya tahu apa kesalahan saya sebagai suami.Jika isteri pendiam dan simpan dalam hati,sudah tentu saya tidak tahu apakah kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
Kadangkala saya dengan rendah diri bertanya isteri apakah kesalahan saya.isteri akan meluahkannya dari A hinggalah Z......dengan hati terbuka saya menerima dan berubah.
Baginda saw bersabda “Setiap anak Adam itu pernah melakukan kesalahan dan sebaik-baik mereka adalah manusia yang bertaubat”.
Sebagai manusia tidak kira ustaz,imam,pegawai,ayah,ibu,isteri,suami,menteri dan semuanya pernah melakukan kesalahan.Tiada yang berkecuali kerana manusia sempurna hanyalah Baginda saw.Allah swt menjadikan Baginda saw manusia sempurna kerana mahu Baginda saw menjadi contoh dan role-model kepada manusia....
Namun Allah swt ingin menunjukkan kepada manusia bahawa Baginda saw juga melakukan kesalahan.ia bukan mahu mengaibkan Baginda saw sebagai nabi dan rasul,namun sebagai pengajaran kepada manusia bahawa setiap yang bernama manusia itu lemah dan pernah melakukan kesalahan.
Kisah 1.
Baginda saw menunaikan solat Zuhur atau Asar (perawi hadis syak waktu solat sama ada Zuhur atau Asar ).Baginda saw menjadi imam solat dan setelah solat dua rakaat,Baginda meberi salam.Seorang sahabat bertanya “ya Rasulullah,adakah telah turun firman Allah solat dipendekkan dua rakaat?”
Baginda saw bertanya “Benarkah aku hanya solat dua rakaat?”Tanya Baginda saw untuk kepastian.Lalu sahabat menjawab ‘ya”.Lantas Bainda berdiri dan menyambung dua rakaat lagi.
Kisah 2
Baginda saw memandang remeh dan mengabaikan Abdullah bin Maktum...Kisah ini diceritakan dalam Quran.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Kerana dia didatangi orang buta.
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai
Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran
agama yang didapatinya daripadamu)! -
4. Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi
manfaat kepadanya.
5. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi
(kepada ajaran Al-Quran),
6. Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
7. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan
dirinya (dari keingkarannya).
8. Adapun orang yang segera datang kepadamu,
9. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah);
10. Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
11. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat
Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
12. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil
peringatan daripadanya.
surah ‘Abasa ayat 1-12.
Demikianlah beberapa kisah Baginda saw melakukan kesalahan.Allah turunkan kisah sebagai pengajaran kepada manusia.
Manusia yang suka muhasabah adalah manusia yang suka menerima nasihat,kritikan,idea dan pandangan orang lain walaupun orang lain adalah berpangkat rendah dan bergaji kecil.Ketika Baginda saw bermesyuarat di Madinah mengenai peperangan,seorang sahabat bernama Salman al-Farsi memberi idea menggali parit yang dinelai sebagai Khandak.Lantas Baginda saw menerima idea sahabat tersebut.Ia jelas menunjukkan Baginda saw walaupun seorang rasul dan nabi namun Baginda saw menerima idea orang lain.ia mmebukjtikan Baginda saw adalah manusia yang sentiasa muhasabah diri...
Saya ini amat sentitif.Apabila membaca diari kdgkala air mata berlinangan terutama membaca kisah manusia yang suka menzalimi saya.Namun apakan daya.....Diri ini hanya mampu berdoa dan merintih kepada Allah swt kerana diri ini tiadalah pangkat bergelar Datok atau Tun..hanyalah insan kecil yang pabila berada di pasar malam atau Tasik Titiwangsa,tiada siapa peduli...
Muhasabah diri adalah amat penting kepada manusia.Manusia yang tidak pernah muhasabah tidak akan berjaya memperbaiki diri,apa lagi mahu menjadi ahli Syurga...
Saya bertemu Tun Dr Mahathir di pejabatnya di Yayasan Bukhary Jalan Perdana KL dan memberi soalan “Apakah nasihat Tun kepada saya sebagai usahawan?”kemudian beliau bertanya “You bisnes apa?”
Saya menjawab “pakaian...”Lantas beliau memberi jawapan “ You sebagai usahawan pakaian perlulah sentiasa kemas supaya menjadi role-model yang baik.Dengarlah pandangan pelanggan dan sentiasa sediakan produk terbaik.You juga perlu sentiasa peka dengan persaingan dan permintaan pelanggan.Lihatlah kepada usahawan lain dan jangan abaikan apa jua kritikan pelanggan....”.
Nasihat dan jawapan beliau walaupun ringkas namun memebri makna yang besar dalam hidup saya.Pelbagai idea baru dapat dilahirkan untuk memajukan lagi bisnes saya.
Saya adalah manusia yang amat kagum dengan Dr Mahathir.Beliau adalah anak Melayu yang kaya idea.Alangkah indahnya jika dapat melepak berjam-jam lamanya dengan beliau...
Marilah kita muhasabah diri kita....
Kehidupan ini amat indah.....nikmatilah.
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Sempurna dan Maha Bijaksana manakala diri ini amat naïf dan lemah.
Admin
Kisah Teladan
Melaka negeri tercinta...................
Jumaat 11 Mac 2011
NOTA :PASANGAN KITA....
PASANGAN KITA....
“ Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak
ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang
mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya),
iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua
berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami
(yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku
khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang
berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada
mereka dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka
berdua (pada hari pembalasan): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka
bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ).”
“ Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan
tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan
orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal
isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku
sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun
dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari
kaum yang zalim;”
surah at-Tahrim ayat 10-11
Bismillah..
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha pengasih..
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهداه
Alhamdulillah...syukur kepada Allah memberikan akal yang waras,jemari yang cergas,mata yang cerah,telinga yang peka,hati yang istiqamah dalam melayari kehidupan ini.Segala nikmat yang diberikan Allah untuk dimanfaatkan,bukan untuk disia-siakan.
Alhamdulillah demam semakin beransur baik...syukur kepada Allah Maha Penyembuh.Allah telah berjanji memberikan pahala kepada manusia yang menghadapi ujian jika bersabar.Jika mengeluh dan membenci ujian,nescaya tiadalah pahala buat mereka..
Ayat Quran di atas memberi banyak pengajaran.Quran sering menceritakan kisah lampau yang telah berlaku ribuan tahun supaya manusia membaca kisah mereka dan ambil pengajaran.Quran adalah khazanah ilmu yang amat berharga buat umat Islam.Namun berapa ramai umat Islam yang menghargai Quran sebagai khazanah....
Allah membawa kisah suami isteri iaitu tentang kisah dua suami soleh,namun dijodohkan dengan isteri ingkar dan kafir.Allah swt juga membawa kisah wanita baik namun bertemu dengan suami jahat dan ingkar.Allah swt memberikan contoh tersebut agar manusia memikirkan hikmah dan pengajaran kisah tersebut.
Allah adalah Maha Berkuasa menentukan segalanya.Allah berhak kerana Dia adalah Tuhan seluruh alam dan mempunyai sifat Qudrat iaitu mempunyai kemampuan melakukan sesuatu.Kita tidak boleh mempertikaikan apa sahaja ketentuan Allah kerana sifat manusia yang suka mempertikaikan apa sahaja ketentuan Allah adalah sifat manusia kafir dan Munafik.
Mengapakah Allah berikan jodoh kepada Nabi Noh dan Lut isteri yang ingkar dan kafir,begitu juga Allah kurniakan Asiah suami yang jahat dan kafir bernama Firaun?Allah swt Maha Mengetahui akan segala ketentuan yang dilakukan-Nya.
Hakikatnya sebelum Allah berikan Syurga kepada hamba-Nya sama ada para nabi dan Rasul,manusia biasa,Allah pasti menurunkan ujian buat mereka.Ujian buat Nabi Noh dan Lut adalah isteri ingkar dan kafir,manakala ujian buat Asiah adalah suami yang jahat dan kafir.Itulah ujian buat mereka.
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
surah al-Baqarah ayat 214
Jodoh ketentuan Allah adalah amat misteri.Allah mentakdirkan lelaki Melayu bertemu jodoh wanita Bosnia yang jaraknya ribuan batu.Begitulah yang terjadi dengan seorang teman saya Ustaz Wan Sohor Bani Leman.Beliau mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah dan kini menjadi pensyarah UIA.Itulah jodoh yang ramai manusia tidak memahaminya.
Dalam kehidupan kita,bukan semua yang kita impikan menjadi kenyataan.Begitu jua dengan jodoh.Ribuan lelaki bermimpi mahu menjadi pasangan Siti Nurhaliza,namun jodohnya dengan Datok K jutawan terkenal.Itulah jodohnya.
Dalam konteks zaman moden,lelaki kaya dan kacak amat mudah mencari jodoh kerana ramai wanita mengejar lelaki kaya dan kacak.Manakala lelaki miskin dan kurang tampan amatlah sukar jodohnya walaupun mereka giat mencari dalam Facebook dan majalah.Itulah kehidupan zaman moden.
JIka nabi Noh dan Lut serta wanita baik seperti Asiah dijodohkan dengan pasangan jahat dan kafir,bagaimana dengan kita?KIta jangan fikirkannya kerana itu adalah ketentuan Allah.Siapa pun jodoh kita terimalah dengan hati terbuka dan reda dengan takdir Allah..
Kita lihat banyak pasangan berlainan dan amat jauh perbezaan.Suaminya amat tekun beribadat manakala isterinya pula suka mengumpat dan mencaci.Begitu juga ramai isteri rajin beribadat namun suaminya pula kaki nombor ekor dan judi.
Ia jelas menunjukkan betapa Allah mentakdirkan jodoh pasangan itu berlainan.Jika Quran telah menceritakan kisah Nabi Noh dan Lut serta kisah Asiah isteri Firaun maka kita dapat lihat kebenaran kisah tersebut.Jadi tidak perlu dihairankan dengan pasangan manusia hari ini..
Kita muhasabah diri kita...
1.Adakah aku baik dan pasanganku baik?
2.Adakah aku jahat manakala pasanganku baik?
3.Adakah aku jahat dan pasanganku juga jahat?
Kita yang boleh tentukannya kerana hanya diri kita mengenali diri sendiri dan pasangan kita...
Dalam kehidupan ini saya menemui pelbagai pasangan suami isteri.Pelbagai kisah dan coretan mengenai kehidupan rumah tangga.Ada suami baik,manakala isterinya jahat.Ada pula isteri baik dan suaminya amat jahat.Ada pula kedua-dua suami isteri jahat....Amat jarang bertemu kedua-dua suami isteri baik...
Walaupun jodoh adalah ketentuan Allah Maha Mengetahui,kita perlu bijak memilih.Ramai manusia moden berkahwin atas dasar cinta Laila Majnun,bukan dasar agama dan keimanan.Cinta itu segalanya dan iman dan agama itu nantilah......................!
Imam Ibnu Majah rahimullah merekodkan Baginda saw bersabda “Pilihlah tempat mani kamu dan nikahlah dengan sekufu”
Pengajaran hadis tersebut adalah panduan buat manusia memilih jodoh.JIka wanita memilih lelaki yang terkenal dengan tidak solat dan puasa,maka wanita tersebut menyediakan rahimnya untuk benih lelaki yang tidak beriman.
Begitu juga lelaki yang memilih wanita yang terkenal dengan mulut tiada insurans seperti suka mencaci,mengumpat dan menghina orang lain,maka lelaki tersebut telah memilih tempat air mani yang bakal melahirkan generasi tidak beriman..
Baginda saw juga memberi panduan agar manusia memilih kufu iaitu serasi dan sepadan.Berapa ramai lelaki miskin berkahwin dengan wanita kaya namun hidup dalam penuh penghinaan dan cacian.Begitu juga wanita miskin memilih lelaki kaya yang akhirnya ayat “aku pungut kamu dari tempat sampah” terlontar saban hari dan malam...
Kufu adalah penting dalam perkahwinan bagi melahirkan rumah tangga yang bahagia dan aman tenteram.
Ramai lelaki hodoh mengidamkan wanita cantik kerana bagi mereka kecantikan itu adalah pemanis rumah tangga namun berapa ramai lelaki hodoh berpasangan wanita cantik hidup dengan penghinaan dan cacian?Ayat biasa kita dengar “muka cantik macam aku nie,aku buang kau,sepuluh datang....”Begitulah ayat-ayat wanita cantik yang hanya cantik wajahnya namun buruk sikapnya...
Kita mahu menjadi manusia beriman dan pasangan juga beriman.Manusia beriman seperti Baginda saw dan pasangan beriman Khadijah dan Aisyah isteri Baginda saw telah dijanjikan Syurga.
Adakah kita tidak mahukan Syurga?
“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”surah An Nahl ayat 97.
Menjadi lelaki atau wanita Syurga itu adalah peluang.Namun sebagai suami atau isteri sudah tentu mahu hidup sebagai suami isteri ke akhir hayat dan seterusnya masuk Syurga bersama-sama.Itulah impian kebanyakan manusia.Namun sekadar impian dan angan-angan tanpa usaha,adalah mustahil mencium bau Syurga...
Panduan dan Tips :
1.Sentiasa muhasabah diri kita sepanjang masa.
2.Saling nasihat dan menasihati sesame pasangan.
3.Jauhkan memilih jodoh yang terkenal dengan kejahatan dan kefasikan.
4.Jauhkan menerima menantu manusia yang terkenal dengan kejahatan dan kefasikan.
5.Apabila mendapat pasangan yang suka melakukan dosa besar dan memang degil serta tidak mahu bertaubat,sebaiknya pilihlah pasangan lain.
6.Sentiasa meningkatkan ilmu dan amalan bersama-sama seperti berjemaah di masjid,menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.
7.Berusaha memahami ajaran Quran dan hadis sebaiknya.
8.Bacalah kisah suami atau isteri jahat dan berusaha menjauhi sikap dan peribadi mereka.
9.Banyakkan berdoa dengan doa yang diajar Quran.
"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
( Surah Al-Furqan : 74 )
10.Sentiasa memperbaiki diri.
Kehidupan ini amat indah.....nikmatilah.
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Sempurna dan Maha Bijaksana manakala diri ini amat naïf dan lemah.
Admin
Kisah Teladan
Melaka negeri tercinta...................
Jumaat 11 Mac 2011
Tuesday, March 8, 2011
NUKILAN SANUSI JUNID...............
KEKALKAN PERBEZAAN BANGSA SUPAYA MELAYU TIDAK LALAI
KERTAS LATAR BELAKANG DAN PANDUAN BAGI UCAPAN SEBAGAI AHLI PANEL DALAM SIMPOSIUM DILEMA MELAYU ANJURAN ASPIRASI PADA 12HB FEBRUARI, 2011 DI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR
"MILIKAN 30% EKUITI BUMIPUTRA MENJELANG 2020 - BAGAIMANA DAN DI MANA MELAYU?"
ANGKA 30 DAN 2020 MENGHANTUI MELAYU
1. Dua angka ini, 30 dan 2020, telah menghantui bangsa Melayu, dan membimbangkan yang bukan Melayu, sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1972. Untuk mengenal pasti bagaimana angka 30% ekuiti Bumiputra itu lahir, ada baiknya kita melihat perjalanan sejarah berbagai dasar ekonomi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
DASAR EKONOMI BEBAS
2. Di waktu kemerdekaan dicapai apa yang kita perjuangkan, dan dipersetujui oleh semua kaum, dalam bidang ekonomi, ialah amalan Dasar Ekonomi Bebas. Kebebasan ini, yang ditafsirkan oleh orang-orang Melayu sebagai kebebasan untuk menerokai berbagai bidang perniagaan dan perusahaan, dengan kerjasama peniaga dan pengusaha asing, jika peniaga dan pengusaha milik China dan India tidak mahu membantu, atau bekerjasama dengan Melayu, sekali pun.
KEKECEWAAN PENIAGA DAN PENGUSAHA MELAYU
3. Apa yang didapati oleh peniaga dan pengusaha Melayu ialah perkataan bebas itu ditafsirkan oleh peniaga dan pengusaha asing sebagai bebas untuk memilih sesiapa saja yang mereka suka sebagai rakan peniaga dan pengusaha, bebas untuk tidak melayan rayuan dari pihak peniaga dan pengusaha Melayu yang memerlukan bimbingan, dan bebas untuk tidak memberi apa-apa pertimbangan atau layanan untuk monolong bangsa Melayu yang dahagakan rakan-kongsi yang berilmu dan berpengalaman dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
4. Sikap begini tidak menyalahi undang-undang atau semangat perlembagaan kerana memang itulah erti Dasar Ekonomi Bebas yang termaktub di dalamnya.
TENTANGAN TERHADAP DASAR EKONOMI BEBAS
5. Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama pada tahun 1965 telah menentang dengan hebatnya Dasar Ekonomi Bebas ini. Tentangan ini adalah kemuncak daripada kegelisahan orang-orang Melayu yang buntu mendapat dukungan dari swasta yang berkemampuan membantu, malahan merasa terhalang kerana sikap mereka menegakkan kebebasan untuk memilih sendiri rakan kongsi atau retailer kepada barang wholesale mereka.
DASAR EKONOMI BARU DIKETENGAHKAN MENGGANTI DASAR EKONOMI BEBAS
6. Akibat dari kegelisahan orang-orang Melayu inilah maka Dasar Ekonomi Baru diketengahkan untuk mengganti Dasar Ekonomi Bebas pada tahun 1972, iaitu setelah 3 tahun berlakunya tragedi peristiwa 13 Mei, 1969.
DASAR EKONOMI BEBAS KEKAL DI DALAM PERLEMBAGAAN
7. Walau bagaimana pun Dasar Ekonomi Bebas tetap kekal di dalam Perlembagaan Malaysia kerana Dasar Ekonomi Baru itu dijangka berlaku hanya selama 20 tahun.
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MENGAMBIL ALIH PERANAN DASAR EKONOMI BARU
8. Jangkamasa Dasar Ekonomi Baru berakhir di zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ianya telah diganti dengan Dasar Pembangunan Negera yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai tunjangan atau kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru di mana kepentingan Bumiputra, sebagaimana yang diperjuangkan di bawah Dasar Ekonomi Baru, diteruskan.
BIDANG PERJUANGAN DASAR EKONOMI BARU
9. Di bawah Dasar Ekonomi Baru dua bidang perjuangan yang telah diketengahkan ialah:
1) Membasmi kemiskinan, dan
2) Menyusun semula masyarakat.
MEMBASMI KEMISKINAN
10. Perjuangan membasmi kemiskinan ini yang merupakan bidang yang paling popular bagi semua kaum, dan parti politik, telah tidak menjadi isu setelah tamat jangkamasa Dasar Ekonomi Baru kerana orang-orang miskin, dari semua kaum, bergantung nasib kepada parti-parti politik dan penulis (samaada pengarang, wartawan atau ahli akademik) kerana orang-orang miskin tidak mempunyai pertubuhan, samaada NGO atau parti politik yang dipimpin oleh orang-orang miskin atau orang-orang yang pernah miskin dan kemiskinan masih dalam ingatan dan kenangan, untuk menyuarakan masalah mereka.
MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
11. Dalam usaha untuk menyusun semula masyarakat pula keputusan kerajaan di waktu itu ialah untuk menghapus pengenalan kaum dengan fungsi ekonomi. Jangan sampai bila disebut Melayu kerjanya hanya dengan kerajaan, dalam pejabat dan jabatan, angkatan polis dan tentera, atau menjadi petani dan pesawah sahaja; sementara orang China dan peniaga atau pengusaha asing monopoli bidang perniagaan dan perusahaan sementara orang India menjadi buruh di ladang.
PEMBAHAGIAN 30-40-30 MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK
12. Dalam usaha menghapuskan identiti Melayu yang dikenali dalam fungsi ekonomi tradisinya itulah maka diperkenalkan idea 30% saham untuk Melayu dan Bumiputra dalam sektor swasta. Untuk bukan Bumiputra pula mereka disarankan memiliki 40% saham dalam bidang swasta dan pelabur asing disarankan memiliki 30%. Pembahagian ini, dalam teori, dapat diterima oleh semua pihak kerana dari hampir tiada saham yang dimilikinya pihak Melayu dan Bumiputra akan memiliki sebahagian hak; bukan Bumi pula puas hati kerana mereka dijamin akan memiliki lebih dari Bumi sementara pihak asing akan tetap bertapak di negara ini dengan memiliki 30% dari saham di bidang swasta.
PSYCHOLOGICAL AND NOT LOGICAL PERCENTAGES
13. Mengikut apa yang diberitahu oleh Allahyarham Tun Ghazalie Shafie yang saya menjadi Timbalan Menterinya waktu beliau menjadi Menteri Dalam Negeri peratus 30-40-30 ini telah dipilih berasaskan perhitungan psikologi (psychological) walau pun ianya tidak lojik (logical).
14. Adalah tidak munasabah, atau lojik, katanya, untuk menentukan bangsa yang peratus jumlahnya lebih 60% menerima 30% sebagai miliknya dalam ekuiti swasta dalam negaranya sendiri.
15. Beliau bertanya 'Kenapa pula, di Kedah umpamanya, di mana 100% orang Melayu yang menanam padi tetapi dalam bidang ekonomi pertanian padi orang Melayu tidak boleh menguasai 100% ekuiti sektor penanaman padi ini? Kenapa kilang padi perlu dimiliki oleh taukeh China? Jika jumlah orang Melayu di Malaysia 60% kenapakah orang Melayu tidak menjadikan matlamat untuk memiliki hak menguasai 60% dalam bidang ekonomi pengguna (consumer)?
16. Orang Melayu Islam juga tidak memerlukan 30% ekuiti dalam sektor ekonomi maksiat seperti industri judi, arak, kelab-malam atau penternakan babi.
17. Adakah orang Melayu akan menerima 30% ekuiti dalam semua peniagaan dan perusahaan tanpa mempunyai kuasa yang hanya ada pada pemilik ekuiti sejumlah 51% atau lebih. Adalah penting, jika pada keseluruhannya golongan Melayu Bumiputra tidak memiliki 30% ekuiti sekali pun dalam sektor ekonomi berikut orang Melayu Bumiputra mempunyai lebih dari 51% ekuiti atau 100% sekali pun;
1. Perniagaan borong dan runcit,
2. Perusahaan pengangkutan,
3. Perbankan dan kewangan,
4. Perladangan dan pertanian,
5. Industri pendidikan,
6. Industi pelancongan,
7. Industri kesihatan dan
8. Industri tenaga.
18. Untuk memenuhi hasrat melibatkan orang Melayu Bumiputra dalam pelbagai sektor ekonomi maka kerajaan telah mengadakan berbagai perbadanan dan agensi seperti MARA, UDA, PERNAS, PERNAS EDAR, SEDCs, FAMA dan lain-lain.
19. Malangnya, kini, hanya aspek memiliki 30% ekuiti dalam sektor swasta sahaja yang menjadi tumpuan apabila urusan penyusunan masyarakat dibincangkan. Walau bagaimana pun sejarah usaha mendapatkan 30% ekuiti dalam sektor swasta untuk orang-orang Melayu dan Bumiputra telah melalui berbagai halangan dan mencapai kemajuan yang menarik.
KEGAGALAN SISTEM PENJUALAN SAHAM YANG DITAWARKAN KEPADA INDIVIDU YANG BERMINAT
20. Di peringkat awal, peruntukan saham telah diberi kepada individu yang menunjuk minat untuk membeli saham yang baru ditawarkan ke dalam pasaran saham. Ramai sekali yang terlibat. Cara ini jelas tidak akan menjayakan pengumpulan saham swasta menuju sasaran 30% kerana apabila harga saham yang ditawarkan itu naik dengan cepat Melayu dan Bumiputra yang memiliki saham itu akan menjualnya untuk mendapat keuntungan. Walau pun bank swasta memberi pinjaman untuk membeli saham-saham yang ditawarkan tetapi keuntungan yang diperolehi, jika saham yang dibeli itu disimpan, keuntungannya didapati tidak sepadan dengan faedah yang perlu dibayar ke atas pinjaman untuk membeli saham berkenaan. Apabila kerugian berlaku kerana bunga atas pinjaman didapati lebih dari keuntungan yang diperolehi melalui dividen maka lojiklah pemegang saham akan menjual sahamnya.
21. Di bawah sistem ini ramai juga bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang mengaut keuntungan dengan memperalatkan kerani dan budak pejabat Melayu di sektor swasta untuk membeli untuk Melayu dan Bumiputera yang kemudiannya dipindah-milik kepada tuan mereka yang bukan Melayu dan bukan Bumiputra.
KEGAGALAN SISTEM PENJUALAN SAHAM YANG DITAWARKAN KEPADA INDIVIDU TERPILIH YANG BERKEMAMPUAN
22. Melihat keadaan ini perubahan dibuat untuk memperuntukkan saham hanya kepada Bumiputra yang berkemampuan melabur iaitu dari kalangan mereka yang tidak bergantung kepada pinjaman untuk membeli saham yang ditawarkan. Cara ini juga terbukti tidak dapat menjamin saham yang ditawarkan akan disimpan dan tidak dijual apabila didapati sangat menguntungkan.
KEJAYAAN PEMILIKAN SAHAM MELALUI PERMODALAN NASIONAL BERHAD
23. Strategi yang berjaya ialah dengan mewujudkan skim amanah saham melalui Amanah Saham Nasional dan mewujudkan Permodalan Nasional Berhad yang memegang saham sebagai pemegang amanah bagi pihak Melayu dan Bumiputra. Semua orang-orang Melayu dan Bumiputra berpeluang memiliki saham dalam sektor swasta melalui skim amanah saham.
KEJAYAAN SKIM BIASISWA UNTUK PELAJAR-PELAJAR MELAYU DAN BUMIPUTRA
24. Sementara strategi untuk memiliki 30% saham dalam bidang swasta ini berjaya diurus secara beransur-ansur perjuangan untuk menyusun semula masyarakat juga dijayakan melalui pemberian biasiswa untuk pelajar-pelajar dalam berbagai bidang pelajaran.
KEGAGALAN TIDAK MENGHILANGKAN KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN
25. Walaupun matalamat pemilikan 30% ekuiti atau saham swasta oleh Melayu dan Bumiputra telah tidak tercapai di akhir tempoh Dasar Ekonomi Baru, sementara jumlah cerdik-pandai dan profesyenal Melayu dan Bumiputra, walau pun banyak bertambah, tetapi belum seimbang dengan penambahan cerdik-pandai dan profesyenal bukan Bumiputra, pengenalan Dasar Pembangunan Negara sebagai penyambung semangat Dasar Ekonomi Baru di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berjaya mengekalkan harapan Melayu dan Bumiputra.
26. Di akhir jangka-masa pimpinan Tun Dr. Mahathir keadaan Melayu dan Bumiputra masih'
1. Belum tercapai matalamat pemilikan 30% ekuiti atau saham oleh Melayu dan Bumiputra dalam sektor swasta,
2. Jumlah cerdik-pandai dan profesyenal Melayu dan Bumiputera masih ketinggalan jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah bukan Bumiputera,
3. Perjuangan membasmi kemiskinan, walau pun berjaya, masih belum selesai,
4. Kemampuan dan pengalaman orang-orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan masih cukup ketinggalan.
27. Walau pun demikian keyakinan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tetap kukuh. Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan Barisan Nasional, di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya umum berikutnya pada tahun 2004.
28. Kejayaan ini juga tercapai kerana pengundi berpendapat sebagai anak Ulama Dato' Abdullah Ahmad Badawi (kini bergelar Tun) akan meneruskan usaha yang baik oleh Tun Dr. Mahathir dan ditambah dengan idea baru dengan cara baru di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
PRESTASI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 12 TAHUN 2008 YANG MENGECEWAKAN.
29. Di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi segala harapan, kepercayaan dan keyakinan yang dipamerkan dalam keputusan Pilihanraya Umum ke 11 (2004) telah hancur berkecai disebabkan:
1. Rasuah,
2. Nepotisma,
3. Pentadbiran yang tandus wawasan, lemah kepimpinan dan pengurusan.
KEPIMPINAN YANG LEMAH, RASUAH DAN NEPOTISMA
30. Akibat dari kepimpinan yang lemah, rasuah dan mengamalkan nepotisma ini ialah:
1. Parti pembangkang membuat berbagai tuntutan dan desakan yang bertentangan dengan hak-hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan,
2. Parti komponen dalam Barisan Nasional juga membuat tuntutan yang membayangkan tuntutan yang sama dengan parti pembangkang,
3. Cerdik-pandai dan profesyenal Melayu yang telah mendapat munafaat dari perjuangan UMNO dan dasar-dasar kerajaan telah memisahkan diri dari dihubungkaitkan dengan UMNO.
TUN ABDULLAH AHMAD DIGANTI DENGAN DATO' SERI NAJIB TUN ABD. RAZAK
31. Berhentinya Tun Abdullah dan digantikan oleh Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak adalah laksana terbitnya matahari di hujung bumi setelah terlalu lama suasana mendung merundung alam.
BABAK PERTAMA PENTADBIRAN DATO' SERI NAJIB
32. Dato' Seri Najib memasuki alam kepimpinannya dengan slogan; Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Slogan ini tersangat baik dan ianya senada dengan slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' sebagai panduan untuk tindakan berprestasi yang diharapkan oleh Tun Dr. Mahathir, sementara mendahulukan rakyat adalah satu matalamat yang mulia.
PROGRAM MEMPERKUKUHKAN PENGARUH BARISAN NASIONAL UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE 13
33. Sebagai seorang Perdana Menteri keutamaan Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak ialah untuk memastikan kemenangan cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Untuk itu perhatian hendaklah diberi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Pendekatannya ialah melalui konsep 1MALAYSIA dan MODEL BARU EKONOMI.
KETAKUTAN MELAYU
34. Berbagai tafsiran telah dibuat mengenai erti 1MALAYSIA dan yang membimbang dan menakutkan orang-orang Melayu ialah jika 1MALAYSIA itu disamaertikan dengan MALAYSIAN MALAYSIA tajaan parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew waktu Singapura berada dalam Malaysia. Tetapi, apabila parti KEADILAN, yang di dalamnya ada parti DAP, sebagai anak yatim peninggalan PAP, di waktu Singapura dikeluarkan dari Malaysia, menolak konsep 1MALAYSIA maka kekeliruan ini terhapus dengan sendirinya.
35. Model Baru Ekonomi hanya dikritik oleh orang-orang Melayu apabila ada anggota majlis penasihat mengenainya telah dengan angkuh menidak dan memperkecilkan Dasar Ekonomi Baru di waktu mengenengahkan Model Baru Ekonomi.
SIAPAKAH YANG MEMPERKECILKAN DASAR EKONOMI BARU
36. Mereka yang memperkecilkan Dasar Ekonomi Baru ini terdiri dari kalangan anak-anak muda Melayu yang berpelajaran, biasanya belajar di luar negeri, dengan biasiswa yang mereka perolehi kerana belanjawan kerajaan di bawah bab Hak Istimewa Orang-Orang Melayu yang diperuntukkan dalam perlembagaan, yang diperjuangkan oleh UMNO. Kerana mereka merasa diri lebih pandai dari orang tuanya maka mereka menunjuk taring apabila mereka melihat kedudukan dan kepimpinan UMNO lemah.
37. Mereka ini biasanya terlindung dengan kedudukan mereka yang baik dalam kerajaan dan swasta, walau pun biasanya kedudukan mereka itu jua disebabkan orang yang melantik mereka itu mendapat kedudukan kerana UMNO.
38. Mereka sebenarnya berpenyakit ego sehingga terlupa siapa dirinya yang sebenar. Apalagi jika mereka beristerikan bukan Melayu atau bukan Bumiputera maka mereka merasa kecil menjadi Melayu atau Bumiputera yang dilindungi oleh Perlembagaan dan dasar kerajaan, atau mendapat keistimewaan sebagai Melayu atau Bumiputera.
39. Kalau mereka belajar di universiti yang terkemuka di luar negeri lebih menjadi-jadilah mereka itu anti Melayu dan Bumiputera kerana mereka akan menjadi popular apabila mereka mengutuk bangsanya sendiri.
40. Kalau mereka mempunyai bapa atau ibu yang bukan Melayu, kadangkala mereka malu menjadi Melayu, apatahlagi jika ibu atau bapa yang Melayu atau Bumiputera sudah meninggal dunia atau diceraikan.
41. Kalau mereka berada di dalam parti politik yang bergantung kepada bukan Melayu untuk mereka jadi ketua maka menjadi-jadilah mereka mengutuk bangsa sendiri untuk dipuji bangsa lain.
42. Ada tokoh pelajar Melayu yang mendapat sokongan bukan Melayu di universiti kerana gigih mengutuk amalan rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu dan tidak mengutuk pemimpin bukan Melayu yang rasuah. Sedangkan tokoh ini sepatutnya mengutuk rasuah dengan tidak mengira bangsa.
43. Memanglah jalan yang paling mudah untuk menjadi popular dengan yang bukan Melayu dan bukan Bumiputera ialah dengan mengutuk dan menghina bangsa sendiri, dan semua dasar yang dibuat untuk kepentingan bangsanya tanpa mengira begitu ramai dari kalangan bangsa dan keluarganya sendiri yang masih memerlukan UMNO dan dasar-dasar yang dibuat oleh UMNO.
44. Jika mereka betul-betul bersemangat Melayu dan Bumiputra yang patriotik mereka sepatutnya menolong untuk membetulkan apa-apa yang salah dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari segi pelaksanaan.
APAKAH AKAN SELESAI MASALAH EKONOMI ORANG-ORANG MELAYU DI BAWAH MODEL BARU EKONOMI.
45. Orang-orang Melayu masih tertanya-tanya samaada masalah mereka akan selesai dengan Model Baru Ekonomi.
46. Apakah kedudukan politik orang-orang Melayu akan bertambah kukuh di bawah pendekatan 1MALAYSIA.
47. Pendeknya - apakah orang-orang Melayu dapat memiliki 30% ekuiti saham dalam negara menjelang tahun 2020?
CADANGAN UNTUK BANGSA MELAYU
48. Kita sudah mendengar cadangan supaya semua sekolah China dan Tamil ditutup di dalam negara ini jika kita ingin betul-betul menjayakan idea 1MALAYSIA. Cadangan ini adalah munasabah kerana tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang membenarkan sekolah vernacular yang berasingan ditubuhkan di negara mereka. Kita tidak dapati sekolah-sekolah China di Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia kerana mereka juga mempunyai banyak penduduk China. Di Thailand, Filipina dan Indonesia mereka tidak perlu program 1FILIPINA, 1THAILAND ATAU 1INDONESIA untuk menyatupadukan rakyat kerana rakyat mereka memang bersatu kerana tidak ada sekolah vernacular yang berasingan.
49. Dalam pilihanraya umum yang lalu di Indonesia mereka ketengahkan tema INDONESIA SATU kerana terlalu banyak wilayah atau daerah di Indonesia, seperti Aceh, Sulawesi dan Maluku, yang ingin keluar dari Indonesia. Mereka bukan bertujuan menyatupadukan rakyat tetapi mengekalkan semua wilayah di dalam negaranya.
50. Bila kita bercakap mengenai 1MALAYSIA matalamat kita hendaklah berbeza dari keadaan di Indonesia, Filipina dan Thailand di mana mereka kesemuanya mempunyai hanya satu bahasa. Di Filipina dan Thailand pula bangsa yang berbeza bukan sahaja mempunyai satu bahasa tetapi juga ugama dan nama yang serupa. Di Indonesia, walau pun ada perbezaan ugama tetapi nama dan bahasa telah disamakan sehingga kita tidak dapat mengenali perbezaan bangsa dari nama dan bahasa. Kita juga tidak dapat membezakan dari perangkaan milik kekayaan siapa yang China dan siapa yang Pribumi jika melihat pada senarai nama.
SWITZERLAND
51. 1MALAYSIA bolehlah bermiripkan Switzerland di mana bangsa Swiss bercakap dalam tiga bahasa, Jerman, Perancis dan Itali, sementara ugama mereka juga berbeza walau pun pihak Katholik dan Protestant boleh bersembahyang dalam satu gereja.
CADANGAN SUPAYA MELAYU TIDAK LALAI
52. Untuk mengelak dari bahaya kelalaian di kalangan bangsa Melayu apabila mereka tidak dapat membezakan atau merasakan perbezaan antara China, India dan Melayu kerana hanya ada satu bahasa, menggunakan satu nama walaupun berbeza ugama, maka saya cadangkan di kekalkan China dan India dengan identiti mereka, seperti sekarang, supaya kita sentiasa nampak perbezaan pencapaian kita dalam sektor ekonomi dan pendidikan pada setiap masa. Kita perlu kekalkan sekolah China dan India, dan memunafa'atkan kewujudannya, dan menjadikan perbezaan antara kita sebagai ukuran atas kegagalan atau pencapaian kita.
53. Dengan itu kita tidak akan lalai sehingga kita sanggup mengorbankan kuasa politik kita, seperti ketua pentadbiran negara di Filipina (Presiden) dan Thailand (Perdana Menteri) adalah dari keturunan China walau pun majoriti rakyatnya bukan China dan kedudukan ekonomi bumiputera Filipina dan bumiputera Thailand masih jauh ketinggalan.
54. Hanya apabila bangsa Melayu dapat melihat dengan jelas betapa jauh tinggalnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan, jika dibandingkan dengan bukan Melayu, barulah mereka akan berusaha, jika mereka betul-betul sedar, untuk mengekalkan kuasa politik bagi membolehkan mereka membuat dasar yang boleh membantu mengimbangkan kedudukannya dengan China dan India.
MELAYU JANGAN LUPA
55. Kita tidak dapat nafikan bahawa sudah ada di kalangan bangsa Melayu, individu dan tokoh, yang merasa dirinya sendiri sudah setanding dengan China dan India, seterusnya merasakan perjuangan UMNO tidak penting lagi. Begitu juga hak-hak istimewa orang-orang Melayu. Individu dan tokoh begini terlupa bahawa kejayaannya belum menyeluruh dan tidak merupakan kejayaan seluruh bangsa. Begitu juga dengan tokoh dan individu Melayu yang buta 'statistics' dan lupa diri kerana hidup dalam persekitaran negerinya sendiri sehingga terlupa kejayaan Melayu menguasai sesebuah negeri tidak bererti, dan tidak menjamin, Melayu akan berjaya di peringkat nasional. Begitu juga dengan tokoh dan individu Melayu yang lalai dan cuai kerana sanjungan yang diberi oleh bukan Melayu sehingga sanggup menggadai masa depan bangsanya sendiri.
PENTING DIKEKALKAN IDENTITI CHINA DAN INDIA UNTUK SEDARKAN MELAYU
56. Sebagaimana adanya Israel menjadi sebab Umat Islam bersatu dan semua masalah kegagalan Umat Islam di Asia Barat dapat disalahkan kepada Israel, Melayu juga bernasib baik kerana adanya China dan India dalam negara ini yang boleh dijadikan alasan atas kegagalan bangsa Melayu. Selain dapat melihat kejayaan China di sektor korporat Melayu juga sedar betapa orang-orang India bermaharajalela di dunia perundangan, dan betapa banyak khidmat mereka dalam dunia perubatan.
MELAYU JANGAN LALAI KERANA ADA CHINA DAN INDIA YANG BOLEH DISALAHKAN
57. Walau bagaimana pun orang-orang Melayu jangan menjadi selesa dan lalai hanya kerana boleh menyalahkan bukan Melayu apabila Melayu gagal.
PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU DALAM SWASTA DAN KERAJAAN
58. Walau pun pegawai-pegawai tinggi dalam swasta dan kerajaan dan ketua-ketua jabatan kerajaan di Malaysia kebanyakannya terdiri dari orang-orang Melayu kita hendaklah tidak terfikir bukan Melayu tidak mempunyai kelayakan menduduki tempt-tempat itu. Kita hanya perlu melihat kepada mutu pentadbiran dan pengurusan syarikat Temasik di Singapura dan jabatan-jabatan kerajaan di Singapura yang kita 'benci' untuk menyukat kemampuan bukan Melayu.
59. Tokoh-tokoh korporat dan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Melayu dan Bumiputera hendaklah tidak merasa diri lebih tinggi dari bangsanya, sebaliknya mereka hendaklah mengambil inisiatif supaya dipandang tinggi oleh bangsanya.
60. Mereka hendaklah tidak merasa tinggi diri dan memandang rendah kepada UMNO yang mempunyai berjuta ahli. UMNO lah yang melalui proses demokrasi dapat mempertahankan kuasa dan memberi keamanan kepada negara dan kemakmuran kepada rakyat; sebaliknya mereka hendaklah mempunyai watak dan keupayaan yang dapat disanjung dan dipandang tinggi oleh berjuta ahli UMNO dari kalangan bangsa Melayu dan Bumiputera.
61. Betapa hebatkah kita jika tidak ada orang yang memikirkan kita hebat? Betapa tinggikah kita jika berjuta orang memandang rendah terhadap kita.
RASUAH DIBERI KERANA DIMINTA
62. Memanglah yang merasuahkan Melayu kebanyakannya China, tetapi kita tidak boleh lupa bahawa yang meminta, mengharapkan dan menerima rasuah itu ialah Melayu. Rasuah itu ialah faktor yang boleh menyelewengkan sesuatu tindakan dari matlamatnya. Kita tidak boleh salahkan China atau India sahaja jika kita rasuah. Orang-orang yang memberi rasuah, walau pun bersalah, sebenarnya tidak akan memberi rasuah kecuali untuk mudah mendapatkan sesuatu yang mereka tidak akan perolehi tanpa memberi rasuah.
PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
63. Adalah malang jika kita tambatkan keupayaan Melayu dalam sektor swasta kepada hanya memiliki 30% ekuiti atau saham. Memiliki 30% ekuiti dalam sektor swasta belum bererti Melayu sudah pandai berniaga atau berusaha. Malaysia boleh berbangga dengan kedudukan sebagai sebuah negara Islam yang duduk di tangga ke 17 di dunia dalam bidang perdagangan. Tetapi sifat Islam negara kita itu terletak pada jumlah penduduk yang berugama Islam dan kedudukan dalam bidang perdangan bukanlah kerana keupayaan penduduk yang berugama Islam itu.
Sebagaimana -
a) negara kaya belum bererti rakyatnya juga kaya,
b) bertambahnya tangkapan ikan, dengan menggunakan ratusan bot perikanan laut dalam yang besar-besar yang dimiliki dan dikendalikan oleh pengusaha dan nelayan-nelayan asing, tidak bererti nasib nelayan sudah bertambah baik.
c) bertambahnya hasil tanaman padi di ladang-ladang besar, dengan menggunakan mesin dan teknologi tinggi, oleh pelabur asing dengan buruh impot, tidak bererti penanam padi sudah menjadi mewah, dan
d) bertambahnya jumlah lembu yang diternakkan oleh pelabur penggembala dari luar negara yang memugar hutan belantara dengan mesin-mesin besar dan membina ranch dan menternak secara moden tanpa menggunakan banyak tenaga buruh tidak bererti penternak di kampung sudah menjadi kaya.
e) memiliki saham dalam sebuah syarikat awam yang bergiat dalam bidang penanaman kelapa sawit tidak bererti kita sudah pandai menanam kelapa sawit atau mengurus ladangnya, berbeza dengan pengetahuan dan pengalaman seorang peneroka Felda kelapa sawit yang memang mengetahui cara mengurus ladang kelapa sawitnya.
64. Begitu jugalah bertambahnya ekuiti dalam syarikat swasta yang ditadbirkan oleh tenaga profesyenal asing atau bukan Melayu belum menjadikan Melayu, yang memiliki ekuiti, pandai berniaga.
65. Tak usahlah kita tunggu sehingga kita memiliki 30%, jika ada 19% pun tidak membawa apa-apa erti jika kita hanya menjadi Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah atau CEO yang rasuah, lagi sombong, dan sangat bergantung kepada bukan Melayu untuk mengurus dan menjayakan syarikat yang sahamnya banyak dimiliki oleh Melayu.
66. Seorang billionaire China, yang kayanya bukan melalui lesen judi atau dukungan kerajaan, berkata kepada saya bahawa beliau tidak bimbang dengan apa jua dasar atau polisi yang dibuat oleh kerajaan yang kelihatannya akan menyekat kemajuan China dan melonjak-cepatkan kemajuan Melayu, asalkan Melayu itu rasuah orangnya. Begitu di Malaysia dan begitu juga di Indonesia di mana billionaire itu juga banyak melabur.
MALAYSIA DAN INDONESIA
67. Jika kita kajikan dari segi kelompok kita akan dapati Melayu yang ada di Malaysia ini terdiri dari keturunan Melayu, Pattani, Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar, Batak, Mandailing, Bawean, Rawa, Aceh dan lain-lain. Begitu juga di Indonesia. Sejarah raja-raja Melayu di Malaysia dan Indonesia juga bertalian, cuma berbeza hanya kerana sejarah penjajahan.
DILAGAKAN KERANA PERSAMAAN
68. Kerana persamaan ini maka kita mudah dilagakan. Tarian kuda kepang jika ditarikan oleh orang Johor keturunan Jawa, di satu pesta seni di luar negara, akan menjadi kemarahan bagi orang Jawa di Indonesia jika orang Jawa Malaysia menyatakan itu tarian berasal dari Malaysia. Sebenarnya kuda kepang itu ialah tarian orang Jawa tanpa mengirakan di mana mereka tinggal. Begitu juga dengan tarian dabus di Perak dirasakan oleh orang Perak sebagai tarian mereka. Nasib baiklah orang Aceh di Aceh tidak memberi perhatian sangat kepada perkara itu. Mujurlah sate di Kajang dinamakan 'Sate' Kajang' dan bukan 'Sate' Jawa' walau pun tuan punya usaha sate di Kajang berketurunan Jawa.
PERANAN METRO TV
69. Rakyat Malaysia juga dilagakan dengan rakyat Indonesia oleh Metro TV di Indonesia dengan membesarkan kesah pekerja rumah dari Indonesia dibelasah oleh isteri taukeh China di Malaysia. Bila Dato' Seri Anwar Ibrahim ditanya oleh TV milik kawannya di Indonesia atas keganasan yang berlaku ke atas pekerja Indonesia jawapannya juga, sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, tidak membantu hubungan baik antara dua negara sebangsa. Kata Anwar bahawa kita di Malaysia bukan saja kejam terhadap pekerja Indonesia tetapi juga terhadap dirinya kerana dia pernah dibelasah sehingga lebam matanya waktu dalam penjara. Anwar tidak jelaskan kenapa kawan baiknya di waktu beliau menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tidak tertahan diri apabila Anwar memanggilnya dengan nama yang jijik waktu bertemu di dalam penjara sehingga sanggup melebamkan mata Anwar. Anwar juga tidak menjelaskan bahawa kerana matanya lebam itulah maka beliau dapat menjadikannya sebagai modal untuk mendapat simpati dalam pilihanraya.
70. Malaysia juga tidak boleh jauh hati jika Metro TV memburukkan nama negara kita yang menjadi sumber dana untuk Pahlawan Devisa mereka dan tidak pernah mengimbangi cerita pembunuhan yang dilakukan oleh pekerja Indonesia ke atas rakyat Malaysia. Metro TV juga tidak berhenti memburukkan nama Presiden Indonesia jua. Di waktu usaha menggulingkan Presiden Mesir Hosni Mubarak, Metro TV tidak terhenti-henti menunjuk tindakan tunjuk perasaan di Dataran Tahrir di Kaherah dan mengaitkan Presiden Mesir dengan Presiden Indonesia. Usaha gigih Metro TV ini tiba-tiba terhenti apabila pihak Metro TV mendapati pertubuhan yang ditaja Bapak Surya Paloh, pemilik Metro TV, yang dinamakan NASIONAL DEMOKRAT mempunyai nama yang sama dengan parti Hosni Mubarak yang juga bernama NATIONAL DEMOCRATIC PARTY.
KITA SAMA RASUAH
71. Satu lagi penyakit yang sama ada pada dua negara rumpun Melayu ini ialah rasuah. Di kedua-dua negara ini yang pergi ke mahkamah atau ke pengadilan kerana menerima rasuah hampir semuanya Melayu belaka. Dalam kes-kes di Malaysia begitu juga dalam kes Bank Century dan Gayus di Indonesia yang terhukum adalah Melayu belaka. China seolah-olah tidak terlibat langsung dengan rasuah.
PANCASILA HAPUS PERBEZAAN
72. Di Indonesia pula, kerana dasar Pancasila faktor kaum tidak timbul lagi lebih-lebih lagi apabila nama China dan Pribumi Indonesia sudah sama.
73. Kita di Malaysia agak berbeza. Kita dapat memahami dan membezakan dan turut marah kepada majikan apabila pekerja Indonesia yang kita anggap sebagai berugama Islam dipukul apabila bekerja sebagai pembantu rumah di rumah China yang bukan Islam. Kita marah bukan saja kerana kezaliman ke atas pekerja tetapi juga kerana kita serumpun dan kita merasakan seugama dengan pekerja. Di Indonesia mereka tidak melihat perbezaan ini.
74. Di waktu perlawanan badminton untuk Piala Thomas di Kuala Lumpur di satu masa dahulu antara yang mewakili Indonesia ialah seorang yang berketurunan China bernama Rudy Hartono. Pihak Malaysia pula diwakili oleh seorang pemain berketurunan Jawa bernama Misbun Sidek. Pekerja Indonesia telah memenuhi hampir kesemua kerusi di Stadium Negara, kecuali sekitar 300 kerusi untuk tetamu penganjur. Ini ialah disebabkan tiket kaunter telah dibuka pukul 10 pagi dan pekerja Indonesia sudah berbaris dari pukul 6 pagi untuk membeli tiket masuk. Peminat Malaysia mula sampai selepas pukul 8 pagi untuk berbaris di belakang dan tidak sempat sampai di tingkap penjual tiket apabila tiket telah kehabisan. Oleh kerana pemain Malaysia berketurunan Jawa dan majoriti penonto dari kalangan pekerja Indonesia juga berasal dari Jawa kami mengharapkan Misbun akan mendapat sedikit simpati dari penonton sekurang-kurangnya bertepuk apabila Misbun menunjukkan permainan yang baik. Malangnya ini tidak berlaku dan sepanjang permainan hanya Rudy Hartono yang mendapat sokongan dan tepukan.
75. Ini bererti Indonesia sudah berjaya menghapuskan semangat perbezaan kaum, etnik dan daerah tetapi ini tidak menjamin penyemarataan pembahagian rezeki secara menyeluruh. China yang sangat minoriti, jika dibandingkan dengan jumlah China di Malaysia, tetap menguasai ekonomi Indonesia.
KEMERDEKAAN TIDAK MENJAMIN KEJAYAAN
76. Banyak negara yang dulunya dijajah di dunia ini kini masih tidak aman politiknya dan tidak maju ekonominya.
77. Sebelum merdeka negara-negara ini menyalahkan penjajahan. Bila sudah merdeka, jika di Indonesia, ada yang terus memperjuangkan kemerdekaan daerah dengan keyakinan bila daerah sudah merdeka mereka akan menjadi kaya kerana daerahnya banyak hasil bumi dan mampu mentadbir sendiri. Ternyata apabila Aceh gagal mencapai kemerdekaan, sebaliknya mendapat keistimewaan otonomi, mereka gagal walau pun hanya untuk menggunakan wang peruntukan kerajaan pusat yang begitu banyak untuk pembangunan. Rakyat Aceh bernasib baik Aceh tidak berjaya mencapai kemerdekaan kerana jika sudah merdeka, dengan rasuah yang berleluasa Aceh mungkin tergadai kepada taukeh-taukeh dari Jakarta, Singapura dan Malaysia.
78. Mempunyai sebuah daerah yang otonominya merangkumi pemerintahan berlandaskan Syariah Islam juga tidak menjanjikan Aceh bebas dari rasuah yang menjadi-jadi.
79. Di Aceh ugama tidak mempengaruhi politik malahan politik yang menguasai ugama. Keadaan ini tidak berbeza dari fahaman Anuarisma dan Nikazizsma di Malaysia di mana matlamat menghalalkan cara. Untuk mendapat sokongan politik dari bukan Islam apa yang biasanya tidak dibolehkan oleh ugama sudah dibolehkan oleh pengamal dua fahaman ini. Fahaman ini meletakkan ugama di bawah politik dan bukan politik di bawah ugama. Rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan keadaan yang lebih baik jika mereka memerintah negara ini.
80. Selagi Melayu, di Indonesia dan di Malaysia, tidak merobah sikap mereka dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan hidup dan perjuangan mereka tidak mungkin boleh menyaingi orang-orang bukan Melayu di negara masing-masing.
KEKALKAN PERBEZAAN
81. Keadaan nama yang sama dan satu bahasa nampaknya boleh diterima oleh rakyat Indonesia, dari berbilang kaum, dengan penuh kesenangan dan keharmonian. Mungkin inilah yang akan berlaku di Malaysia jika sekolah China dan India terhapus. Tetapi, apakah ini yang dikehendaki oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Jika tidak, maka kita bernasib baik orang China dan India juga tidak mahu sekolah mereka dihapuskan.
82. Memandang kepada Indonesia sebagai sebuah negera Melayu yang 10 kali lebih besar ternyata bahawa penghapusan perbezaan nama, perbezaan bahasa dan wujudnya 1INDONESIA tidak menjamin kejayaan Melayu dan Bumiputera.
KUNCI KEMAJUAN MELAYU
83. Sikap negatif yang menjamin kemunduran Melay di Malaysia dan Indonesia ialah rasuah. Oleh itu untuk maju Melayu hendaklah membasmi sifat ini.
84. Sementara itu Melayu dan Bumiputera juga perlu memupuk sifat positif atau nilai-nilai murni untuk mencapai kejayaan. Inilah yang patut menjadi resolusi simposium ini.
APAKAH RESOLUSI SIMPOSIUM INI?
85. Untuk menjayakan semua dasar dan program kerajaan untuk Melayu, Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia maka golongan muda, pelajar dan belia, hendaklah berusaha mewujudkan satu bangsa Melayu Islam yang mempunyai, antara lain, sifat-sifat -
1. Amanah,
2. Berani,
3. Disiplin,
4. Rajin dan
5. Setia.
Sifat-sifat inilah yang pada sejumlah yang cukup banyak dari kalangan pemimpin-pemimpin atasan dan menengah yang berjaya membangun negara-negara Jepun ( dengan Bushidonya ), Korea Selatan ( dengan Hwarangnya ) dan Taiwan ( dengan Jinshengnya ).
CABARAN KHUSUS UNTUK GENERASI MUDA
86. Selain itu, sebagaimana 40 tahun dahulu satu kumpulan belia dan pelajar telah berusaha menjayakan sebuah koperasi yang bernama SHAMELIN sehingga berjaya mendirikan lebih 70 buah kedai runcit di seluruh Semenanjung Tanah Melayu belia dan pelajar yang hadir di sini di bawah program anjuran ASPIRASI dan PERKASA hendaklah memulakan sebuah koperasi untuk membuktikan kemampuan orang muda bukan sahaja untuk menegur kerja kerajaan, dan menyalahkan bangsa lain, tetapi jika kita maka kita hanya boleh menyalahkan diri kita sendiri, jika kita gagal menjayakan koperasi itu.
87. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaaatuh.
88. Selama berjuang,
Terima kasih.
Tan Sri Dato' Seri Sanusi bin Junid.
http://sanusijunid.blogspot.com/
Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid (lahir 10 Julai 1943) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1981 sewaktu berumur 38 dan sebagai Menteri Pertanian pada tahun 1986. Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ketujuh pada tahun 1996 sehingga 1999.
Wikipedia
Monday, March 7, 2011
BAHASA ARAB ADALAH BAHASA YANG PENTING
BAHASA ARAB ADALAH BAHASA YANG PENTING
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca
dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”
surah Yusuf ayat 2
“Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan
kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan
dan amaran kepada (penduduk) "Ummulqura" dan sekalian penduduk dunia di
sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari
perhimpunan (hari kiamat) yang tidak ada syak tentang masa datangnya;
(pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka.”
surah As-Syuura ayat 7
“Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-
Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang
mengambil tahu dan memahami kandungannya”
surah al-Fussilat ayat 3
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi maha Pengasih
Alhamdulillah walaupun badan masih lemah dan lemau dijangkiti penyakit demam,selsema dan batuk namun gagahkan diri untuk terus menulis nota buat teman-teman yang mengikuti Kisah teladan melalui blog dan Facebook.
Aku bersyukur pada-Mu Allah kerana hanya memberikanku demam biasa,bukan sakit jantung,kencing manis,darah tinggi,sakit buah pinggang dan pelbagai penyakit serius.Aku amat bersyukur pada Mu ya Rahman...
Allah Maha Bijaksana telah memilih bahasa arab sebagai bahasa Quran kerana bahasa arab adalah bahasa yang amat tinggi ilmunya.Bahasa arab mengandungi pelbagai keistimewaan sama ada dari segi bahasa,nahu,sastera dan keunikannya.
Walaupun Baginda saw adalah ummi iiatu tidak tahu membaca dan menulis,namun Allah kurniakan kefasihan Baginda saw dalam membacakan ayat-ayat Quran.Ini adalah antara punca ramai orang Jahiliah menganut Islam kerana terpegun dengan kemerduan ayat-ayat Quran.
Malah Saidina Omar al-Khattab yang amat keras menentang Islam akhirnya tewas dengan keunikan dan kemerduan ayat-ayat surah Thaha yang dibaca kakaknya di mana kakaknya telah menganut Islam terdahulu.
Allah telah berjanji untuk menjaga Quran sebagaimana firman-Nya “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Quran dan Kamilah juga menjaganya”.Walaupun pelbagai usaha dilakukan orang kafir untuk menghapuskan Quran namun segala usaha mereka gagal.
Ketika Quran diturunkan,ia ditulis oleh sahabat saw sebagai koleksi peribadi sahaja dan dihafal ramai para sahabat.Namun akibat peperangan,ramai sahabat saw meninggal dunia dan syahid.Khalifah Islam telah mengumpulkan para sahabat yang huffaz dan penulis Quran dan berusaha menulisnya agar ia boleh diwariskan dari generasi ke generasi.
Permulaan Quran ia ditulis tanpa baris dan titik.Setelah ilmu nahu dan saraf diperkenalkan,maka Quran berjaya ditulis dengan baris dan titik hinggalah ia kekal ke hari ini.Kita perlu berterima kasih kepada para sahabat,tabiiin dan ulama’ yang bersusah payah melahirkan Quran sebagaimana yang wujud hari ini.
Kita perlu bersyukur kepada Allah swt kerana melahirkan kita dalam Islam dan mendapat kemanisan membaca Quran,namun ramai umat Islam hanya bernama Islam dan rajin membaca Quran tetapi tidak faham apa yang dibaca mereka.
Ini disebabkan mereka tidak tahu bahasa arab.Walaupun bahasa arab adalah penting namun ramai umat Islam tidak belajar bahasa arab.Walaupun banyak kelas percuma bahasa arab di masjid,surau,sekolah,universiti namun kehadiran amat mengecewakan.
Antara faedah bahasa arab adalah :
1.Bahasa untuk memahami Quran dan buku bahasa arab.
Jika mahu memahami ayat-ayat Quran,hadis dan buku arab sudah pasti bahasa arab perlu dikuasai.Kita perlu faham bahawa memahami Quran adalah penting untuk menghayati ayat-ayat Tuhan dan menikmati kemanisan bacaan Quran.
Manusia yang membaca namun tidak faham Quran dan manusia yang membaca dan memahaminya amat berbeza.Begitulah contoh manusia yang sekadar mampu melihat gadis cantik namun tidak memilikinya berbanding manusia yang memiliki gadis cantik sebagai isteri dan berjaya mendapatkan kemanisan dari isteri cantik.Adakah sekadar melihat dan memilikinya sama?sudah tentu tidak!
Membaca Quran dan memahaminya amat manis dan melahirkan keinsafan dan keimanan.Para sahabat saw,tabiiin,ulama’ membaca Quran dan menangis kerana memahami ayat-ayat Tuhan serta bertambah iman mereka.Itulah kemanisan .
Begitu juga bahasa arab menjadikan kita mampu membaca buku-buku arab yang dikarang ulama’.Buku –buku arab menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang.
2.Bahasa pelancongan.
Kerajaan berusaha menarik lebih ramai pelancong dari negara-negara arab kerana mereka tergolong dalam golongan berharta dan kaya.Mereka banyak menghabiskan wang melancong ke negara-negara Eropah,Amerika,Korea dan sebagainya.
Kerajaan berusaha menarik lebih ramai pelancong arab.Justeru di ibu kota Kuala Lumpur diwujudkan jalan arab,pasar arab untuk menarik lebih ramai pelancong arab.
Kita sebagai rakyat perlu menyokong usaha kerajaan dengan berusaha belajar bahasa arab.Saya sendiri apabila bertemu pelancong arab di KL,Genting Highlands,Penang dan sebagainya,saya mempromosikan negeri kesayangan Melaka.
Saya pernah bertemu dengan rakyat Palestin yang belajar di UUM Kedah di Putra Jaya kerana beliau menguruskan visa pelajar.Saya memberikan kad bisnes dan menjemput beliau ke Melaka.Alangkah indah jika kita mampu berbahasa arab dan ia adalah usaha untuk menarik lebih ramai pelancong dan beramah mesra dengan mereka.
Melaka mempunyai banyak destinasi menarik dan usaha mempromosi pelancong arab ke Melaka adalah usaha semua,bukan tanggungjawab pemimpin negeri sahaja namun tanggungjawab semua anak Melaka.Anda juga perlu promosi negeri anda.
Masih ramai pemandu teksi,penunggang beca,pengusaha restoran tidak tahu bahasa arab.Alangkah indah jika mereka mampu bercakap arab dan beramah mesra dengan pelancong.ia akan melahirkan kemesraan dan kasih sayang antara pelancong dan penduduk tempatan.
Kita perlu belajar bahasa arab kerana ia boleh menjadi bahasa pelanconga.Pelancongan adalah sumber rezeki penduduk dan negara.Usaha belajar adalah usaha menambahkan pendapatan kita.
3.Bahasa perpaduan.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi MahaMendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
surah al-Hujuraat ayat 13
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”
(Surah Ali Imran ayat 103)
Menurut seorang ulama’ tafsir Imam al-Jalalain,ketika Allah menurunkan Malaikat untuk mengambil tanah,Malaikat tersebut telah mengambil pelbagai jenis dan warna tanah.Oleh demikian manusia terdiri daripada pelbagai bangsa,warna kulit dan sebagainya.
Allah Maha Pencipta mencipta manusia pelbagai bangsa,suku,bahasa,warna kulit,jenis darah dan sebagainya.Ia menunjukkan Allah swt amat bijak dalam penciptaan.
Ketika Islam berada dalam zaman keemasan,semua ilmu teknologi,bahasa,kejuruteraan,muzik,sains,perubatan dan sebagainya ditulis dalam bahasa arab.Malah pemimpin negara Eropah menghantar ribuan cendekiawan ke Universiti Azhar di Mesir dan Universiti di Sepanyol untuk mempelajari bahasa arab kerana mereka mahu membaca buku-buku karangan cendekiawan Islam yang ditulis dalam bahasa arab.
Namun apabila Islam melalui kejatuhan dan lemah,pihak Barat telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia dan bahasa antarabangsa.Ia sedikit banyak menjadikan umat Islam lemah dan semakin jauh dari bahasa arab.
Pada zaman moden ini bahasa Inggeris adalah penting namun umat Islam tidak boleh mengabaikan bahasa arab.Bahasa arab yang dikuasai akan menjadi bahasa perhubungan sesama umat Islam seluruh dunia dan ia akan melahirkan umat Islam yang bersatu padu dan kuat.
Cuba kita lihat bangsa Cina.Walaupun mereka berada di Eropah,Australia,Amerika,Jerman dan sebagainya mereka tidak pernah melupakan bahsa mereka dan bahasa mereka menyatu-padukan bangsa Cina.Mereka mampu melahirkan Chinatown di Amerika waluapun jumlah mereka kecil.
Bahasa arab akan menyatukan umat islam seluruh dunia.Apabila mereka bersatu,mereka akan kuat,kaya dan cemerlang.
Manusia yang bernama Islam namun tidak mahu belajar bahasa arab adalah manusia yang tidak menghargai bahasa Quran yang indah.Mentaliti bahasa arab susah adalah mentaliti yang diasaskan orientalis dan musuh Islam yang mahu umat Islam buta bahasa arab,seterusnya buta Quran.
Bahasa arab itu amat mudah.Jika sehari menghafal 2 perkataan ,maka sebulan sudah 60 perkataan.Dalam setahun sudah tentu banyak.
Saya mewujudkan page ArabChat untuk mengajar bahasa arab,namun ramai fans tidak aktif seakan mereka tidak suka bahasa arab.
Internet adalah kemudahan yang mmebantu kita.Dalam Youtube pelbagai video mudah mengajar bahasa arab satu persatu.Kita juga ada kamus arab online yang boleh dilayari.
Tips :
1.Hafal perkataan arab sekurang-kurangnya dua perkataan sehari.
2.Praktikkan dengan bercakap dalam keluarga.
3.Chat dalam facebook,Yahoo Messenger dalam bahasa arab.
4.Join ArabChat dan aktif.
5.Ambil perkataan dalam Quran dan tulis serta hafal.
6.Yakin boleh!Malaysia Boleh!
Admin
Kisah teladan & Co
8 Mac 2011/ 3 Rabiul Akhir 1432
Segala nota Kisah Teladan boleh dikongsi.Penyalahgunaan nota untuk kepentingan peribadi seperti tujuan komersil adalah dilarang.Kredit kepada Kisah Teladan.